July 27, 2010

Malaysia dan Indonesia mahu menjadi tuan rumah bersama untuk Piala Dunia?

panjang pulak tajuk entri aku ni. lebih kurang seminggu yang lalu, ada kenyataan yang dikeluarkan pak menteri sorang tu cakap Malaysia ada hati nak jadi penganjur bersama Indonesia untuk edisi Piala Dunia yang aku x pasti tahunnya. macam2 juga suara dan pendapat positif dan negatif dikeluarkan oleh peminat2 bola sepak Malaysia. yang x minat pun turut sama nak komen. ahh. lantak lah. masing2 ada mulut dan tangan kan.

antara pendapat yang diterima:

"stadium cap ayam ada hati nak anjur piala dunia."

bercakap mengenai stadium, pada mata kasar aku, Malaysia masih belom mempunyai stadium yang betul2 layak untuk menganjurkan Piala Dunia buat masa ini. pasal indon tu lantak depa lah. Stadium Bukit Jalil dan Shah Alam?? kedua2 stadium ni kelihatan cantik dah mampu mengisi jumlah penonton yang ramai. tapi malangnya, kualiti padang ragut rumput memang mengecewakan. kalo anda tonton menerusi kaca tv tu mmg nampak lawa kan. tapi hakikatnya? hmmm. bila aku pijak kaki kat situ setelah ceroboh masuk stadium satu ketika dahulu (jangan tiru aksi ini, serius perangai aku dan lain2 yang terlibat sama tu macam lembu gembira terlepas dari kandang), baru aku prasan yang padang skolah aku lagi lawa. patut la player2 chelsea bukan main lagi hentam mutu padang Malaysia. macam padang ternakan lembu kata mereka. boleh mendatangkan kecederaaan kepada pemain. tetapi ini bukan masalah yang besar jika Malaysia mempunyai suntikan kewangan yang baik. ahhh. bak kata menteri sorang lagi tu plak Malaysia bakal bankrupt. apa cerita ni? masih ada hati nak anjur piala dunia? suntikan wang yang banyak diperlukan untuk mengubahsuai stadium2 lain yang kelihatan usang dan kecik, serta menggunakan kepakaran teknologi dari luar dalam mengendalikan stadium dan juga menjaga kualiti rumput. South Africa sendiri sebelum piala dunia pun mampu menyiapkan stadium2 baru dan mengubahsuai stadium2 lama menjadi baru. Malaysia xkan x boleh kot? owh, lupa plak. Malaysia dah nak bankrupt.

"industri pelancongan bakal menjana wang berlipat ganda"
satu kesan positif jangka panjang untuk industri pelancongan. kemudahan infrastruktur mungkin menjadi bertambah baik. macam2 kesan positif kalo nak cakap kat sini. jadi, aku tinggalkan.

"pemain2 Malaysia main macam budak skolah ada hati nak main WC"

aku rasa ini yang patut diberi keutamaan. kalo masuk piala dunia atas tiket tuan rumah dan bakal mencatat rekod baru pasukan paling teruk kena blasah baik lupakan saja hasrat tu. bukan mahu menghentam dan tidak menyokong, tapi biarlah realistik. gua pun penah masuk stadium sokong Malaysia beb. tapi pak menteri perlulah realistik. omputih umur belas2 dah ikat kontrak dengan kelab2 handalan, pemain kita? umur 17 main bola level skolah lagi. apa cerita? FAM perlu merangka projek pembangunan dari bawah dan meneruskan kembali usaha arwah Dato Basri Akil yang telah dihentikan dahulu. FAM pun satu. macam taik lembu.

aku rasa lebih baik malaysia bergerak sendiri menganjurkan piala dunia kerana aku kurang yakin dengan kemampuan indonesia. ye lah. sana sini ada bom. sapa la nak vote kalo indon jadi tuan rumah kan? lagi satu, indonesia jugak gagal menjadi tuan rumah piala asia yang baik apabila secara tiba2 lampu limpah stadium terpadam pada aksi final. memalukan. lupa bayar bil letrik agaknya.

yang lebih utama, malaysia perlu menyediakan pemain2 pelapis yang betul2 berkualiti di peringkat antarabangsa supaya kesinambungan kejayaan dapat diteruskan. jangan baru menang sukan sea selepas 20 tahun dah melalak x henti2. rileks2 sudah. Piala Asia pun xlayak2 lagi. perancangan dan usaha ke arah itu perlu dilakukan secara serius bukan hanya melepaskan batok di tangga kerana begitu banyak kesan sampingan positif jangka pendek dan jangka panjang bakal diperoleh penganjur piala dunia lantas ianya sesuatu yang diimpikan banyak negara.

walaupun agak mustahil untuk berjaya, namun semangat itu penting. hehe.

6 comments:

Cik Bucken said...

xyah la ngengade nk wat welkap kt msia ni...buat komanwel dulu pon hutang bejuta2..

acap said...

haa. tu lah pasal. kan lagi bagus kalo plan macam mana nak masuk world cup. hehe

♥ Roshazzy Shag ♥ said...

tergelak tergolek aku baca. haha. ada hati. simpan jela mimpi tu dalam peti besi. kahkahkah.

acap said...

hahaha. biasa lah menteri. ada projek masuk duit. jalannnnn

caliph shuriken said...

x perlu hegeh2 wt wCup kt sini.. buang duit jaa.. siap nk jd tuan rumah bersama tu lg ngarut..
guna duit tu utk wt bnda2 yg lebih berfaedah utk rkyat lg baik, hukk...

acap said...

heheh. semua msia nk buat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...