July 2, 2016

Tips melancong ke lombok

Makanan

Majoriti penduduk Lombok beragama Islam. Jadi, mencari makanan yang halalan yobiyan bukanlah satu masalah di Lombok. Makanan yang paling femes di sini adalah ayam taliwang. Ayam bakar yang disalut dengan rencah2 Lombok. Selepas mencuba ayam taliwang yang katanya paling famous di bandar Mataram, aku rate ayam taliwang ni biasa2 saja. jauh lagi best masakan2 sunda. jangan letakkan harapan yang tinggi sangat. tapi kalau dah sampai tak salah untuk mencuba sebab makanan ni hanya ada di Lombok sahaja dan jangan lupa jugak untuk cuba nasi ayam puyung (kedai makan berdekatan airport). Ni la makanan paling sedap yang aku try sepanjang di Lombok.

Transport

Sepanjang di sana aku menggunakan 3 jenis pengangkutan iaitu van supir, motorsikal dan teksi. Yang paling aku suka sudah tentulah naik motorsikal. Jalan yang tenang, pemandangan yang indah. pergghh. rindu pulak ride skuter layan angin pantai Lombok. Van supir terpaksa aku ambik sebab wife sarat mengandung 34 minggu. bayarannya pulak dalam 600k. agak mahal berbanding rate2 di Bali. manakala sewa motorsikal adalah 70k untuk tempoh 24 jam. mudah untuk sewa motorsikal di Lombok. bila aku sampai saja depan hotel, dah ada tokey2 motor sewa tunggu pelanggan dan staff hotel jugak masing2 deal dengan kita nak sewakan motor depa. Manakala untuk teksi, aku hire Blue bird taxi untuk ke jeti lembar. Taxi blue bird menggunakan meter. yang lain aku tak pasti.

Orang lombok

Orang lombok ni pada penilaian aku agak kasar dan kurang ajar jugak la. haha. aku pun tak tau macam mana nak describe. Dari awal2 sampai airport sampailah ke jeti lembar untuk ke Bali aku agak annoying jugak dengan ulat2 kat sana yang asyik push/beg kita non-stop. kalau tak dilayannya habis dimaki. jadi, elakkan dari layan ulat2 ni dan pekakkan telinga anda. Kalau muka/dress up ala2 orang lokal mungkin hidup anda akan aman tanpa gangguan.

Hotel

Kawasan tumpuan untuk industri perhotelan terletak di sebelah barat lombok (Sengigi) dan jugak di sebelah selatan lombok (Kuta Lombok). Pantai di singgigi agak kurang menarik berbanding di kuta di mana pasir2 kat sini warna hitam berbanding kuta yang view dia memang awesome. Tapi dari segi distance ke bandar, gili trawangan dan pilihan hotel/resort yang lebih menarik, hotel2 di Senggigi lebih menjadi tumpuan.

 Pantai di Sengigi
Pantai di Kuta Lombok

Harap gambar kat atas ni dapat membantu korang buat decision.

Kos

Kos melancong di Lombok agak sedikit mahal berbanding Bali. Mungkin kerana demand di Bali lebih tinggi dan persaingan perniagaan yang lebih. 

Tempat2 menarik untuk dilawati

Beberapa tempat menarik yang sempat aku dilawati adalah seperti berikut:
Pantai Kuta Lombok, Pantai Mawun, Pantai Selok Belanak, Pantai Tanjung A'an, Astari Cafe, Gili Trawangan, Sunset view di Mangsit. Banyak lagi tempat2 menarik yang tak sempat aku lawati. next trip mungkin

2 comments:

Abam Kie said...

teringin nak pi sana la. abam kie follows your blog..

Maman Reen said...

In sya Allah akan ke sana.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...