February 28, 2011

apa sejadah harga petrol naik harga patung mr bean pun nak naik

aku ada terbaca komen2 rakyat Malaysia dalam surat khabar yang berbunyi lebih kurang macam ni. bising jugak mereka ni.

"apa sejadah harga gula naik sekupang untuk setiap kilogram, harga teh o ais pun naik sekupang bagi setiap gelas. bukan taruk sekilo gula dalam segelas air pun"

ok. statement diatas boleh jugak diganti dengan nasi goreng kambing, roti canai ataupun apa2 sahaja makanan yang anda rasa sesuai. senario macam ni biasanya terjadi lepas kerajaan naikkan harga bahan mentah dan harga makanan akan mengalami kenaikan harga. tambahan, bernafsu betul harga macam2 bahan mentah dan cukai naik lately. tapi ada jugak peniaga yang menaikkan harga walaupun servis ditawar tiada kena mengena dengan kenaikan harga minyak dunia. contohnya:

kenaikan harga servis mengubahsuai rambut daripada rm5 kepada harga baru iaitu rm6 selepas kenaikan harga minyak dunia diumumkan.

maka, kedengaran pula suara2 seperti:

"cilakak punya macha naikkan harga servis mengubahsuai rambut. padahal dia ubahsuai rambut aku haram tak guna minyak petrol setitik pun"

mungkin ramai yang bersetuju dengan kedua2 statement atau salah satu daripadanya. pendapat peribadi aku pulak berbunyi macam ni:
belakangan ini, harga2 barang dan cukai naik dengan penuh bernafsu. nak aku nak listkan satu per satu? ahhh. buang masa aku. bukak lah koleksi surat2 khabar lama anda di rumah ataupun usha arkib akhbar online. lantak lah peniaga nak naikkan harga apa pun. dah nama pun rakyat didahulukan. memang betul sesetengah servis tu tiada kaitan dengan kenaikan harga benda2 lain. tapi perlu diingat. mereka jugak berniaga untuk hidup. untuk tolong keluarga. untuk beli itu untuk beli ini. macam mana pulak kalau yang mempunyai tanggungan ramai? salahkah mereka cuba untuk menambah pendapatan mereka untuk menampung kos hidup yang meningkat? nak bayar cukai moto atau kereta, insurans kenderaan yang naik lagi, sewa rumah, hutang bank, yuran anak2 skolah lagi. macam2 lagi lah. senang cerita, our living expenses naik. terima kasih kepada yang berkenaan. pendapat anda?




kita selalu fikirkan tentang kesusahan kita tapi kita tak fikirkan tentang kesusahan orang yang jauh lebih susah hidupnya daripada kita.

2 comments:

azyansyahirah said...

Well, kalau nak naikkan harga barang mentah, naikkan sekali amount gaji. Baru orang tak bising

acap said...

yeah. itu yang patut dijerit2kan.
nak jadi hero biar bertempat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...