March 21, 2011

hi semua


nama saya acab. saya bekerja sebagai pencari kerja. sudah masuk bulan ke-4 saya menceburi pekerjaan ini. saya benci pekerjaan ini. haram tak best pun. anda ada idea apa yang harus saya buat selain makan dan tidur?


kamera: Diana+
filem: kodak ektacolor 160s
lokasi: kepala batas, alor setar

March 18, 2011

demam batuk selesema sakit telinga. baru kena sikit dah blakon macam kena demam malaria sebulan. nyata skali aku sangat lemah. agaknya macam mana mereka2 yang diuji Allah dengan ujian yang lebih berat dan tidak putus2? jugak ujian dan dugaan para sahabat dan mujahid menyebarkan dan mempertahankan agama yang kita anuti sekarang. sesungguhnya kami sangat lemah ya Allah.

March 16, 2011

kisah sedih si tukang gunting rambut

baru2 ni aku ke kedai gunting rambut dekat2 rumah aku ni. kedai gunting brader najib dengan membe dia apa nama aku pun tak tau. tapi brader najib dah tak dak. merantau bukak kedai gunting dekat london sana follow isteri dia kerja sana. yang ada cuma gambar2 brader najib posing sambil gunting rambut mat saleh lah. stylo habis aku tengok. tinggallah member dia sorang2 teruskan perniagaan gunting rambut tu. aku jarang pi kedai untuk gunting rambut sebab aku lagi suka gunting rambut sendiri. keputusan yang dapat lagi puas hati beb kalo gunting sendiri. cuma masalah timbul apabila aku cuba untuk gunting rambut sebelah belakang. pernah jugak aku terpikir untuk cabut kepala dan sambung balik. tapi masalah lain pulak timbul. mata aku still tak nampak side belakang kalau aku cabut pun. gila. last2 pergi kedai/saloon jugak. masalah lain pulak yang timbul. kadang2 lain yang aku mintak lain pulak yang aku dapat. tapi aku faham tugas berat yang dihadapi untuk gunting rambut orang ni. bukan senang nak baca fikiran orang. pada suatu masa dahulu, aku antara penggunting rambut yang sangat sibuk ketika zaman skolah dulu. tambah2 kalau ada spot check. memang aku lari lah malam tu sebab ramai yang tunggu depan pintu kiub aku nak suruh alter rambut masing2 yang dah dirosakkan warden. walaupun dah beratus kali kot aku gunting rambut (atas) rakan2, tapi aku masih tak berpuas hati dengan pencapaian aku dan selagi matlamat aku tidak tercapai hidup aku tak tenteram dan aman. aku rasa siapa2 saja yang menggunting rambut orang secara profesional mahupun amatur pasti mengejar matlamat yang sama. matlamat menjadi tukang gunting tersohor dengan... 

...menggunting jambul dr rozmey.

Dream job beb. dream job!

March 7, 2011

ini serius!!!

belakangan ni banyak betul kes2 kemalangan langgar lari membabitkan haiwan2 peliharaan ketika melintas jalan. hal ini amat membimbangkan pemimpin tertinggi negara lantas pelbagai inisiatif dan cadangan keluar daripada mulut2 pemimpin rakyat yang hanya datang melawat rakyat ketika musim pilihan raya. stakat bercakap tapi tiada pelaksanaan baik tak payah kan. sampah. selain itu, perkara ini jugak menyebabkan pemandu2 kenderaan di Malaysia menjadi trauma untuk memegang stereng setelah melihat banyak bangkai2 haiwan yang tak bersalah mati bertempiaran di atas jalan raya. hasil kajian, keharmonian hidup berjiran juga terganggu dek kematian mendadak haiwan2 peliharaan seperti kucing, arnab, ular dan juga katak. pelbagai dakwaan pelik muncul selepas haiwan peliharaan mereka gagal dijejaki seperti jiran sebelah guna ilmu hitam curi haiwan peliharaan mereka, haiwan peliharaan mereka disembunyikan jin dan ada yang mendakwa haiwan peliharaan mereka dicuri toyol dan macam2 lagi alasan macam haram jadah.

semua benda2 tahyul nak dijadikan alasan walhal haiwan2 peliharaan mereka sebenarnya telah mati ketika melintas jalan. siapa yang patut dipersalahkan sebenarnya ni? takkan la nak terus salahkan jiran yang tidak tahu menahu mengenai perkara ini. hal ini amat serius. selain meragut nyawa, keharmonian hidup bermasyarakat jugak terganggu. adakah anda inginkan perkara ini daripada terus berlaku? jika tidak, kami ada penyelesaiannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...