November 8, 2010

Iron Maiden Live in Singapore 2011

salah satu impian aku dari dulu ialah menghadiri konsert Iron Maiden. band Heavy Metal yang sangat berpengaruh dan hebat dalam seni muzik. memang mustahil band2 sama spesies macam Iron Maiden akan dibenarkan beraksi di Malaysia kecuali beraksi secara diam2 di gigs. lainlah kalo yang datang itu artis wanita yang seksi2 dengan aksi menggiurkan yang boleh menghiburkan golongan lelaki gersang. shait. secara seriusnya, aku sangat jeles dengan jiran2 malaysia seperti singapura, thailand dan singapore. mereka hampir setiap tahun mendapat peluang menyaksikan persembahan artis2 hebat seperti Slipknot, Trivium, Metallica dan yang terbaru Iron Maiden. Iron Maiden dalam aksi jelajah The Final Frontier World Tour akan singgah di Singapore, Jakarta dan Bali dengan menaiki pesawat Boeing 757 yang diberi nama Ed Force One. pesawat ini akan dikendalikan oleh frontman mereka sendiri iaitu Bruce Dickinson untuk menjelajah dunia. beliau jugak baru2 ini menerbangkan pasukan Liverpool FC ke Italy untuk siri UEFA Cup. salute lah.


amacam? artis2 AF boleh ke bawak airplane sampai orang sebok nak jadikan dorang idola? kehkeh. aku ada satu soalan macam biasa. ada x siapa2 nak bawak aku tengok Iron Maiden depan mata ni? damn. tiket untuk public akan dijual bermula tengah malam ini. time ni jugak lah poket tengah kering.



6 comments:

adwafarahin said...

nk pegi
siap de sponsor
tp konfum x lepas sbb sorang je pompuan
haihhh..

acap said...

wahhh. sp sponsor tu? bes lah

xkane said...

satu ja aku nak tulis...rock!!..hehe

\m/

acap said...

hahaha. metal \m/

Sca Ndx said...

band metal luar susah nak msuk mesia, gay popstar boleh lak.

acap said...

hahaha. yang tu betul. band2 metal kalo masuk pun main senyap2 dalam gig kecik2. kalo gay senang pulak lepas. cis. ni yg aku ingat nk jadi PM malaysia ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...