August 9, 2010

SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman kebanggaan Malaysia

pasukan MSS Kedah yang kebanyakannya pelajar2 SMKTATAR telah mendapat tempat ke-17 daripada 20 pasukan yang bertanding dalam MUPC World Champions 2010 yang berlangsung di Manchester. tahniah! satu pencapaian yang membanggakan buat pertama kali wakil negara beraksi mewakili South East Asia untuk ke peringkat dunia. nama Malaysia buat pertama kali nya tercatat di sana selaku pasukan yang bertanding. kelab2 handalan pun mula mendengar nama Malaysia dalam kancah bola sepak dan melihat bakat2 muda dari Malaysia beraksi. dan harap2 ada la mana2 kelab yang berminat untuk mendapatkan budak2 ni. nak harapkan team senior aku x tau lah bila agaknya bakal terjadi. ibarat menunggu israel menyerang amerika agaknya.

keputusan perlawanan seperti berikut:

Manchester United bt MSS Kedah (2 - 1)
Sutherland Sharks draw MSS Kedah (0 - 0)
FC Barcelona bt MSS Kedah (3 - 0)
Alta Loma Arsenal FC bt MSS Kedah (2 - 0)
MSS Kedah bt Hyundai Juniors (5 - 4 Penalties)
MSS Kedah bt Bucaspor (2 - 2) (5 - 4 Penalties)


walaupun tempat ke 17, tapi pengalaman dan pendedahan dari peringkat awal tu sangat bernilai. bukan stakat lawan bola, budak2 ni jugak dapat belajar banyak benda daripada pemain2 MU seperti Micheal Owen, Nemanja Vidic, Park JS, Antonio Valencia, Welbeck dan Macheda. bukan senang nak dapat peluang macam ni. jadi, gunakan peluang2 ini sebaik mungkin untuk masa depan bola sepak Kedah. opss. Malaysia (FAM tolonglah jangan pelingkup budak2 ni macam hangpa pelingkup bola sepak Malaysia). tahniah juga kepada pasukan bola sepak bawah 14 dan 17 tahun Kedah yang berjaya menjadi johan peringkat kebangsaan.

untuk maklumat lanjut atau apa2 gambar untuk ditatap boleh la usha melalui link ini dan ini.



*teringat zaman kecik2 time dok kat quarters guru SMKTATAR main2 dengan hantu. gila!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...