December 9, 2011

busy


Shanghai, China
taken using Diana+ loaded wt Fuji Pro 160NS

September 19, 2011

rahsia untuk dapatkan kutipan filem yang tinggi

kat sini aku nak share sikit rahsia yang digunakan sesetengah pengarah atau producer filem dalam menghasilkan filem yang mampu mendapat kutipan busuk-busuk pun  40  8 juta ringgit. 

1. tips pertama. filem biar kasi simple. bukan apa. kalo buat filem yang rumit macam filem2 hollywood ni nanti x laku. filem tu biar light je standard cerita budak2 tadika paham. baru ramai orang melayu layan cerita macam ni nanti. silap2 boleh export ke luar negara lagi. amacam? senang bukan? x payah buang masa brainstorm penat2. sakit otak.

2. modal biar sedikit. apa yang penting di sini ialah keuntungan. bajet selalunya dalam 1 juta pun cukup. dah nama pun filem ringan2 kan. x perlu susah2 beli bom letup sana letup sini. cuba tengok filem paling mahal dalam sejarah filem melayu dia punya keuntungan berapa?

3. lawak kena ada. sama jugak macam cerita2 hollywood. x kan nak bagi muka penonton keras macam kayu selama sejam lebih beraksi di kerusi panggung wayang. jenis lawaknya pulak haruslah lawak yang stereotaip style macam dalam drama atau apa2 rancangan lawak dekat tv tu. baru lah nanti penonton dah boleh agak. depa pun boleh standby nak gelak kaw2. lawak dia jugak x boleh berat2 macam lawak omputih. nanti kesian xdak orang nak tolong gelak.

4. promosi biar simple2 je. x perlu letak iklan besar2 dekat surat khabar hari2 lepas tu pulak target 40 juta kutipan. memang cari cemuhan jawabnya. 

5. kena ikut trend. kalo trend cerita hantu sedang memuncak. kena lah buat cerita hantu. hidangkan penonton cerita hantu x henti2. jangan risau. sambutan x kan pudar. mereka x immune punya. agak2 muncul pulak trend cerita rempit buat cerita rempit. cerita drift2 buat lah cerita drift. bab ni kena rajin tengok market jugak lah. kena kaji sikit.

6. kalo cerita simple skrip pun kena lah simple. contohnya, aku amik satu soalan beserta jawapan yang standard digunakan dalam cerita omputih dan cerita melayu untuk dibuat perbandingan.

bini: abang dah makan ka?
laki (style omputih): alangkah besnya kalo kat atas meja tu ada roti canai jenama 1malaysia 
laki (style melayu): dak lagi. x reti2 nak masak ka?

apa yang aku perasan omputih ni depa x direct menjawab soalan. banyak kiasan yang digunakan. bagi cerita melayu pulak, perlu diingat bahawa targetnya ialah budak2. kalo buat style cerita omputih x sesuai plak aku rasa.

7. yang ke 7 ni yang paling penting. apa lagi kalo bukan pelakon. walau sampah macam mana sekali pun ceritanya. walau sampah macam mana pun directornya. walau mempersenda agama sekalipun macam cerita yang diarah pengarah cam taik baru2 ni. peminat tetap bagi sokongan. haihhhh. percaya lah cakap aku.

bagus lagi aku tengok cerita sailormoon

June 20, 2011

Lomo Black and White

setengah tahun aku peram filem ni dalam Diana aku sebelum hantar ke kedai untuk di proses. nasib baik filem ni x jadi film pekasam adik bradik ikan pekasam. bukan malas tapi masalah kewangan yang terhad selaku seorang penganggur sebelum ini. alhamdulillah sekarang kewangan sudah semakin ok dan dapat jugak aku habiskan film ni. seperti jangkaan, memang aku dah agak akan ada kelainan daripada film BnW hasil sebelum2 ni. kira ni macam eksperimen lah. main filem ni bukan macam main digital. x boleh edit2 n xtau hasil on the spot. ni lah yang membuatkan aku suka main kamera filem. gila layannnnnn




Camera: Diana +
filem: Lomography black and white 100
location: kl dan alor setar

May 15, 2011

anda ada masalah bangun pagi?

anda ada masalah bangun pagi? terutama untuk bangun pagi mengerjakan solat subuh? apa yang anda buat untuk overcome masalah ini? untuk aku, aku akan setkan alarm lagu2/any sound yang cukup annoying. dulu aku try jugak letak lagu2 metal/hardcore fav tapi tak menjadi. telinga aku dah immune to this kind of music. lagipun aku memang spesies tidur sambil mainkan lagu spesies macam ni. sebentar tadi sedap2 aku layan lagu Lamb Of God kat youtube, member aku suggest aku dengar satu lagu ni. lagu local katanya.

tertipu aku dengan gaya gadis tak berapa nak slim ni bergaya begini. slipknot pun tak ganas macam minah ni. boleh buat aku trauma malam ni. damn it. harap2 depa tak datang dalam mimpi aku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...