January 31, 2010

mood : sedih

tanggal 30 januari 2010, aku kehilangan seorang sahabat baik, Afif Asyraf. beliau kembali ke rahmatullah setelah 2 hari ditempatkan di ICU hospital Hi Tech Kulim. agak terkejut setelah mendapat mesej dari adik arwah mengatakan arwah dalam keadaan kritikal selepas demam. semasa menziarahi arwah di hospital, aku x mampu lagi menahan sebak melihat keadaan arwah ketika di hospital sehari sebelum beliau pergi. teringat ketika mula2 bertemu arwah. ketika itu, hari pertama pendaftaran aku kat sunway college. aku tenung arwah dan dibalas dengan senyuman lebar untuk aku. aku dekati arwah dan bermulalah perbualan rancak aku dan arwah ketika pegawai MARA sedang memberi taklimat penajaan pelajaran sekitar 2006 yang lalu. malamnya pula, arwah datang ke bilikku dan menceritakan aku tentang pengalaman2 hidupnya, aku dengar arwah bercerita sambil bertukar2 cerita. arwah 'sahabat pertama' yang aku kenal setelah menyambung pelajaran di sunway college. ketika MUFY, aku dan arwah sama2 allocate untuk kelas yang sama untuk semua subjek. sepanjang 3 tahun lebih aku berkawan dengan arwah, beliau sangat disenangi rakan2 dan ringan tulang untuk membantu rakan2. sangat banyak kenangan manis bersama arwah. rancangan aku dan arwah untuk melepak bersama2 di penang awal februari nanti tidak kesampaian. Allah lebih menyayangi arwah. semoga roh arwah dicucurikan rahmat. al fatihah. mari sama2 kita berdoa untuk arwah dan sentiasa beringat bahawa umur kita di dunia ini telah ditentukan oleh Allah.


28 comments:

ket said...

takziah bro.al fatihah

miss LoLy iEka said...

takziah..

must be missing a good friend like him
al-fatihah

fiona cullen said...

takziah. saya pun dah rindu sangat kat arwah. baru je nak borak dgn dia on rabu pagi. tau2 akak dia post kat fb acap masuk hospital. :')

Mookies said...

tiada lagi acapkali menemani acapx...sedih...

cik ian@aH Lian~ said...

Al-Fatihah utk arwah,
moga dirinya ditempatkan
dalam kalangan orang yg soleh.
Amin~

ISMAWARNI said...

ak benci post ko acab...
sedih tgk gmbr2 arwah...
al-fatihah utk arwah...
moga Allah menempatkan rohnya dikalgn hamba2 yg dikasihiNya...
amiin...

amieyumie said...

dunno how kalo aku kat tempat ko...
takziah....

sasha* said...

dia saket apa you?alfatihah

BezBuddy said...

takziah k...doakn kwn tu byk2...smoge rohnye dicucuri rahmat..amin

miSs Farhana said...

salam...arwah sakit ke b4 ni?

acap said...

jangkitan bakteria pas mandi air terjun.

kakngah said...

Al-Fatihah.

::SizuKa:: said...

redhakan pemergian arwah...Al Fatihah..

ayahanuna said...

stuju ngan isma...sedih tgok gmbr dye kt post ko acab...al-fatihah...

Fathiah Farid said...

al fatihah..erm sedihnye hilang kawan yg baek..smoga Allah merahmatinye...

.BUTANG. said...

salam takziah,,
Allah lbh mnyayangi arwah,
ada hikmah dsebalik setiap kejadian,
semoga cekal :)

emy said...

terkejot OK

deqda said...

takziah. alfatihah..hmm sedih..(

oney said...

acapkali sudah tiada ?
huhu, tumpang sedih.
al-fatihah.
semoga keluarga arwah kuat menerima dugaan.

Bo the Nerd said...

Al-Fatihah. Takziah bro. Walaupun aku tak kenal, tapi aku memahami bila kehilangan org rapat dgn kita.

OrkedKhairani said...

xtahan wehhh aku tgk gamabq hang dgn dia.
aku tau, hang plg rapat dgn dia..
sabaq wehhh..
semoga rohnya d cucuri rahmat ALlah swt.

.::tAk AdE pErAsaaN::. said...

sdey nye.. :( takziah

juan said...

Al-Fatihah..
muka arwah da iras kwn aku..
abg dia nm redzwan kn

eLL said...

takziahhh

Hanafana said...

Takziah..
Semoga rohnya ditempatkan dengan orang yang beriman..
Amin..

nur syahid said...

sy blajar bnyk prkara dr acapkali... Subhanallah...

jaa sweets said...

takziah diucapkan.....

jaa sweets said...

takziah diucapkan.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...