August 17, 2010

bes jugak kena langgar kereta (2)

macam yang aku cakap sebelum ini, aku cadang nak angkat kereta kebal satu. baru macho sikit jalan atas jalan raya boleh langgar2 orang suka hati aku kan. perangai macam badak air suka sondol2. hasil pemerhatian aku, kos nak angkat kereta kebal ni boleh tahan tinggi. bukan semua orang mampu beli. kalo stakat dah ada ferrari tu jangan berlagak dengan orang yang dah ada kereta kebal. harga dia pulak kalo stakat basic tu pun dah boleh cecah dalam USD 60 juta ++. kalau nak terus kumpul duit sampai kiamat pun aku xmampu macam ni. ada x siapa2 nak jual kat aku yang second hand punya? jual murah2 sudah la. aku ni pun bukan ada duit pun.




*aku dah letih main spesies kereta kebal macam ni. nak jugak try yang betul2 punya.

August 9, 2010

SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman kebanggaan Malaysia

pasukan MSS Kedah yang kebanyakannya pelajar2 SMKTATAR telah mendapat tempat ke-17 daripada 20 pasukan yang bertanding dalam MUPC World Champions 2010 yang berlangsung di Manchester. tahniah! satu pencapaian yang membanggakan buat pertama kali wakil negara beraksi mewakili South East Asia untuk ke peringkat dunia. nama Malaysia buat pertama kali nya tercatat di sana selaku pasukan yang bertanding. kelab2 handalan pun mula mendengar nama Malaysia dalam kancah bola sepak dan melihat bakat2 muda dari Malaysia beraksi. dan harap2 ada la mana2 kelab yang berminat untuk mendapatkan budak2 ni. nak harapkan team senior aku x tau lah bila agaknya bakal terjadi. ibarat menunggu israel menyerang amerika agaknya.

keputusan perlawanan seperti berikut:

Manchester United bt MSS Kedah (2 - 1)
Sutherland Sharks draw MSS Kedah (0 - 0)
FC Barcelona bt MSS Kedah (3 - 0)
Alta Loma Arsenal FC bt MSS Kedah (2 - 0)
MSS Kedah bt Hyundai Juniors (5 - 4 Penalties)
MSS Kedah bt Bucaspor (2 - 2) (5 - 4 Penalties)


walaupun tempat ke 17, tapi pengalaman dan pendedahan dari peringkat awal tu sangat bernilai. bukan stakat lawan bola, budak2 ni jugak dapat belajar banyak benda daripada pemain2 MU seperti Micheal Owen, Nemanja Vidic, Park JS, Antonio Valencia, Welbeck dan Macheda. bukan senang nak dapat peluang macam ni. jadi, gunakan peluang2 ini sebaik mungkin untuk masa depan bola sepak Kedah. opss. Malaysia (FAM tolonglah jangan pelingkup budak2 ni macam hangpa pelingkup bola sepak Malaysia). tahniah juga kepada pasukan bola sepak bawah 14 dan 17 tahun Kedah yang berjaya menjadi johan peringkat kebangsaan.

untuk maklumat lanjut atau apa2 gambar untuk ditatap boleh la usha melalui link ini dan ini.



*teringat zaman kecik2 time dok kat quarters guru SMKTATAR main2 dengan hantu. gila!

Slash dan Cuci The Musical 2

*peringatan. entri ini ditulis ketika penulis berada dalam keadaan 3.8/4 mengatuk

ini antara 2 event yang berjaya aku hadiri minggu lepas. aku memang x pasang niat langsung nak tengok Slash perform depan mata aku pada awalnya walaupun venue tu dekat sangat dengan rumah sewa aku dok sekarang. aku bukan peminat Slash dan jugak GnR. kalo stakat dengar 2/3 lagu GnR tu baik aku simpan duit aku untuk simpanan mendirikan rumah tangga lagi bagus kan. tapi, dalam diam2 aku kagum dengan kebolehan Slash menggoreng gitar dengan sedap sekali. rezeki aku datang malam tu tanpa diduga. member aku sorang tu dengan bergaya mengajak ke konsert berkenaan berbekalkan tiket percuma beramai2. aku layankan saja. benda percuma jangan ditolak. yang datang pulak Slash. bukan calang2 orangnya. lagenda rock. persembahan Slash bersama bandmates yang lain memang mantap sekali.


event seterusnya ialah Cuci the musical 2. ia lebih kepada teater berbentuk komedi dan diselitkan beberapa adegan aksi. aku xleh nak komen pasal perbezaan antara cuci musim 1 dan 2 kerana terus terang aku cakap aku x tengok pun cuci the musical 1 yang lalu. port yang aku duduk pulak kurang memuaskan. yelah. mungkin kerana ianya tiket yang paling murah. tentu sekali portnya pun kurang menarik berbanding tiket mahal2 belaka. beberapa scene agak terlindung namun secara keseluruhannya sangat berbaloi dengan apa para pelakon semua persembahkan kepada penonton. harap2 jkaosj aishdoiaj zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

August 2, 2010

bes jugak kena langgar kereta

macam yang aku penah cakap sebelum ini, aku cukup pantang dengan spesies x reti bagi signal time nak tukar lane atau membelok ni. susah sangat agaknya nak bagi signal tu. budak tadika pun pandai lagi rasanya. sebab tu setiap kali aku naik moto aku akan takut dengan spesies2 macam ni. sebab spesies2 macam ni lah yang banyak membunuh atau mencederakan penunggang motorsikal. ye lah. moto sentuh sikit dah boleh rebah, bukan macam kereta ada 4 tayar. kebencian aku terhadap spesies2 macam ni bertambah apabila aku dilanggar sebuah kereta myvi yang dipandu amoi separa bogel ketika sedang menunggang motorsikal. kena langgar pulak time hujan rintik2, jalan licin macam main ice skating. perghhh. dah macam dalam aksi filem hollywood pulak. nak tukar lorong tu tengok lah side mirror dulu dan bagi lah signal. senang bukan? x susah pun. nasib baik kaki aku kuat macam superman.

gua berazam nak kumpul duit banyak2 lepas tu gua nak angkat kereta kebal satu. senang sikit. bleh langgar orang suka2 hati aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...