February 28, 2011

apa sejadah harga petrol naik harga patung mr bean pun nak naik

aku ada terbaca komen2 rakyat Malaysia dalam surat khabar yang berbunyi lebih kurang macam ni. bising jugak mereka ni.

"apa sejadah harga gula naik sekupang untuk setiap kilogram, harga teh o ais pun naik sekupang bagi setiap gelas. bukan taruk sekilo gula dalam segelas air pun"

ok. statement diatas boleh jugak diganti dengan nasi goreng kambing, roti canai ataupun apa2 sahaja makanan yang anda rasa sesuai. senario macam ni biasanya terjadi lepas kerajaan naikkan harga bahan mentah dan harga makanan akan mengalami kenaikan harga. tambahan, bernafsu betul harga macam2 bahan mentah dan cukai naik lately. tapi ada jugak peniaga yang menaikkan harga walaupun servis ditawar tiada kena mengena dengan kenaikan harga minyak dunia. contohnya:

kenaikan harga servis mengubahsuai rambut daripada rm5 kepada harga baru iaitu rm6 selepas kenaikan harga minyak dunia diumumkan.

maka, kedengaran pula suara2 seperti:

February 27, 2011

aku jenis spesies jarang tengok tv tapi...

hasil pemerhatian aku, aku lihat iklan2 krim atau sabun atau peluntur pemutih muka di Malaysia ni agak seperti sampah. bukan semuanya begitu tapi ada sebahagian kecil yang membogelkan kebangangan mereka di kaca tv atau paparan di dada akhbar. kenapa aku cakap mereka bangang? sebabnya begitu mudah. mereka bangang kerana merasakan rakyat Malaysia ni begitu bodoh dan mudah untuk mereka tipu lantas meningkatkan keuntungan syarikat mereka. apa lancau la amik Juliana Evans minah saleh kacuk tu jadi model iklan spesies macam ni. minah tu dah lama masuk tv dan mak cik2 pun ramai yang kenal beb. masing2 pun dah tau yang dia tu sedia putih macam orang putih. lepas tu dalam iklan edit kulit dia bagi jadi gelap dan cerahkan the same photo konon kesan pakai krim haramjadah apa ntah lepas berminggu2. perghhh. macam magic dah aku tengok. nak klentong pun agak2 lah sikit macha or at least choose a model that is not a public figure or amik la artis yang kulit tak berapa nak cerah. aku rasa mereka ni perlu belajar daripada kebijaksanaan DR ROZMEY mempromosikan produk beliau (ops! bukan filem 2 alam ye. tapi jusmate 5 yang dimaksudkan disini). Tak payah bayar model mahal2 dapat testi bagus2 lagi. dosa kelentong orang pun tak dapat. benda senang pun tak reti nak pikir. siapa yang patut dipersalahkan ni?


pengurus syarikat kah? director iklan kah? make up artist kah? atau rosmah mansur kah?

*geli jugak aku puji Dr Rozmey. tapi demi membodek supaya aku dapat projek jadi hero next film dia blakon ngan pam anderson aku sanggup aibkan diri. kehkeh

February 22, 2011

pembongkaran rahsia terhebat abad ini: tips dapatkan traffic berjuta2 sehari!

entri spesies macam ni dah banyak aku baca kat blog2 lain. tapi kesian, ramai lagi yang tak tahu rupanya. cikgu aku cakap ilmu ni tak baik kalo kita kedekut2. Tak tau lah kalo cikgu aku tipu aku kan. tapi aku rasa tak. jadi aku ingat aku nak kongsi jugak lah. meh sini aku nak pesan. tolong la disable your auto-play music dekat blog tu. bukan apa. aku penah ada masalah telinga. beberapa kali jugak aku keluar masuk klinik jumpa doktor check telinga aku ni. doktor cakap telinga aku ni ada alergik. ya. aku alergik dengar lagu2 yang bukan daripada spesies rock atau metal. bila aku singgah blog2 yang pasang lagu auto play ni aku macam nak maki depan2. bukan semua orang suka dengan types of songs that we listened to rite? tambah pulak bila aku online dekat library university dan lupa mutekan volume. perghhh. lagi menyirap kalo tiba2 keluar lagu2 korea lagu2 indo lagu2 dangdut apajadah semua. aib sekampung yo. nak layan lagu dekat laptop aku pun potong stim sedap2 headbangin masuk pulak lagu2 spesies macam ni. sh*t.


maaf kalau ada yang terasa. chill :)

February 16, 2011

entri buang masa malam2: nak muntah? silakan.

*sedang aku berjalan melintasi sebuah butik (yang namanya harus dirahsiakan) di Empire Gallery Subang Jaya*

dua orang pekerja lelaki sedang berdiri di hadapan pintu masuk butik tersebut. kelihatan seperti lelaki spesies yang anda (jika anda lelaki) akan jauhkan bontot anda daripada mereka. termasuk, jauhkan bontot daripada pemandangan mereka juga. kusyuk mereka memerhatikan manusia2 lalu lalang melintasi kedai tempat mereka bekerja. ahhh. aku malas nak describe lebih2 pasal mamat dua orang ni. geli tahu tak. tapi aku nak kongsi apa yang aku dengar ketika berjalan melintasi dorang.

mamat A: yang hujung sekali tu comel kan. *sambil memerhati dengan penuh keriangan kepada kumpulan remaja lelaki yang jugak melintasi butik tersebut*

mamat B: itu bukan comel u, dia tu cute *memerhati hingga hilang bayang mereka daripada pandangan*


betul sangkaan awal aku. jenis bernafsu dengan kaum sejenis.



*nasib baik aku tak comel, apatah lagi 'cute'

February 6, 2011

mari modify Diana+ anda


malam ni aku boring teruk tapi terdetik untuk tulis sesuatu dalam blog. mood nak tulis pun mana p x tau. nak tulis blog kena ada mood beb. janggal rasanya kalo tulis tanpa mood. aku on sepam dua irama Butterfingers ke dalam halwa telinga aku. masih buntu tapi mengasyikkan. kemudian, aku belek gambar2 dalam laptop aku dan bertemulah aku dengan gambar yang aku ambil 1++ tahun lebih yang lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...