October 25, 2010

10 pakcik/makcik paling kaya di Malaysia

entri ni aku tulis 5 bulan yang lepas. hari ni baru aku perasan tentang kewujudan entri ini dalam draft. aku pun dah tak ingat mana aku sebat sumber rujukan untuk entri ni. layan je lah.

Senarai 10 individu terkaya di Malaysia ialah:

1) Robert Kuok Hock Nien; AS$12 bilion
2) T. Ananda Krishnan; AS$$8.1 bilion
3) Tan Sri Lee Shin Cheng; AS$4.6 bilion
4) Puan Sri Lee Kim Hua; AS$3.9 bilion
5) Tan Sri Quek Leng Chan; AS$3.85 billion
6) Tan Sri Teh Hong Piow; AS$3.8 bilion
7) Tan Sri Yeoh Tiong Lay; AS$2.5 bilion
8) Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary; AS$1.7 bilion
9) Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun; AS$1.6 bilion
10) Tan Sri Tiong Hiew King; AS$1.2 bilion

daripada 10 pakcik2/makcik terkaya kat Msia ni, hanya seorang wakil daripada kaum melayu berada dalam list tersebut. lantas, macam2 bunyi dari mulut orang keluar(bukan bunyi berdengkur, bersin dan sama spesies dengannya ye) dan macam2 jugak yang aku dengar. ada yang memperlekehkan bangsa sendiri cakap orang melayu ni jenis x boleh tengok bangsa sendiri hidup senang lenang mesti nak hasad dengki tikam belakang, tanam itu, tanam ini, hantar toyol suruh curi duit orang. benda2 tahyul semua keluar. ada jugak yang berbangga walaupun seorang saja wakil.

bagi aku, tak penting pun samaada nama kita ada dalam list2 macam ni atau pun x. harta duniawi ni bukan bukan boleh bawak masuk kubur. tapi ada jugak yang style bawak harta masuk kubur ni. itu kepercayaan masing2 lah. bagi org Islam, tak penah lagi aku dengar yang style buat macam ni. lagi pun Islam sendiri mengajar kita supaya bersederhana dalam hidup. nanti kalo kaya sangat pun susah jugak. ramai pulak yang hasad dengki guna cara kotor jatuhkan orang. perangai sebijik macam setan. jadi, x perlu lah kita mengejar sangat harta yang berlambak2 ni. sekadar bersederhana pun dah ok tapi jangan malas berusaha cari rezeki plak nanti. pendapat anda pulak bagaimana?

harta banyak2 tu bawak lah masuk tabung sedekah :) (macam budak baik tak ayat aku ni?)

28 comments:

Cahaya Keharumanku said...

org skg kalo kaya melampau2 siap2 la kena bakar hidop2...=.=" hoho...

kyle said...

sokong! yg penting kita hidup setiap hari dlm kegembiraan :)

(yg penting xde sikap dengki cemburu sampai g kutuk org buat fitnah hanya krn x puas, klu xpuas, g usaha sendiri, hehehe, kan kan kan?)

GaDis CoMeL said...

takmo kaya sgt, bersederhana, kang kalo kaya, ada lak yg kidnep.huhu

nadey said...

kn besh anak die nk kt aku............perghhh kawen meriah gile lah mcm BIDAWDAWRI gtu

acap said...

CK: bahaya jugak tu. biar la low profile senang skit.

kyle: yup2. usaha tangga kejayaan

acap said...

GC: a ah. kalo kaya nanti ramai cemburu. xpun ramai pencuri

nadey: hahaha. try la tackle. mana tau kot2 ada peluang lagi. tapi kalo dah laki org jgn cari pasal pulak. haha

si biskut said...

sikap macam tuh dah memang menular dalam bangsa melayu.ia kan realiti.malah leh dijadikan satu facts.Apapon orang melayu tak mau lebih2,cukup sekadar apa yang ada.

Cahaya Keharumanku said...

low profile..=) sgt setuju!! ^^ biar xkaya harta tp kaya ilmu...=)

acap said...

biskut: haa. tu lah. harap2 budaya2 x elok ni kita buang lah. buat tambah dosa je. mati pun xtau bila

CK: hehe. wahh. tepat tu biar kaya ilmu yg bermanfaat :)

Cahaya Keharumanku said...

haa....tula jutawan yg sebenar...=) ilmu dunia n akhirat...amin...=)

syaza kelyza said...

takpela , kite bersyukur je la dengan apa yang kite ada kan :)

AiDa AzRyN said...

Aida lagi la banyak duit~ Dalam tabung je ader RM15.95~ banyak tak?banyak tak?wahaha~ bangga weyh! XD

aman_arab said...

kekayaan tak menjanjikan kebahagiaan..kadangkala kekayaan membawa kedukaan...kunci kebahagiaan sebenar..bersyukur dengan apa yang ada.

acap said...

CK: hehe. aminnn

SK: yeahh. itu yg terbaik

aida: perghh. banyak tu. mintak sikit

aman: bersyukur dengan ap yang ada :)

one2paii said...

gua rasa fakta luh tu salah la bai..lu tertinggal namo gua nie..ekau pi cari bonar2..eden lari segera..haha

acap said...

kahkahkah. ini gua sebat 5 bulan lepas bai. yang latest gua x dapat lagi. lu buat bisnes apa kaya2 ni?

ChiKeDees said...

kagum toi dengan wakil melayu tu...mantoops

Cahaya Keharumanku said...

(^_^)v peace greenpeas...

Kuman Chaos said...

En Syed Mukhtar dalam list.. tu yg respect tu..
kuman "18SX??.." Entry

acap said...

semangat dan kegigihan SM patut dijadikan contoh unk kita

Myra Arshad (: said...

dorang ni, orang kaya salah. tak kaya salah. haissh.

Pendekar Lebuh Raya said...

first time singgah. ooo. acap ada blog rupanya. caya lah!

acap said...

myra: haih. tu lah kan. sampai bunnuh2 pun ada

hadi: lah. hang ka. haha. mai la lagi

YOUsoF said...

sangat bagus pesanan dari budak baik kat bwh tu hehee.

*Biar miskin RINGGIT MALAYSIA, jangan miskin BUDI BAHASA.. bagi aku la..

miya said...

lebih suka hidup sederhana. takut kalau kaya nanti lupa diri plak. huhu..

entri terbaru:
pesanan untuk diri sendiri

NuR 'aQiLaH said...

ahah.
gua penah tusyen free al bukhari kat sekolah. dulu laaaa.

huhu~

acap said...

yousof: haha. budak tu mmg baik pun

miya: haa. betul tu. ramai org bila kaya lua diri

acap said...

lu mmg untung betul la wa cakap lu.

kehkeh. apa lancau aku ckp macam ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...