February 27, 2011

aku jenis spesies jarang tengok tv tapi...

hasil pemerhatian aku, aku lihat iklan2 krim atau sabun atau peluntur pemutih muka di Malaysia ni agak seperti sampah. bukan semuanya begitu tapi ada sebahagian kecil yang membogelkan kebangangan mereka di kaca tv atau paparan di dada akhbar. kenapa aku cakap mereka bangang? sebabnya begitu mudah. mereka bangang kerana merasakan rakyat Malaysia ni begitu bodoh dan mudah untuk mereka tipu lantas meningkatkan keuntungan syarikat mereka. apa lancau la amik Juliana Evans minah saleh kacuk tu jadi model iklan spesies macam ni. minah tu dah lama masuk tv dan mak cik2 pun ramai yang kenal beb. masing2 pun dah tau yang dia tu sedia putih macam orang putih. lepas tu dalam iklan edit kulit dia bagi jadi gelap dan cerahkan the same photo konon kesan pakai krim haramjadah apa ntah lepas berminggu2. perghhh. macam magic dah aku tengok. nak klentong pun agak2 lah sikit macha or at least choose a model that is not a public figure or amik la artis yang kulit tak berapa nak cerah. aku rasa mereka ni perlu belajar daripada kebijaksanaan DR ROZMEY mempromosikan produk beliau (ops! bukan filem 2 alam ye. tapi jusmate 5 yang dimaksudkan disini). Tak payah bayar model mahal2 dapat testi bagus2 lagi. dosa kelentong orang pun tak dapat. benda senang pun tak reti nak pikir. siapa yang patut dipersalahkan ni?


pengurus syarikat kah? director iklan kah? make up artist kah? atau rosmah mansur kah?

*geli jugak aku puji Dr Rozmey. tapi demi membodek supaya aku dapat projek jadi hero next film dia blakon ngan pam anderson aku sanggup aibkan diri. kehkeh

4 comments:

adwafarahin said...

btl2! igt org mesia nie bodoh ke hape kan!

acap said...

laju betul komen ;) heheh
dr rozmey jgk pandai dlm bab2 marketing ni. haha

zaidatul salwa said...

tau xpe.iklan rambut lg xley bla.lembut bagai dawai.haha.

acap said...

haha. betul jugak tu. tapi dawai lembut eh ? :p haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...