May 13, 2010

peristiwa 13 Mei

aku yakin semua tahu pasal peristiwa 13 Mei 69 iaitu peristiwa berdarah yang berlaku puluhan tahun dahulu. siapa xtau sah ponteng kelas sejarah time form 3 masuk toilet hisap rokok. 13 mei 69 merupakan peristiwa pembunuhan perkauman secara berjemaah tanpa belas kasihan yang banyak meninggalkan impak kepada negara kita. 41 tahun berlalu, semua kita mengharapkan supaya kejadian sama tidak akan berulang lagi. baru lah nak jalan kaki kutip surat2 dalam peti surat depan rumah tu rasa selamat sikit kan? eh, aku bukan nak cakap pasal peristiwa ni. aku pun x lahir lagi time ni. aku ingat nak cakap pasal peristiwa 13 mei yang satu lagi tu. peristiwa yang berlaku 2 tahun lepas.

yeaahhh. dah dua tahun rupanya aku berblogging. jadi bulan ni ada special sikit sebab ada tawaran diskaun kepada siapa2 yang nak beli blog ni. untuk maklumat lanjut, usha lah entri sebelum ini ya. aku pun dah malas nak menulis blog dah ni. mahu berehat buat seketika.

selamat ulang tahun ke-2 tujuhbelasduabelas.blogspot!



May 12, 2010

aku ingat nak mula jual blog ni.

aku dah malas nak menulis dah ni. sebok memanjang. ada x siapa2 nak beli blog ni? kalo berminat jangan malu2, segan2 contact aku ya. sampai hujung bulan ni aku bagi potongan diskaun 30%. 5 orang pembida terawal aku tambah lagi diskaun 10%. apa tunggu lagi?






May 9, 2010

jom mandi

camera: Diana+
film: fujichrome velvia 100f
location: subang perdana court 10

May 7, 2010

hasil pertama nuff

ni lah hasil pertama tabung nuff aku. kasut futsal glow in the dark. patut la bekalangan ini nafsu aku untuk menyepak bola semakin membuak2. lepas ni aku cadang nak simpan duit tabung untuk masa depan plak. terima kasih semua :)

akhirnya sempat jugak aku update blog ni walaupun secara ringkas

May 1, 2010

31580 days and 6 hours remaining

petang ni sangat membosankan. bosan macam tengok buletin utama dekat2 nak pilihan raya. tiada aktiviti berfaedah selain tidur yang aku berjaya lakukan. selebihnya aktiviti membuang masa. disebabkan kebosanan, aku nekad untuk install kembali game bola sepak ke dalam laptop aku ni setelah sekian lama aku berpuasa daripada bermain game bola sepak ni. bukan apa, game2 macam ni boleh buat aku buang masa yang banyak. ok. sedang aku copy files yang diperlukan dari external hard disk membe aku ke laptop ni, aku buat macam2 benda lain. bila aku datang tengok, masih belum siap. aku sambung lagi buat benda lain. bayangkan situasi ini berlaku berulang2 kali ya. lama betul aku tunggu, tapi tak siap2 lagi. kemudian barulah aku sedar sesuatu.

macam gampang kan? Kahkah. agak2 aku hidup lagi tak time files ni dah berjaya dicopy? terus batal hajat aku nak main game bola sepak petang ni. damn. nampak gaya malam ni kena sepak bola yang real punya guna kasut futsal baru. Chow
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...