March 7, 2011

ini serius!!!

belakangan ni banyak betul kes2 kemalangan langgar lari membabitkan haiwan2 peliharaan ketika melintas jalan. hal ini amat membimbangkan pemimpin tertinggi negara lantas pelbagai inisiatif dan cadangan keluar daripada mulut2 pemimpin rakyat yang hanya datang melawat rakyat ketika musim pilihan raya. stakat bercakap tapi tiada pelaksanaan baik tak payah kan. sampah. selain itu, perkara ini jugak menyebabkan pemandu2 kenderaan di Malaysia menjadi trauma untuk memegang stereng setelah melihat banyak bangkai2 haiwan yang tak bersalah mati bertempiaran di atas jalan raya. hasil kajian, keharmonian hidup berjiran juga terganggu dek kematian mendadak haiwan2 peliharaan seperti kucing, arnab, ular dan juga katak. pelbagai dakwaan pelik muncul selepas haiwan peliharaan mereka gagal dijejaki seperti jiran sebelah guna ilmu hitam curi haiwan peliharaan mereka, haiwan peliharaan mereka disembunyikan jin dan ada yang mendakwa haiwan peliharaan mereka dicuri toyol dan macam2 lagi alasan macam haram jadah.

semua benda2 tahyul nak dijadikan alasan walhal haiwan2 peliharaan mereka sebenarnya telah mati ketika melintas jalan. siapa yang patut dipersalahkan sebenarnya ni? takkan la nak terus salahkan jiran yang tidak tahu menahu mengenai perkara ini. hal ini amat serius. selain meragut nyawa, keharmonian hidup bermasyarakat jugak terganggu. adakah anda inginkan perkara ini daripada terus berlaku? jika tidak, kami ada penyelesaiannya.


untuk mengelakkan perkara ini daripada terus menjadi misteri kepada rakyat Malaysia, syarikat kami menyediakan perkhidmatan melatih haiwan2 peliharaan untuk melintas jalan dengan selamat tanpa was2. kenapa perlu memilih kami?

ini jawapannya:
  • gerenti lulus. haiwan peliharaan anda gerenti akan melintas jalan dengan selamat selepas dilatih pihak kami
  • bayaran yang sangat murah dan berpatutan
  • tenaga pengajar yang mesra haiwan dan berpengalaman luas.
  • sijil yang diiktiraf JPJ serta kementerian pengangkutan. sijil penyertaan akan disahkan oleh para jurulatih profesional kami. ia diserahkan kepada para peserta pada akhir setiap program
  • setiap ahli pasukan kami berusaha bersungguh-sungguh untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dalam memastikan semua peserta memperoleh kejayaan cemerlang
jadi, apa tunggu lagi? daftar segera sebelum terlambat. tempat adalah terhad. siapa cepat dia dapat. emelkan nama dan alamat anda sekarang.

10 comments:

Miss Annaz said...

comelnya baby kucing dlm gambar tu...

acap said...

mana sebat ntah gambaq tu

Asyrafeqa said...

haha .. kebtulan .. smalam balik dari KLCC bru nmpk cicak mati belakang pintu .. dh kne lenyek .. haha xD

acap said...

haa. apa tunggu lagi? hantar lah emel kepada syarikat kami sebelum terlambat. kelak akan menyesal

Pakcu said...

kalo menatang ba alip ba ya yang kena langgar boleh tlg tak?

acap said...

tiada masalah. syarikat kami akan mengasingkan haiwan peliharaan packu daripada yang lain

FurBall said...

salah seorang pelanggar lari haiwan peliharaan yang telah dikesan adalah Furball!!!aku..aku..aku bersalah!!!!grrrrrr...ahahaha

acap said...

anda tidak bersalah. tapi tuan haiwan berkenaan yang bersalah. untuk itu, marilah join offer ini

ahsfantasy24 said...

huhu..
maka kasihanlah
pada yg mnjadi mngsa keadaan..
huhuhu~

acap said...

haa. jadi. apa tunggu lagi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...