September 19, 2011

rahsia untuk dapatkan kutipan filem yang tinggi

kat sini aku nak share sikit rahsia yang digunakan sesetengah pengarah atau producer filem dalam menghasilkan filem yang mampu mendapat kutipan busuk-busuk pun  40  8 juta ringgit. 

1. tips pertama. filem biar kasi simple. bukan apa. kalo buat filem yang rumit macam filem2 hollywood ni nanti x laku. filem tu biar light je standard cerita budak2 tadika paham. baru ramai orang melayu layan cerita macam ni nanti. silap2 boleh export ke luar negara lagi. amacam? senang bukan? x payah buang masa brainstorm penat2. sakit otak.

2. modal biar sedikit. apa yang penting di sini ialah keuntungan. bajet selalunya dalam 1 juta pun cukup. dah nama pun filem ringan2 kan. x perlu susah2 beli bom letup sana letup sini. cuba tengok filem paling mahal dalam sejarah filem melayu dia punya keuntungan berapa?

3. lawak kena ada. sama jugak macam cerita2 hollywood. x kan nak bagi muka penonton keras macam kayu selama sejam lebih beraksi di kerusi panggung wayang. jenis lawaknya pulak haruslah lawak yang stereotaip style macam dalam drama atau apa2 rancangan lawak dekat tv tu. baru lah nanti penonton dah boleh agak. depa pun boleh standby nak gelak kaw2. lawak dia jugak x boleh berat2 macam lawak omputih. nanti kesian xdak orang nak tolong gelak.

4. promosi biar simple2 je. x perlu letak iklan besar2 dekat surat khabar hari2 lepas tu pulak target 40 juta kutipan. memang cari cemuhan jawabnya. 

5. kena ikut trend. kalo trend cerita hantu sedang memuncak. kena lah buat cerita hantu. hidangkan penonton cerita hantu x henti2. jangan risau. sambutan x kan pudar. mereka x immune punya. agak2 muncul pulak trend cerita rempit buat cerita rempit. cerita drift2 buat lah cerita drift. bab ni kena rajin tengok market jugak lah. kena kaji sikit.

6. kalo cerita simple skrip pun kena lah simple. contohnya, aku amik satu soalan beserta jawapan yang standard digunakan dalam cerita omputih dan cerita melayu untuk dibuat perbandingan.

bini: abang dah makan ka?
laki (style omputih): alangkah besnya kalo kat atas meja tu ada roti canai jenama 1malaysia 
laki (style melayu): dak lagi. x reti2 nak masak ka?

apa yang aku perasan omputih ni depa x direct menjawab soalan. banyak kiasan yang digunakan. bagi cerita melayu pulak, perlu diingat bahawa targetnya ialah budak2. kalo buat style cerita omputih x sesuai plak aku rasa.

7. yang ke 7 ni yang paling penting. apa lagi kalo bukan pelakon. walau sampah macam mana sekali pun ceritanya. walau sampah macam mana pun directornya. walau mempersenda agama sekalipun macam cerita yang diarah pengarah cam taik baru2 ni. peminat tetap bagi sokongan. haihhhh. percaya lah cakap aku.

bagus lagi aku tengok cerita sailormoon
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...