April 2, 2011

oh idolaku!

ini cerita benar. bukan main2, bukan april fool ye. aku tak main benda2 tahyul ni.

2 hari lepas aku ke tingkat 3, ibu pejabat MARA di jalan raja laut untuk uruskan hal biasiswa. selesai berurusan dengan pegawai MARA, macam biasa aku akan gunakan perkhidmatan lif untuk turun ke bawah. sedang aku menunggu lif, datang sekumpulan remaja yang juga ingin menunggu lif yang sama untuk ke bawah. elok pintu lif terbuka, terpampang satu poster besar yang bertulis lebih kurang macam ni "Produk Kejayaan MRSM". aku dan sekumpulan remaja tadi pun tengok lah poster tu secara berjemaah. bermula dengan nama menteri yang aku lupa namanya diikuti oleh Syeikh Muszafar (pelancong-angkasa negara), Wahid Omar (CEO Maybank), Shazali Ramli (CEO Celcom), Azran Osman-Rani (CEO Air Asia X) dan ramai lagi lah. dan apabila sampai ke nama dan gambar terakhir, berdekah2 sekumpulan remaja tadi gelak tak ingat dunia. aku pun turut sama gelak cuma nadanya agak berlainan. aku gelak dengan penuh bangga dan bongkak macam haram. perasaan yang sama macam team Malaysia 1st time menang AFF Cup. bukan apa, aku bangga teruk kerana orang terakhir di dalam poster itu adalah idola aku. idola yang selalu memberi inspirasi dan kata2 semangat untuk aku. beliau yang aku maksudkan adalah:



amacam? hensem tak? 
10 tahun lagi tunggu muka aku pulak ada dekat sebelah muka mamat ni dalam poster tu.

7 comments:

areteacar said...

HAHAHA... DR ROZMEY PUN X MRSM KE?

acap said...

haha. tu lah. mrsm mana ntah

ayahanuna said...

ko sgt mnyukai dye kan acab??.... hahahaha

azman said...

hahahaha.. mrsm dah diturunkan tarafnya..

acap said...

izzah: ko kena baca entri sblm ni sbb apa aku kuat mengampu dia semacam. hahaha. bukan saja2

azman: bangga! hahahahaha

Izyan Masri said...

ASAL HENSEM LAIN MACAM DR ROZMEY DALAM NI XD

acap said...

haha. beliau mmg sentiasa hensem lah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...