July 17, 2010

ulasan world cup yang lepas

kejohanan bola sepak piala dunia baru saja dah hampir seminggu melabuhkan tirai. baru sekarang aku berkesempatan publish post yang dah lama aku tulis ni. maklumlah ada sedikit masalah yang perlu diatasi. berikut merupakan komen2 aku tentang piala dunia yang berlangsung

Tuan rumah (Afrika Selatan) :
tahniah! penganjur yang berjaya. pasukan afrika selatan juga berjaya mengutip 4 mata. satu pencapaian yang bagus bagi pasukan yang masuk atas tiket tuan rumah. gua dengar beberapa hari lepas buletin utama tv3suku cakap malaysia ada hati nak jadi tuan rumah jugak. nanti lah aku tulis pasal ni.

Penyandang juara (Itali) :
aksi yang memalukan di mana group stage pun xlepas. cannavaro mesej aku cakap punca kekalahan itali sebab materazi x main. agak2 boleh pakai x cakap mamat ni?

vuvuzela :
benda yang menghasilkan bunyi macam tebuan nak berak ni sangat aku xsuka. sakit telinga lah oi. malah, bunyi vuvuzela ni menenggelamkan suara penonton bersorak atau chanting. aku sangka penonton2 ketiduran dalam stadium, tapi bila camera zoom ke arah penonton, dapat dilihat mereka bersorak. tapi kesian, sia2. haram x dengar langsung

pasukan2 asia :
korea selatan dan jepun sangat membanggakan asia. tahniah!

bola sepak :
macam yang aku tulis sebelum ini, kritikan dan cacian ke atas bola jabulani meningkat dengan mendadak. buktinya, banyak gol2 pelik hasil kesilapan penjaga gol mengagak perubahan arah bola yang pelik. jugak, hanya 3 pasukan yang berjaya menjaringkan gol secara terus menerusi sepakan percuma iaitu jepun, korea selatan dan uruguay. FIFA akhirnya mengakui kepelikan bola jabulani ini

pengadil dan penjaga garisan :
beberapa orang pengadil dan penjaga garisan sangat mengecewakan. Subkhidin jauh lagi bagus. tapi impian kita semua tidak tercapai untuk menyaksikan wakil tunggal negara ini mengadili mana2 perlawanan. apakan daya.

Paul sotong kurita :
agak2 hidup lagi x sotong ni?

Diego Forlan:
belakangan ini, mamat ni memang banyak improvement dan antara penyerang digeruni di La Liga berbanding ketika menyarung jersi Man Utd satu ketika dulu. pemilihan Diego Forlan selaku pemain terbaik piala dunia memang sesuatu yang tepat. beliau merupakan nadi pasukan Uruguay dan mempunyai ciri2 kapten yang berkaliber. bukan macam kapten team yang satu tu, bajet star, dah la kuat diving pastu akan bising2 dekat ref dan bila kalah pulak, tengok kamera sambil ludah depan kamera. perangai macam lembu.

perlawanan akhir :
agak bosan menonton game ni. antara game final yang kurang menarik untuk ditonton. pengadil jugak mungkin penyebab. sikit2 bagi kad, advantage pun dia malas nak bagi. penat katanya. bagi kad x penat pulak mamat inggeris ni.

sepanyol juara dunia??:

sepanyol: kalah perlawanan pembukaan dengan pasukan kerdil, kemenangan terbesar hanyalah 2-0 itupun menentang pasukan Honduras, bergelut menewaskan Portugal. hampir tersingkir ketika menentang Paraguay, dan hanya bernasib baik melangkan ke peringkat separuh akhir kerana penjaga garisan tidak mengesahkan gol penyerang paraguay dengan mengatakan ianya offside padahal beliau jelas berada dalam keadaan onside dan juga kegagalan Cordoza menyempurnakan penalti untuk paraguay. nyata sekali Sepanyol bukan lah pasukan terbaik dalam kejohanan kali ini. tapi itulah bola sepak, nasib dan tuah juga memainkan peranan. aku agak kecewa sebenarnya kerana piala dunia hilang serinya pabila pasukan yang tidak beraksi baik sepanjang kejohanan bergelar juara dunia. ya, memang sepanyol merupakan pasukan yang kuat dan mempunyai ramai pemain2 bintang tetapi prestasi mereka di Piala Dunia tidak setimpal dengan gelaran Juara Dunia yang mereka dapat sekarang.

2 comments:

KiKo Berdendang said...

Bravo spanyol...tapi belanda pun saya suka...england pun saya suka tapi udah babai awal..huhu

acap said...

haha. england dari awal lagi dah nampak xleh p jauh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...