November 30, 2010

persoalan yang merumitkan

time2 banyak idea nak tulis itu tulis ini lah komputer buat hal. boleh tahan mengada jugak dia nak suruh bawak jumpa doktor. kalo nak jumpa doktor, duit pun kenalah sediakan. tapi macam mana kalo poket tengah kosong ni? demmm. terpaksalah aku guna ipod ni untuk update blog secara ringkas macam ni. serius tak bes taip guna 2 jari berbanding 10 jari. berbalik pada tujuan asal aku tulis entri ni. aku ada persoalan yang sering mengganggu pemikiran aku. aku akan jadi menggelabah teruk jika foreigners tanya aku soalan ni. soalan yang sangat menguji minda. Tak senang hidup aku selagi persoalan ini tidak dirungkaikan. nak makan, tidur malah main game pun tak senang dibuatnya macam awal2 jatuh cinta lah pulak.

aku ingat nak mintak tolong siapa2 yang baik hati rungkaikan persoalan aku ini. Siapakah perdana mentri Malaysia sekarang ni? Najib atau Rosmah Mansur? susah betul soalan ni

terima kasih :)

November 16, 2010

politics

entri ini ditulis untuk menyatakan kekecewaan terhadap media massa di Malaysia. harap maklum.

ALOR SETAR - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dukacita kerana ada pihak yang tidak menghargai sumbangan Kerajaan Negeri kepada mangsa banjir yang melanda negeri ini dua minggu lalu. lagi berita di sini

ALOR SETAR - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah memuji pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana berjaya menerajui Kedah secara adil, amanah dan proaktif. Baginda bertitah, rakyat negeri ini diberi layanan yang adil malah hubungan antara kaum semakin erat menerusi pelbagai aktiviti. lagi berita di sini

November 13, 2010

entri ke-200 (edisi khas)

kebetulan yang tidak disengajakan pada awalnya sama seperti entri khas ini. aku baru sedar yang aku menghampiri post ke-200 baru2 ini. dan sekali lagi aku ingin tujukan entri ini khas kepada buah hati. buah hati yang telah banyak berkorban dan bersusah payah melayan serta membetulkan kesalahan2. menjadikan hidupku lebih bermakna

HAPPY BIRTHDAY n HAPPY GRADUATION DAY SAYANG :)
take a good care of yourself n dont miss me so badly eh :p

metal tu metal jugak, skali skala jiwang apa salah. kehkeh. mungkin ini entri terakhir yang aku tulis ketika berada di subang. esok aku akan terbang ke alor setar dan mengucapkan selamat tinggal kepada subang jaya. chow


camera: Diana+
filem: fujichrome provia 100f

November 8, 2010

Iron Maiden Live in Singapore 2011

salah satu impian aku dari dulu ialah menghadiri konsert Iron Maiden. band Heavy Metal yang sangat berpengaruh dan hebat dalam seni muzik. memang mustahil band2 sama spesies macam Iron Maiden akan dibenarkan beraksi di Malaysia kecuali beraksi secara diam2 di gigs. lainlah kalo yang datang itu artis wanita yang seksi2 dengan aksi menggiurkan yang boleh menghiburkan golongan lelaki gersang. shait. secara seriusnya, aku sangat jeles dengan jiran2 malaysia seperti singapura, thailand dan singapore. mereka hampir setiap tahun mendapat peluang menyaksikan persembahan artis2 hebat seperti Slipknot, Trivium, Metallica dan yang terbaru Iron Maiden. Iron Maiden dalam aksi jelajah The Final Frontier World Tour akan singgah di Singapore, Jakarta dan Bali dengan menaiki pesawat Boeing 757 yang diberi nama Ed Force One. pesawat ini akan dikendalikan oleh frontman mereka sendiri iaitu Bruce Dickinson untuk menjelajah dunia. beliau jugak baru2 ini menerbangkan pasukan Liverpool FC ke Italy untuk siri UEFA Cup. salute lah.


amacam? artis2 AF boleh ke bawak airplane sampai orang sebok nak jadikan dorang idola? kehkeh. aku ada satu soalan macam biasa. ada x siapa2 nak bawak aku tengok Iron Maiden depan mata ni? damn. tiket untuk public akan dijual bermula tengah malam ini. time ni jugak lah poket tengah kering.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...