February 6, 2011

mari modify Diana+ anda


malam ni aku boring teruk tapi terdetik untuk tulis sesuatu dalam blog. mood nak tulis pun mana p x tau. nak tulis blog kena ada mood beb. janggal rasanya kalo tulis tanpa mood. aku on sepam dua irama Butterfingers ke dalam halwa telinga aku. masih buntu tapi mengasyikkan. kemudian, aku belek gambar2 dalam laptop aku dan bertemulah aku dengan gambar yang aku ambil 1++ tahun lebih yang lalu.


kepada Diana-lovers ataupun mamat/minah lomo, teknik ini mungkin dah lama anda tau kan. tapi lantak lah, aku nak tulis jugak pasal ni. gambar ni aku sengaja amik ketika dalam percubaan pertama untuk menggunakan filem 35mm instead of 120mm film tanpa menggunakan Diana+ instant-back. thanks Bak ajar aku modify2 ni.

Kelebihan2 teknik ini:
  • Boleh load film 35mm tanpa membeli aksesori tambahan  (Diana+ instant back. Dah boleh jimat dekat rm200)
  • Dah guna 35mm punya format mestilah kos untuk setiap gambar yang dihasilkan berkurang.  Bukan kedekut namanya tapi inovatif bak kata cikgu kemahiran hidup skolah rendah aku dulu.
  • Variasi gambar yang terhasil – kira macam effect dia lain skit la.
  • Boleh dapat gambar effect red-scale jugak.

Kelemahan:
  • Risiko untuk gambar tidak menjadi agak tinggi. Ketekukan dan ketelitian agak penting
  • Apa lagi eh? x jumpa pulak (konon nak sokong cara ni lah. Ehem2)

Caranya:
mula2 aku letak 2 spesies span yang berbeza dibahagian atas-bawah serta sisi film tu untuk hold film tu kuat2. x cukup lagi aku selit kayu batang ais krim lekatkan bersama film untuk hold film menjati bertambah utuh. bukan apa, risiko untuk cassette film tu terbabas atau tergerak sangat tinggi kalo aku x pastikan film betul2 melekat kat posisi tu supaya negative nanti akan bergerak smoothly bila Wheel tu dipusing setiap kali gambar diambil. film jugak perlu dipastikan betul2 di posisi tengah2 supaya tiada masalah akan berlaku kalo nak roll film tu nanti. ahhh. damn. aku pun dah confuse macam mana nak explain kat sini. aku memang fail bab2 nak bagi orang faham apa aku cakap ni. tengok gambar faham kot.  aku pun dah lama x try. bila dah habis roll negative tu mesti lah kena masukkan balik negative tu dalam cassette. yang ni pun mencabar jugak. tempat kena gelap habis. kalo x cukup gelap nanti x menjadi plak.
nampak macam senang tapi berpeluh jugak aku try buat benda ni. aku pun satu, dah tau panas bukan nak on kipas. memang lah berpeluh.  

ni hasil2 cubaan aku. mula2 aku pelik jugak sebab apa gambar2 aku semua jadi redscale. bila aku rujuk balik kepada si Bak, baru aku aku tau yang aku set up film tu terbalik. cool lah, terbalik pun bleh dapat effect lain apa. x payah keluar duit beli film redscale. kehkeh. bak kata orang, belajar daripada pengalaman. 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...