August 9, 2010

Slash dan Cuci The Musical 2

*peringatan. entri ini ditulis ketika penulis berada dalam keadaan 3.8/4 mengatuk

ini antara 2 event yang berjaya aku hadiri minggu lepas. aku memang x pasang niat langsung nak tengok Slash perform depan mata aku pada awalnya walaupun venue tu dekat sangat dengan rumah sewa aku dok sekarang. aku bukan peminat Slash dan jugak GnR. kalo stakat dengar 2/3 lagu GnR tu baik aku simpan duit aku untuk simpanan mendirikan rumah tangga lagi bagus kan. tapi, dalam diam2 aku kagum dengan kebolehan Slash menggoreng gitar dengan sedap sekali. rezeki aku datang malam tu tanpa diduga. member aku sorang tu dengan bergaya mengajak ke konsert berkenaan berbekalkan tiket percuma beramai2. aku layankan saja. benda percuma jangan ditolak. yang datang pulak Slash. bukan calang2 orangnya. lagenda rock. persembahan Slash bersama bandmates yang lain memang mantap sekali.


event seterusnya ialah Cuci the musical 2. ia lebih kepada teater berbentuk komedi dan diselitkan beberapa adegan aksi. aku xleh nak komen pasal perbezaan antara cuci musim 1 dan 2 kerana terus terang aku cakap aku x tengok pun cuci the musical 1 yang lalu. port yang aku duduk pulak kurang memuaskan. yelah. mungkin kerana ianya tiket yang paling murah. tentu sekali portnya pun kurang menarik berbanding tiket mahal2 belaka. beberapa scene agak terlindung namun secara keseluruhannya sangat berbaloi dengan apa para pelakon semua persembahkan kepada penonton. harap2 jkaosj aishdoiaj zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...