January 22, 2010

spesies2 pemandu/kenderaan yang aku xsuka di atas jalan raya (2)

dalam entri yang lepas, aku ada cakap tentang ketidaksukaan aku terhadap kenderaan2 besar seperti lori di atas jalan raya. menambah ketidaksukaan aku kepada kenderaan2 spesies ini apabila masyarakat setempat di sini asyik bercerita mengenai 2 kemalangan yang sangat ngeri berlaku dekat sini membabitkan lori baru-baru ini. aku agak ketinggalan kerana gagal mengikuti brita2 semasa kerana asyik sebok bekerja mencari nafkah. mendengar cerita dipenuhi perasaan marah masyarakat setempat membuatkan aku turut sama merasa marah dan simpati terhadap mangsa2 kemalangan ini.

kemalangan pertama berlaku apabila lori tayar 10 gagal membrek ketika menuruni jalan yang sedikit berbukit la jugak. untuk mengelak kenderaan didepannya, drebar lori tu lenyek kenderaan2 lain yang sedang menunggu lampu merah bertukar hijau di jalan yang lain. tapi lampu merah yang ditunggu2 untuk bertukar warna nampaknya tidak kesampaian bagi mereka apabila dilenyek kenderaan berat itu. 3 biji kereta menjadi mangsa lori ni. cuba bayangkan jika anda berada di tempat tersebut. ilmu kebal mana sekali pun xleh nak membantu bukan?

kes kedua membabitkan seorang warga emas yang sedang menunggang motosikal dilenyek oleh salah sebuah lori yang sedang berlumba sesama sendiri. membe aku yang mat rempit tu pun berjaya dipintas oleh lori2 ini. laju sungguh drebar ni. tapi sayang bodoh. kalau pandai sikit tu dah bleh ganti alex yoong drive kereta F1. badan mangsa putus. driver lori sangkut urine test. padan muka.

sekali kita berada dia atas jalan raya dah bermakna kita meletakkan diri dalam risiko. siapa cakap kalau bawak kereta berhemah xkan kemalangan? dalam kes pertama tu, dah cukup berhemah dah berhenti pada lampu merah, tapi ada plak pemandu yang suka langgar2 org ni. ajal maut di tangan Tuhan bukan. kadang2 orang lain yang salah, orang lain yang terima akibat. jadi, marilah kita sentiasa mengingati mati dan berhati2 dijalan raya. al-fatihah untuk mangsa.

ini video kejadian pertama:

4 comments:

dizzydude said...

pemandu lori tu kena pijak tak?belasah dulu laa kalau jadi kejadian macam nie..diorang memang suka bawak laju2..saya paling tak suka dengan pemandu lori besar2 nie.

Zon Bebas Staff said...

aduh.. ngeri plak aku nengok ada kepala kat situ.. memang bodoh sial driver tu.. klau dia yg mampus takpe.. tp ni org tak berkenaan yg menerima padahnya.. w/bagaimanapun, kena juga terima sbb itulah salah satu cara malaikat maut mencabut nyawa manusia. al-fatihah utk yg terkorban dan smoga kita dilindungi drpd perkara sebegini..

Dashing Days said...

setuju dgn kamu =)

acap said...

dizzydude : driver tu kena blasah dah depan balai polis dengan anak salah sorang mangsa.

zon bebas : ngeri2 tengok kepala tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...