March 25, 2010

hot air balloon

ahad yang lepas, aku berkesempatan ke putrajaya untuk menghadirkan diri ke putrajaya hot air balloon fiesta (apa ntah nama event tu..aku main tibai ja ni). tiba dalam jam 8.30 pagi dan agak mengecewakan awalnya apabila tiket2 telah habis dijual. tapi, bila tengok keadaan belon untuk diterbangkan pengunjung awam serta ketinggian belon tersebut, aku sedikit pun tidak rasa rugi tidak dapat peluang menaiki belon tersebut. pokok kelapa lagi tinggi rasanya. ayat amik hati beb. manusia memang ramai kat tempat tersebut. dan kebanyakkan mereka masing2 membawa camera dslr besar gabak. apa barang aku bawak kamera plastik seberat 230 gram.




senyum sikitt. *snap* haa. nanti aku upload hasilnya ya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...