October 17, 2010

Bajet la weih

Bajet 2011 dah dibentangkan. aku rasa ramai yang dah tau isi2 dan agenda2 dalam pembentangan Bajet 2011 ni. seriously aku xtengok langsung kat tv pembentangan bajet tu. bukan apa. bosan gila dengar najib cakap sorang2 berjam2 sambil dengar suara latar MP bising2 dan praktis main drum ketuk2 meja kat parlimen tu. dalam proses perancangan nak buat band indie agaknya. daripada aku tengok tv, baik aku beli surat khabar baca teks ucapan lengkap lagi puas hati kan?

antara perkara2 yang menjadi agenda:



penghapusan 5-30% cukai ke atas barangan seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, bola golf, barang kemas tiruan, bedak talkum, syampu, langsir, alas meja, selimut, cadar, kemeja, baju tidur, pakaian dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuk kelambu.
lepas ni boleh shopping seluar dalam banyak2 lah kot. boleh jugak pakai barang kemas tiruan banyak2. eh, tiruan??

RM576mil allocated in the form of scholarships for those wishing to further their studies
guud najib guud

Mobile phones exempted from 10pc sales tax effective Oct 15.
jangan nak seronok sangat. purata sorang rakyat tukar phone berapa kali setaun? gomen imposes taxes to increase its revenue rite? kalo dah mansuh tax kat sini mestilah kena cover dengan tax kat tempat lain pulak. kalo x macam mana nak bina bangunan 1oo tingkat kan walaupun satu ketika dulu ada sorang menteri tu cakap mesia ni nak bankrupt. yeah. mari kita tengok.

Rate of service tax will be increased from 5% to 6%.
sangat banyak tempat yang mengenakan gomen tax skrg ni. boleh dikatakan kerap jugak kita akan kuarkan duit untuk bayar tax. dari mapley, KFC, bil tepon bla3. betul x?

New 6pc service tax for paid TV broadcasting service effective Jan 2, 2011.
ini pun lagi satu. berapa ramai orang langgan astro sekarang ni? dari 0% tax to 6%.

dulu kalo datang saja bajet ni orang kat mana2 pun akan sebok cakap pasal taxes on 2 benda ni: rokok dan air setan. tapi kali ni tax on air setan dah 2 taun x naik rasanya. betul x? rosak2.

A new landmark, Warisan Merdeka, expected to be completed in 2020, will include a 100-storey tower, the tallest in Malaysia costing RM5 billion

serius sh*t. another mega project. hari tu cakap malaysia nak bankrupt by 2019. alasan nak tarik balik subsidi itu subsidi ini. kemudian, suruh pulak rakyat ubah gaya hidup. yang ni boleh pulak berangan nak ada bangunan 100 tingkat. 5billion tu macha bukan 5kupang.

RM40b MRT to begin in 2011, ready by 2020.
satu projek yang bagus dengan keadaan sistem jalanraya yang sesak di ibu kota sekarang ni. harap2 kesesakan dapat berkurangan. yeahh.

No increase of toll rates for next 5 years in PLUS highways.
dulu penah cakap no increase in oil price. then, naik jugak. harap2 yang ni betul2 lah eh. yeah.

Bagi pengawal keselamatan, kerajaan akan menguat kuasa gaji pokok minimum kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan.
haritu bukan dia cakap nak naikkan minimum rm1k+ ka?

rm500juta untuk program latihan 1Malaysia.
grrrrrr. x cukup lagi PLKN tu encik najib? modul2 dalam latihan ini aku rasa boleh ja kalo nak selit2 dalam modul pembelajaran plkn tu. x pun ganti saja modul latihan ala kanak2 tadika yang diajar di plkn dengan latihan main masak2 macam ni.

Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas - jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus bagi harga di bawah 220 ribu ringgit (khas untuk pendapatan rm3k sebulan dan terutama untuk golongan muda)

boleh lah aku plan2 nak beli rumah dengan duit tabung aku yang xseberapa ni.


akademi bola sepak di Pahang.

kenapa Pahang? kenapa tidak di negeri yang banyak melahirkan pelapis ataupun di Kuala Lumpur? sebab Najib org Pahang? hmmmm. semoga pahang berjaya dalam kancah liga tempatan.

1.9 billion untuk pemuliharaan alam sekitar

guud najib guud

overall, bajet kali ni diharap dapat mengecilkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar serta mengurangkan masalah sosial yang melanda umat. yeahh.




sumber rujukan : hairan metro, berita hairan, mstar on9, nstp, poobalan.com. satu lagi akhbar tu aku x jadi nak refer lepas ternampak bendera ni. bukan apa. was2. ustazah aku cakap kita kena elakkan benda2 yang was2 ni. :)

11 comments:

HaNTwO said...

bajet ni antara yang terbaik...walaupun aku ni bukan pakar ekonomi tapi aku nampak matlamat tiap ape yang dibentangkan...moga malaysia bertambah maju...

Ladyship Atie said...

baguih hang komen satu per satu. huhu.

acap said...

hantwo: there r still some shitty projects that only benefits their cronies such s 100-storey menara warisan, projek permata under rosmah n bla3. some o these r copied from pakatan's manisfesto n group of people called this bajet as bajet from kerajaan fotokopi. lol. wht a shame. 4 sure this is not the bes yet.

atie: haha. just commented on certain issues tht i thought interesting or annoying

HaNTwO said...

bab tu hang p tanya depa...

acap said...

hehe. nanti aku tnya najib dekat twitter dia.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

moga m'sia semakin maju..saya bangga jadi anak m'sia.

sastraboy said...

bila hantwo cakap ini terbaik. gua terfikir, kenapa ini yang terbaik? kenapa? kenapaa?? haha.

maaflah. tapi tak kot. contoh paling simple lah kan.

govt tax tu. kita yang bayar ok. rakyat. bukan usahawan tu segala. maksudnya kos beli barang kita naik la. kan kan kan?

haha.

paling shit tengok, menara 100 tingkat tu. wtfuck!

fara said...

rase mcm ade yg tak kene gak.
tp tak pasti ape.
huhu~

acap said...

lydia: supposed to be 'semoga najib terus maju'.hehe

sastraboy: kan2. pastu remove taxes yang xpenting pulak tu.

fara: haha. baik pastikan cepat

HaNTwO said...

sastraboy hang jela jadi PMlagi bagus...

acap said...

hantwo: chill bro :) masing2 ada pendapat. ada yang sokong dan ada yang x sokong. terpulang pada masing2 macam mana nak terima atau tidak perubahan yang dilakukan kerajaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...