April 30, 2010

facebook (3)

aku mula berjinak2 dengan facebook yang dicipta mamat yahudi sorang tu dalam tahun 2008 yang lalu. tujuan asal hanya untuk suka2 mencuba benda baru. facebook kelihatan lebih menarik berbanding friendster dan myspace kerana aplikasi2 yang terdapat di dalamnya ala budak2 dan ia tidak terdapat di laman sosial musuh2nya ketika itu. lantas, friendster dan myspaceku berhabuk aku tinggalkan. sedikit demi sedikit perubahan dapat dilihat dan lebih membuatkan ia kelihatan dewasa. tapi belakangan ini, aku jadi mual dan menyampah dengan pengguna2 yang mencipta group or page seperti berikut:

I Bet Kedah can get 100 000 Fans before any other Malaysian State
I Bet Kelantan can get 100 000 Fans before any other Malaysian State
I bet females can reach 1 million before males do !!!
I bet malaysia can get 1 million fans than other state
Bolehkah pisang ini mendapat lebih ramai fans dari Farah Fauzana?

apa motif group atau page ini dicipta? sekadar suka2? sekadar buang masa? sekadar menunjuk2 dan membangga kalau matlamat itu tercapai? ataupun mamat yahudi tu akan bagi award jika berjaya mencapai misi tersebut? aku pun xpaham apa yang dikejar. semak home page aku kalau ada dalam kalangan member2 aku yang join benda2 alah ni. nak tengok frens' status sejam yang lalu pun potong stim nak kena tunggu load older posts yang bersepah2 benda camni. nak hide x bleh. lainlah kalo hide terus orang tu kan. damn!


nak salahkan orang yang create pun xleh jugak sebab ada jugak org yang join. ahhh. 2x5. hehe. chill :)

April 26, 2010

buletin utama

aku ni spesies jarang tengok tv. tapi ada jugak rancangan2 yang aku minat untuk tonton. antaranya ialah buletin utama kat tv3suku tu. programnya kelihatan bagus kerana macam2 berita terkini yang berlaku dalam dan luar negara dikhabarkan kepada umum. baru lah kelihatan macam orang2 matang sikit bila tengok program2 macam ni. xkan aku nak tengok program nyanyi2 kot. tu rancangan kegemaran kanak2 alam persekolahan. ok. berbalik kepada buletin utama. anda pun sudah pasti penah tengok kan. program bermaklumat dan mendapat rating yang tinggi. cuma aku jadi loya dan muak bila tonton buletin utama jika terdapat pilihan raya kecil atau besar yang bakal berlangsung. bukan apa. politik xhabis2 sepanjang masa. aku bukan nak dengar pasal politik2 ni. banyak lagi kot benda penting lain yang perlu dihebahkan. nak jugak aku tau berita2 atau perkara2 penting yang sedang berlangsung atau telah berlangsung. tapi mereka ni x habis2 dok berpolitik hasut sana hasut sini. balik2 kalah jugak. baik majukan bangsa lagi berfaedah kan. hehe. dah. chow.

baik aku blogwalking usha blog2 orang lagi bes. kan2?

April 24, 2010

entri tiada tajuk


kamera : Diana+
filem : Fujichrome Velvia 100f
lokasi : sekitar subang jaya
proses : Photosun SS2. kelana jaya.

April 18, 2010

Kick Ass dan Achik Spin Meninggal Dunia

1. ni kali pertama dalam sejarah aku nak review tentang filem. xpasal2. filem bertajuk Kick Ass. secara jujurnya, aku tidak tahu pun tentang kewujudan filem ni sebelum ini. hanya mendapat tahu setelah diajak oleh suraya untuk menonton bersama. katanya filem berunsur komedi. aku on je. nasib menyebelahi kerana dapat tiket yang orang book tapi x datang2 amik atau terlewat tu aku xpasti. ahh. itu bukan urusan aku. biarkan. owh. terima kasih. awal2 masuk, aku dah ready nak gelak kuat2. dengan harapan orang2 sekeliling x segan silu nak gelak jugak. mau aku sorang gelak, nanti orang gelakkan aku pulak. ok. cerita ni aku xtau nak cakap macam mana. cerita mengenai seorang remaja biasa2 nak jadi superhero. dia bajet mudah kot nak jadi macam superman, batman, kluang man, bla3 tu. kemudian macam2 lagi lah kejadian pelik dan tidak dijangka berlaku. dan bermacam2 spesies org lagi lah dia ketemu. aku malas dah nak review sebenarnya. nanti x suspen kalo anda belum tengok lagi. lawak2 dalam cerita ini best. bukan macam lawak dalam raja lawak ok!. dan cerita ni jugak sangat unexpected berbanding tanggapan awal ramai orang. yeah. go watch it! berbaloi baloi.


2. takziah kepada keluarga Achik Spin atas pemergian beliau. walaupun aku tidak mendegar lagu2 nyanyian beliau yang bukan dalam spesies telinga aku boleh dengar, tapi aku rasa ramai kot peminat2 dia ni. takziah. ni ada video kemalangan tersebut aku rembat dari utube.

April 11, 2010

negeri sembilan juara piala fa 2010

komen2 aku mengenai perlawanan akhir semalam

permainan :
aku lihat kedah lebih banyak mendominasi permainan walaupun turun tanpa ramai tonggak utama termasuk penjaring terbanyak Liga Super setakat ini, Azlan Ismail, kapten pasukan, Victor Andrag, Shafizan Hashim dan Ahmad Fauzi Shaari yang digantung dan cedera. bangga melihat pemain2 muda kedah lebih menyerlah berbanding pemain negeri sembilan yang turun selaku pasukan pilihan. overall, banyak passing yang entah kemana bagi kedua2 pasukan, dribble yang mudah dirampas lawan dan spesies bawak bola lari keluar padang pun banyak jugak ni aku tengok. ish2

gol:
gol gerakan satu dua bad dan syafiq menarik. macam mana kedah bleh bagi gol yang mudah kepada negeri sembilan ni? adoi. mungkin pertahanan kedah bermain secara berhati2 kerana masing2 telah menerima kad kuning daripada pengadil yang macam lancau.

penalti:
tahniah n9 kerana berjaya menang sepakan penalti. kepada pasukan kedah, jangan kecewa. kalah penalti tu perkara biasa. Beckham pun sepak penalti melambung apa.

pengadil dan linesman:
mana janji FAM nak sediakan pengadil berkualiti? shit. terbukti FAM sampah. sampah berulat! pengadil jelas telah merosakkan permainan. pengadil macam ni memang taik. terlalu berat sebelah. ini bukan alasan kedah kalah. tapi ini adalah alasan kepada mutu permainan yang kurang menarik ditunjukkan kedua2 pasukan dimana pemain2 negeri 9 begitu mudah mendapat sepakan percuma dengan hanya menjatuhkan badan manakala pemain kedah sukar mendapatkan sepakan percuma walaupun diterjah keras. ini bukan pertama kali aku lihat di stadium pengadil2 malaysia ni berat sebelah. dah banyak kali dah. tapi ini pertama kali aku lihat pengadil macam ni di pentas final yang aku hadiri. potong stim. linesman BUTA!!!
image from : hijaukuning.com

penyokong:
walaupun Stadium Bukit Jalil terletak berdekatan dengan negeri sembilan berbanding Kedah, namun, penyokong2 kedah dilihat lebih ramai berbanding penyokong negeri sembilan. tahniah penyokong kedah kerana sanggup datang dari jauh.

apa jadah FAM kosongkan gap yg jauh antara kedua2 penyokong?
skali tengok stadium dah macam separuh kosong. apa cerita FAM ni? ini negeri 9 menentang kedah kot. kedua2 pasukan mempunyai penyokong yang sopan. jangan risau. tiada bakar2 bakal berlaku. kami terima kekalahan secara profesional.

skali lagi tahniah negeri sembilan kerana menang piala FA buat pertama kali. tahniah jugak kepada pemain2 kedah kerana bermain baik dan berjaya mendapat anugerah pemain terbaik (Baddrol bakhtiar) dan penjaga gol terbaik (Mie yeh). diharap pasukan kedah dapat bangkit dalam aksi liga super. glory2 kedah!

April 9, 2010

Jemputan majlis kenduri

tarikh : 10 April 2010
masa : 8.45pm- 10.45pm
tempat : bukit jalil

perlawanan akhir Piala FA 2010. Negeri Sembilan menentang Kedah.

anda semua dijemput ke majlis kenduri gol. pasukan mana yang bakal kenduri gol tu aku x pasti. harap2 dua2 team dapat kenduri gol. baru menarik untuk ditonton kan. tapi apa2 pun dah tentu aku mengharapkan pasukan kesayangan dapat membawa pulang piala FA setelah kehilangan piala tersebut musim lalu. shit. walaupun pasukan Kedah dilihat tidak konsisten pada musim ini, namun aku percaya barisan2 pemain sedia ada mampu membuat sesuatu. malas dah aku nak tulis banyak2. jom lah meriahkan majlis ini. jangan jadi poyo cakap x layan bola sepak Malaysia. konon layan liga omputih la. orang macam ni boleh blah. sedar sikit diri tu makan nasi lauk sambal belacan jugak bro.

pulun kedah pulun. kalah menang bukan ukuran. sokongan sepanjang zaman beb.

April 2, 2010

kiamat makin dekat!

ni apa cerita?
bapak aku banyak bergantung kepada ubat2an sejak diserang serangan jantung bertubi kali bertahun yang lepas. beliau pergi ke hospital untuk mendapatkan ubat sakit jantungnya seperti biasa. kali ni, pabila beliau tiba di hospital alor setar, apa cerita nurse tu cakap "ubat dah xdak. kerajaan xdak duit nak beli ubat."

shit. RAKYAT DIDAHULUKAN, pencapaian diutamakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...