March 28, 2010

caliban datang lagi

Caliban bakal membuat penampilan mereka yang kedua di Malaysia setelah kali terakhir mereka membuat persembahan di sini iaitu 1 tahun yang lalu. tahun lepas aku miss tengok caliban perform depan mata. sangat jeles dengan rakan2 yang dapat tengok ok. harap2 tahun ni dapat kesempatan untuk p event ni. jom weih.
Caliban live in Malaysia. 11 april 2010. One Cafe, Kuala Lumpur.

sedikit info tentang Caliban:
  • band hardcore dari Germany
  • ditubuhkan pada tahun 1997
  • 7 album setakat ini berjaya dihasilkan
  • lagi info sini

March 27, 2010

Earth Hour 2010

penat aku tulis panjang2 tadi. skali firefox buat hal. lan**u betul. ok aku ringkaskan. apa jadah aku nak offkan lampu pukul 8.30 malam sampai 9.30 malam ni. gelap ok. mata aku bukan mata burung hantu. kalo stakat nak berjimat tenaga dan melahirkan kesedaran tentang masalah iklim tu, bukan ini caranya kan? setakat sejam off pastu biarkan lampu2 on memanjang hari2 biasa macam kat rumah sewa aku ni baik x payah kan. aku pun xtau dah macam mana nak jimat bil elektrik yang semakin melambung2 ni. sekejap aku off, nanti ada tangan yang bukak tv, lampu, kipas dan bermacam2 lagi peralatan elektrik bla3 pastu tinggal. macam biasa. apa kesah. bil bayar sama2. shit. eh, melalut cerita bab bil elektrik rumah plak. ok. kepada mereka yang nak sertai event ini, semoga berjaya mencapai matlamat anda. woohoo. earth hour aku jam 2 pagi esok. xmain la sejam2 ni. aku off sampai 18 jam. baru jimat beb.

petang2 lampu2 jalan dah start memancarkan cahaya di bawah cahaya matahari. apa cerita?

March 26, 2010

iklan x berbayar (5) : yamaha electronic drum FOR SALE!!!!

Details
: Yamaha Digital Drum Kit DD-65
: All-in one compact digital drums
: Eight touch-sensitive drum pads with two drum pedals
: Real drum kit layout for easy playing
: Real authentic drum sounds
: 100 built-in songs with special mute button that allows 'minus-one' practise
: AUX IN jack lets you to connect an MP3 player and play along with your favourite music
: Built-in Flash ROM memory (record and store played songs, import external songs from computer via USB-MIDI interface)
: 4 wood drumsticks included

Original Price
: Rm 1080

Selling price
: Rm 750


sesiapa yang berminat boleh menghubungi saudara syahrul iman di syahrul_iman7@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan juga luahan rasa minat anda. hanya mereka yang betul2 serius akan dilayan. tapi aku rasa mamat ni akan layan jugak kalo ada gadis2 nak ngorat dia. lupa plak. anda juga boleh menghubungi beliau di blognya.

churpchurp dan twitter

aku baru sahaja join churpchurp dan ia kelihatan agak menarik kerana ia menggunakan saluran twitter untuk menjana wang. tiada bayaran dikenakan untuk join. free of charge kata omputih. hmmm. camna nak cakap lagi haa? ahhhh.
aku malas nak cerita tentang churpchurp ni sebenarnya. jujur aku cakap, aku pun x habis baca lagi apa itu churpchurp ni dengan lebih lanjut. hanya sekadar paham2 macam tu ja. ok. kepada mereka2 yang berminat tu jom la join churpchurp dan follow twitter aku skali kalo sudi. nanti aku klik2 ads hangpa jugak k :) aku nak tidur dulu. selamat malam.

March 25, 2010

hot air balloon

ahad yang lepas, aku berkesempatan ke putrajaya untuk menghadirkan diri ke putrajaya hot air balloon fiesta (apa ntah nama event tu..aku main tibai ja ni). tiba dalam jam 8.30 pagi dan agak mengecewakan awalnya apabila tiket2 telah habis dijual. tapi, bila tengok keadaan belon untuk diterbangkan pengunjung awam serta ketinggian belon tersebut, aku sedikit pun tidak rasa rugi tidak dapat peluang menaiki belon tersebut. pokok kelapa lagi tinggi rasanya. ayat amik hati beb. manusia memang ramai kat tempat tersebut. dan kebanyakkan mereka masing2 membawa camera dslr besar gabak. apa barang aku bawak kamera plastik seberat 230 gram.




senyum sikitt. *snap* haa. nanti aku upload hasilnya ya.

March 19, 2010

UEFA champions league draw for quarter finals

2009/10 UEFA Champions League draw
Quarter-finals: 30/31 March & 6/7 April
1: Olympique Lyonnais (FRA) v FC Girondins de Bordeaux (FRA)
2: FC Bayern München (GER) v Manchester United FC (ENG)
3: Arsenal FC (ENG) v FC Barcelona (ESP, holders)
4: FC Internazionale Milano (ITA) v PFC CSKA Moskva (RUS)
Semi-finals: 20/21 & 27/28 April
1: Winner quarter-final 2 v Winner quarter-final 1
2: Winner quarter-final 4 v Winner quarter-final 3
Final: Santiago Bernabéu, Madrid; 20.45CET, Saturday 22 May

Winner semi-final 1 v Winner semi-final 2

nampaknya, arsenal bakal menjadi lauk sajian makan malam pasukan barca. untuk saingan kali ni, team EPL hanya tinggal 2 pasukan. chelsea awal2 lagi dah ditunjukkan jalan keluar oleh inter milan yang dibimbing bekas pengurus yang menaikkan nama chelsea satu ketika dulu. aib aib. chelsea memang mengaibkan. berapa banyak lagi wang yang diperlukan untuk membentuk pasukan mantap seperti yang diharapkan? sama saja macam Real Madrid. sembang lebat tapi hasil sampah. yeahh. aku predict Lyon, Manchester United, Barca dan Inter akan melangkah ke peringkat separuh akhir. tapi bola itu bulat. macam2 kemungkinan boleh terjadi.

kes kecurian kabel elektrik makin menjadi-jadi

camera: Diana+
filem: fujichrome provia 100f
lokasi: jitra, kedah

March 17, 2010

perihal radiohead

setiap kali aku dengar lagu2 radiohead kepala aku mesti akan jadi macam ni. xboleh nak control. adoi.

March 13, 2010

ralat itu normal (3)

MARA owh MARA. kenapa la hantar aku belajar di tempat yg macam ni? tempat yang aku sendiri pun x tahu macam mana nak gambarkan. mana pergi janji manis mu(pegawai2 MARA)? konon nak tolong kaum bumiputera. sampah! atau salah aku menerima tawaranmu satu ketika dahulu. owh..mungkin jugak salah aku x study gila2. gila. aku ingat nak bukak bisnes macam ni lah. baru senang aku nak tanggung biaya pelajaran aku sendirian kelak. haha.

doakan masa depanku cerah ye :)

March 8, 2010

ada jugak species yang "please follow me back" ni kan. haha. desperate agaknya.
kenapa perlu bertanya mengapa mereka begitu, baik lagi jika bertanya mengapa aku begini.


adat nak berdoa kena doakan untuk diri sendiri dulu kan, pastu barulah diikuti dengan yang lain.

March 4, 2010

Bandung

22/2/10
hari pertama. ketibaan ke kota bandung agak lewat kerana penerbangan ditangguhkan atas masalah cuaca yang kurang enak. tiba di sana sekitar jam 5.30 petang (sejam lewat berbanding waktu di Malaysia). waktu ni dah nak gelap walaupun baru pukul 5.30. Ibu Tatik datang menjemput di Lapangan Terbang Bandara Husein Sastranegara lalu dibawa ke Wisma Gandapura untuk bermalam. pertama kali menjejakkan kaki kat sini, aku kehairanan melihat lampu isyarat semua x berfungsi tapi traffic lancar je. then, baru lah aku paham bila tengok tabiat pemandu2 kat sana yang bersikap sopan dan tidak mementingkan diri sendiri. jauh sangat bezanya dengan pemandu2 di Malaysia. ahhh. kita lah tu, bukan orang lain. bak kata Pak Jaya "kami di sini anggap jalan tu hak bersama, bukan bapak sendri yang punya. orang Malaysia ni egonya tinggi" (pandai2 la translate ke slang Indon ye, aku x ingat ayat2nya tapi lebih kurang macam ni la bunyinya). owh, hampir lupa, membe aku sorang tu siap sokong lagi statement Pak Jaya pasal ego driver malaysia ni. yeahhh. memang betul pun kan. nanti aku cerita siapa Pak Jaya. aktiviti malam hari hanya keluar makan di restoren berdekatan. jalan kaki. saving. perghh. makanan memang terbaik. tempat nampak macam mahal tapi still boleh consider berpatutan lagi. jauh lebih murah berbanding tempat2 makan yang sejenis dengannya di Malaysia!

23/2/10
hari ni semua bangun awal. excited nak keluar shopping. masing2 ghairah bila baca review2 orang pasal bandung. pukul 8 lebih lagi dah sampai ke Cihampelas Walk menaiki angkutan kota. baru saving sikit. sekali naik dalam 7 kupang macam tu. tempat ni menurut kata orang banyak sangat jeans2 murah sampai nak termuntah bila nampak. ia hanya dibuka bermula jam 10 pagi. sementara tunggu, amek gambar, macam biasa. then, bila di bukak, start lah usha2 barang. aku malas nak komen pasal jeans2 yang kononnya banyak tu. haram betoi. sehelai shirt Macbeth sahaja yang berjaya menarik minat aku. kemudian, semua beransur ke Jalan Dago. haa. sini memang baik untuk bershopping. sepanjang jalan banyak factory outlet. malamnya pula, bertemulah dengan Pak Jaya. pemandu angkutan kota yang telah memandu angkutan sejak berusia 14 tahun. malam menjelma, dinner di restoren sapu lidi.

24/2/10
hari ni pak jaya diupah untuk membawa rombongan seramai 9 orang tadi untuk ke tempat2 tertentu. bukan main seronok lagi pak jaya. x perlu lagi bersusah payah mencari pelanggan angkutannya untuk hari itu. keghairahan pak jaya terserlah apabila beliau tiba sejam lebih awal berbanding waktu yang ditetapkan. 7 pagi dah terpacak tunggu dengan senyuman lebar macam orang baru timang anak kembar. van yang buruk pun dah bertukar yang lawa. semangat kan pak jaya? destinasi pertama, tangkuban perahu. sejenis gunung berapi. aku tidak pasti sama ada gunung ini aktif atau tidak. untuk kepastian, tanya sama encik google. bes kat sini, sampai2 ke tempat air panas di bawahnya, ramai yang datang untuk mengurut kaki anda tanpa diminta. kemudian, ke ladang teh mengorat makcik2 tengah petik teh tu sebentar. dah letih bergambar, pak jaya bawak ke suatu perkampungan berdekatan untuk mencuba sate kelinchi atau sate arnab dalam bahasa melayunya. kemudian (lagi), kami bergerak ke muzium geologi. perghh, tengok tengkorak, tulang2 seh. haram xbes. hampir setiap hari aku tengok tulang ayam dalam pinggan sisa makanan aku. sama ja teksturnya. kemudiannya, singgah di Rumah Mode. shopping lagi. sambung lagi shopping di sekitar jalan riau. pak jaya kelihatan sedih tetapi gembira apabila khidmatnya untuk hari itu berakhir dan enggan disambung lagi. memang terbaik lah pak jaya ni. jumpa secara tidak sengaja, tapi layanan yang beliau beri macam kami ni menteri plak rasanya. sampaikan polisi2 di situ pun dimarahnya gara2 tidak membenarkan beliau drop kami di depan mall. terbaik ahhh.

25/2/10
destinasi pertama untuk hari ini, Pasar Baru. sini mmg port orang pompuan untuk shopping. kain2, batik, baju, bla3 mmg banyak gila dan sangat murah gila (kot). aku jadi rambang mata bila masuk ke sini. rasa macam nak beli macam2. tapi tiada idea sebab barang2 kat sini mostly untuk pompuan. kat sini pun ramai orang2 dari Malaysia datang bershopping. jadi, memudahkan tugas aku untuk memilih kain untuk mak aku. aku cari kedai2 yang nampak mak cik2 dari Malaysia shopping dan aku tunggu dorang komen sesama dorang pattern kain mana yang lawa. so, aku rembat kain yang mereka asyik gilakan itu. senang bukan keja aku? harap2 mak aku pun suka. heh. kemudian, kami ke paris van java. bunyi macam gempak, baca review orang ramai yang cakap tempat terbaik untuk shopping. sekali sampai, perghh, macam pavilion daa. mana aku ada duit nak shopping tempat2 seangkatan macam ni. p**dek betul. last2, habiskan duit kat jalan riau.

26/2/10
duit tinggal sikit. habiskan apa2 yang patut. dan berangkat pulang ke kuala lumpur jam 5 petang.

aku dapati penduduk2 di Bandung kebanyakan (atau kebanyakkan? lupa lak dah lama tinggalkan spm) ramah2 dan baik2 belaka. melihat semangat mereka bekerja keras berniaga, budak2 kecik busking tepi jalan untuk mendapatkan wang membuatkan aku bersyukur dilahirkan di bumi Malaysia yang indah dan banyak peluang pekerjaan ini. ada video dari blog membe aku

ada sedikit gambar di sini:
pengangkutan dan penginapan rasmikawah gunung tangkuban perahu
hasil penat lelah membeli belah

March 3, 2010

tabiat (2)

entri kali ni aku nak cerita tabiat aku semasa zaman aku layan kartun tomatoman, anak2 sidek, usop sontorian bla3. tapi bukan aku nak cerita pasal kartun2 ni. aku pun dah x ingat pasal ni. tabiat yang aku nak cerita ni macam ni. setiap kali mak aku suruh aku ke kedai berdekatan rumah untuk beli barang2 yang dia nak guna untuk masak, aku akan reply:
"upah dua kupang. hehe"

March 2, 2010

kelas

masih belom berjaya menghadirkan diri dalam kelas jam 9 pagi. ahhh. pemalas

kembali

dah lama aku berehat drp menulis walaupun menconteng sepatah perkataan di blog ini. harini aku kembali menulis. sebab aku berehat ialah kerana aku ketandusan idea dan sedikit sebok untuk update blog. yeah. macam ni pun dikira update jugak kan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...