April 27, 2011

awalnya, malam ni aku plan nak tulis pasal bidang bioteknologi di malaysia ni tapi aku mengantok sangat dah ni. tambah pulak 5 jam lagi ada bola. baik aku tidur dulu sebelum sedar semula jam 3 nanti. hari2 layan bola memang waktu tidur aku terganggu. tapi apa nak buat. dah nama pun minat. layankan saja. actually, banyak idea yang aku peram lama2 last2 aku jadi lupa dan tiada idea nak tulis apa. jadi entri ni untuk peringatan kepada aku untuk tulis pasal benda ni bila aku x mengantok2 macam ni lagi. malam esok barangkali. ok. selamat malam.

April 15, 2011

follow by email


i just realized the new 'follow by email' feature introduced by blogger team recently and i do think that this is kinda cool as we can directly get and read the new entries publish on the blogs that we subscribed through our email. as i'm quite busy lately, i missed a lots of great writing of my fav or frens' blogs to read and sometimes i dont have time to go through their older entries and ended up bookmarking their entry's URL. by the introduction of this feature, i can directly receive an entries from my fav or frens' blogs to my inbox and i really love this feature and thus i got no more reasons to miss reading their great entries because i can still peram lama2 entri2 tu sampai busuk macam pekasam in my inbox until i got time to read. yeahhhh. lets support this new feature and have a great friday ya :)

ini untuk tujuan percubaan ye bukan saja2 subscribe diri sendiri. haha

April 13, 2011

wahai pemandu kenderaan di Malaysia

entri ini ditulis untuk tujuan peringatan bersama ya

hari2 aku gunakan jalan raya untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. sepanjang perjalanan, aku suka perhatikan gelagat pemandu2 lain. dan hampir setiap hari aku jumpa spesies pemandu macam ni. pemandu yang annoying gila membuatkan aku rasa aku nak pelempang bagi.

spesies pemandu yang aku maksudkan ini ialah spesies pemandu yang suka main tekan hon lama2 kat kereta depan or sebelah yang bajet dia makhluk tuhan paling bagus di muka bumi. dan perkara pertama yang aku lakukan jika terserempak dengan spesies pemandu macam ni ialah aku akan mengenalpasti jantina pemandu tersebut. ya. hampir kesemua yang aku jumpa ialah pemandu perempuan yang bajet dia paling pandai drive dalam kawasan lembah klang ni. cilakak style main hon ala2 samseng. sakit telinga, sakit jantung aku banghal. tu tak masuk lagi sakit hati. padahal sendri buat salah pastu hon orang lama2 bajet macam samseng. aku tulis ni nak bagi peringatan ye. kita hidup kat dunia ni macam2 spesies orang ada. jangan lah ingat diri tu besar sangat. kalo kena tetak, kena pukul, kena rogol. siapa yang patut dipersalahkan? baru nak terkencing? menangis? nak call suami? time hon orang tu tak pikir pulak kan. nak hon tu bukan tak boleh tapi tak payah hon lama2 macam blagak samseng. hon sikit2 ala kadar sudah mencukupi. kalo driver tu datang dekat ajak bertumbuk boleh jugak cover cakap dia "saya hon tegur dr. 2 alam pintas sebelah saya tadi bang. saya peminat setia dia". kan dah selamat tu. aku tujukan entri ni kepada kaum hawa bukan apa. kalo kaum laki ni senang. tak puas hati settle terus kat situ. jadi sama2 la beringat ye.

2 hari lepas, dalam perjalanan pulang ke rumah sewa ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat bersebelahan western digital kelana jaya, aku nampak seorang minachi yang berada di lorong yang salah hon lamaaaaaaaaaa2 kereta didepan yang cuba untuk membelok ke kanan. ahhhh. aku macam nak kejar minachi tu bagi ceramah sivik dekat dia. dah la masuk lorong salah, ada hati nak marahkan orang. pengguna2 jalanraya yang lain macam aku ni jugak yang menjadi mangsa pencemaran bunyi. bodoh macam lembu nak salahkan pemandu yang cermat macam kereta depan dia tu. baru2 ni jugak ada seorang amoi cuba hon aku yang berada di depan kereta dia tanpa sebab. memang aku sangat2 pasti aku x melakukan sebarang kesalahan lalulintas. ala2 samseng pun ada amoi ni. aku toleh belakang. aku acukan jari tengah lama2 ke arah dia. aku baru acukan jari tengah dia sudah kelihatan menggelabah. nasib baik aku ni bukan samseng. sopan lagi tu. kalo kena dekat samseng dalam kereta simpan pedang samurai plak? semoga selamat dalam perjalanan ye :)



"bila kawan ramai keliling kita, cakap besar tunjuk belang, tapi bila sorang2, pengecut, pemalu, macam semua orang" (Butterfingers, 2005)

April 10, 2011

kisah di dalam komuter

sejak belakangan ni, boleh kata hampir tiap2 hari jugak lah aku akan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia yang paling palat sekali iaitu KTM Komuter setelah lama tidak menggunakannya. bila aku cakap palat ni, aku yakin mesti ramai akan setuju dengan aku. perkhidmatan yang sangat lembab, train selalu delay, buat hal dan macam2 lagi lah. anda tambah sendiri ye. dan aku ada perasan perubahan baru yang dilakukan KTM komuter iaitu dengan pengenalan pink coach for women. tujuan pengenalan coach ini ada kebaikannya iaitu bertujuan mengelak pompuan daripada kena raba, kena rogol, kena mengorat dan situasi yang sama spesies dengannya. tapi aku pelik kenapa coach ini kurang mendapat sambutan dan galakan. hari2 aku tengok mesti banyak seat kosong berbanding the other coaches yg padat sedikit. lantas, ada la mamat2 akan buat muka tebal tak tau malu masuk pink coach untuk dapatkan seat. aku jadi hairan kenapa gadis2 tidak menggunakan pink coach ni sebaik mungkin tapi masih mahu berhimpit2 macam dalam tin sardin bersama kaum2 laki. lama jugak aku berpikir. otak bertambah serabut pikir benda yang tak berfaedah ni. nak senang cerita aku memberanikan diri berbual dengan seorang mak cik yang berbaju ketat nampak bentuk badan macam orang tak pakai baju.

aku: awat mak cik tak masuk ja pink coach? kan banyak seat kosong lagi tu.

mak cik: dik oi. akak tau. bukan mak cik. adik, pagi tadi akak habis masa pilih baju nak pakai setengah jam. make up setengah jam. buat rambut sejam. sembur minyak wangi sejam. haa. cuba kira berapa lama akak habis nak bersiap semua ni. rugi lah siap lama2 tapi dok dalam pink coach xde laki usha akak dengan penuh ghairah. at least kat sini ada jugak chance akak nak bertukar2 no phone dengan mamat2 desperate. genius x akak ni?

April 5, 2011

semenjak bulan lepas, aku ada perasan yang blog aku asyik tercemar dengan iklan nuffnang DIGI Justin Bibir. menyirap pun ada asyik2 bukak blog bersepah gambar bibir. nasib baik iklan ni tak auto play music bibir. kalau tak memang aku bakaq lah blog ni.

gambar oleh: Suraya
lokasi: UPM Serdang

April 4, 2011

amacam tomboy? ada bran?

aku ada berkawan dengan sorang tomboy ni. ada juga aku buat sedikit kajian kenapa golongan2 spesies songsang macam ni mendapat tempat di kalangan gadis2. biarlah menjadi rahsia ya.

menurut pemerhatian aku, tomboy ni kalau boleh semua benda nak tiru macam laki. dalam erti kata lain semua benda nak jadi macam laki. baru macho. baru hensem. baru lah awek2 mula pandang dengan ghairah dan penuh minat. haritu aku terserempak dengan satu kumpulan tomboy datang shopping mencari pakaian di sebuah factory outlet yang namanya harus dirahsiakan. aku usha pelik kumpulan tomboy tersebut. usha macam pertama kali aku tengok ular berak. masuk2 je terus memekak tanya kat mana baju laki. boxer pun nak pakai boxer laki. tengok org laki pakai singlet nampak bulu ketiak pun dia nak ikut. boleh kata semua benda mahu disamakan. nak sampai tahap mokhsya lah tu. tapi kalo betul2 nak jadi laki pun atau pun nak tiru laki untuk menarik perhatian awek2 songsang pun, tiru aksi ini dulu. baru awek2 respek sama lu.



April 2, 2011

oh idolaku!

ini cerita benar. bukan main2, bukan april fool ye. aku tak main benda2 tahyul ni.

2 hari lepas aku ke tingkat 3, ibu pejabat MARA di jalan raja laut untuk uruskan hal biasiswa. selesai berurusan dengan pegawai MARA, macam biasa aku akan gunakan perkhidmatan lif untuk turun ke bawah. sedang aku menunggu lif, datang sekumpulan remaja yang juga ingin menunggu lif yang sama untuk ke bawah. elok pintu lif terbuka, terpampang satu poster besar yang bertulis lebih kurang macam ni "Produk Kejayaan MRSM". aku dan sekumpulan remaja tadi pun tengok lah poster tu secara berjemaah. bermula dengan nama menteri yang aku lupa namanya diikuti oleh Syeikh Muszafar (pelancong-angkasa negara), Wahid Omar (CEO Maybank), Shazali Ramli (CEO Celcom), Azran Osman-Rani (CEO Air Asia X) dan ramai lagi lah. dan apabila sampai ke nama dan gambar terakhir, berdekah2 sekumpulan remaja tadi gelak tak ingat dunia. aku pun turut sama gelak cuma nadanya agak berlainan. aku gelak dengan penuh bangga dan bongkak macam haram. perasaan yang sama macam team Malaysia 1st time menang AFF Cup. bukan apa, aku bangga teruk kerana orang terakhir di dalam poster itu adalah idola aku. idola yang selalu memberi inspirasi dan kata2 semangat untuk aku. beliau yang aku maksudkan adalah:



amacam? hensem tak? 
10 tahun lagi tunggu muka aku pulak ada dekat sebelah muka mamat ni dalam poster tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...