October 31, 2010

Nani's bizarre goal. Manchester United 2 - Tottenham 0

video

pemain Man U yang paling aku meluat. tapi kadang2 (selalu) ada function jugak rasanya. kehkeh. it was supposed to be a free kick for Spurs after Nani hold the ball with his hand. come on Yids, let's put the blame on tat stupid referee.



October 25, 2010

10 pakcik/makcik paling kaya di Malaysia

entri ni aku tulis 5 bulan yang lepas. hari ni baru aku perasan tentang kewujudan entri ini dalam draft. aku pun dah tak ingat mana aku sebat sumber rujukan untuk entri ni. layan je lah.

Senarai 10 individu terkaya di Malaysia ialah:

1) Robert Kuok Hock Nien; AS$12 bilion
2) T. Ananda Krishnan; AS$$8.1 bilion
3) Tan Sri Lee Shin Cheng; AS$4.6 bilion
4) Puan Sri Lee Kim Hua; AS$3.9 bilion
5) Tan Sri Quek Leng Chan; AS$3.85 billion
6) Tan Sri Teh Hong Piow; AS$3.8 bilion
7) Tan Sri Yeoh Tiong Lay; AS$2.5 bilion
8) Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary; AS$1.7 bilion
9) Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun; AS$1.6 bilion
10) Tan Sri Tiong Hiew King; AS$1.2 bilion

daripada 10 pakcik2/makcik terkaya kat Msia ni, hanya seorang wakil daripada kaum melayu berada dalam list tersebut. lantas, macam2 bunyi dari mulut orang keluar(bukan bunyi berdengkur, bersin dan sama spesies dengannya ye) dan macam2 jugak yang aku dengar. ada yang memperlekehkan bangsa sendiri cakap orang melayu ni jenis x boleh tengok bangsa sendiri hidup senang lenang mesti nak hasad dengki tikam belakang, tanam itu, tanam ini, hantar toyol suruh curi duit orang. benda2 tahyul semua keluar. ada jugak yang berbangga walaupun seorang saja wakil.

bagi aku, tak penting pun samaada nama kita ada dalam list2 macam ni atau pun x. harta duniawi ni bukan bukan boleh bawak masuk kubur. tapi ada jugak yang style bawak harta masuk kubur ni. itu kepercayaan masing2 lah. bagi org Islam, tak penah lagi aku dengar yang style buat macam ni. lagi pun Islam sendiri mengajar kita supaya bersederhana dalam hidup. nanti kalo kaya sangat pun susah jugak. ramai pulak yang hasad dengki guna cara kotor jatuhkan orang. perangai sebijik macam setan. jadi, x perlu lah kita mengejar sangat harta yang berlambak2 ni. sekadar bersederhana pun dah ok tapi jangan malas berusaha cari rezeki plak nanti. pendapat anda pulak bagaimana?

harta banyak2 tu bawak lah masuk tabung sedekah :) (macam budak baik tak ayat aku ni?)

October 22, 2010

hanya ada putih dan hitam...

dah hampir setahun aku bermain2 dengan Diana ni. dan aku baru sedar yang aku dah habis agak banyak duit untuk beli filem, hantar kedai process dan scan. macam2 dugaan aku dapat main dengan camera lomo ni. itu x kira lagi mulut orang yang sedia x boleh dizip macam zip seluar. ia juga mengajar aku erti tidak putus asa dan tingkatkan kesabaran setinggi menara warisan alor setar (ayat macam ni boleh pakai x?). selagi ia menjadi minat, x salah aku keluarkan duit untuk itu walaupun dikala poket kering kan? kahkah. poyo!

October 21, 2010

TV3 didenda atas iklan menghina Islam

alhamdulillah. akhirnya tindakan telah diambil ke atas tv3suku disebabkan penyiaran iklan hari raya pak santa yang mendapat kritik hebat penonton. aku harap benda yang sama x berulang lagi. berita dari TheMalaysianInsider.


October 20, 2010

ini entri tentang Menara Warisan bukan Lagu Warisan ye kawan2

mari kita tengok gambar2 yang menarik mengenai pengumuman kerajaan dalam Bajet 2011 tentang pembinaan menara 100 tingkat bernilai RM 5, 000, 000, 000. sblm ni idris jala cakap malaysia nak bankrupt by 2019 macam negara Greece sebagai alasan nak tarik balik subsidi ke atas barang2 keperluan harian rakyat. kemudian mereka pesan pula kepada rakyat supaya berjimat cermat dan ubah gaya hidup. mereka sangka rakyat Malaysia semua macam pak turut. pundek! pembinaan menara Burj Khalifa pun x sampai banyak macam ni. mesti canggih betul menara ni kan? rakyat2 pedalaman macam mana pulak? rakyat disuruh berjimat cermat. rakyat diutamakan lah sangat. sampah kata2 hang!

October 17, 2010

Bajet la weih

Bajet 2011 dah dibentangkan. aku rasa ramai yang dah tau isi2 dan agenda2 dalam pembentangan Bajet 2011 ni. seriously aku xtengok langsung kat tv pembentangan bajet tu. bukan apa. bosan gila dengar najib cakap sorang2 berjam2 sambil dengar suara latar MP bising2 dan praktis main drum ketuk2 meja kat parlimen tu. dalam proses perancangan nak buat band indie agaknya. daripada aku tengok tv, baik aku beli surat khabar baca teks ucapan lengkap lagi puas hati kan?

antara perkara2 yang menjadi agenda:

October 13, 2010

pergaduhan penyokong selangor dan kelantan tm piala malaysia 2010



1. sama bangsa, sama agama, sama kerakyatan. tapi kalo jumpa dekat stadium harus nak bergaduh punya. haih. baik x payah susah2 habis masa, habis duit kalo datang stadium nak susahkan orang. kalo nak bergaduh baik cari tempat lain yang x membabitkan orang lain. orang lain pun nak tengok bola dengan aman. kalo perkara macam ni terus berlaku, macam mana stadium nak penuh? lepas tu salahkan pihak itu, salahkan pihak ini. implikasinya, persatuan bola sepak negeri x habis2 kena bayar denda kat FAM. macam ni yang dikatakan menyokong? atau sebenarnya menjahanamkan pasukan yang disokong? fikir2kan lah. bab2 provokasi tu buat xtau sudah. bola sepak malaysia ni dah la teruk. bertambah teruk lah jadinya dengan gelagat penyokong macam ni.

October 7, 2010

Toyol

kalau dua malam berturut2 duit hilang nak buat macam mana? wallet pulak diletakkan dalam kawalan keselamatan tahap maksima. setiap kali rembat, ambik duit yang paling cantik pulak tu. bunyi macam citera seram melayu. tapi haram tak seram. bengang ada lah. tiba2 aku rasa aku ni macam ahli silap mata lah pulak. bukak2 wallet je mesti ada duit kertas paling cantik lesap. pernah jugak (byk kali sebenarnya) aku tutup dan buka kembali dengan harapan duit tu akan muncul balik. tapi aku haram tak reti main silap mata ni. gila.


anda pulak percaya sama itu toyol tak? aku ingat dalam cerita seram melayu ja wujud.
*bukan khir toyol ye
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...