January 31, 2010

mood : sedih

tanggal 30 januari 2010, aku kehilangan seorang sahabat baik, Afif Asyraf. beliau kembali ke rahmatullah setelah 2 hari ditempatkan di ICU hospital Hi Tech Kulim. agak terkejut setelah mendapat mesej dari adik arwah mengatakan arwah dalam keadaan kritikal selepas demam. semasa menziarahi arwah di hospital, aku x mampu lagi menahan sebak melihat keadaan arwah ketika di hospital sehari sebelum beliau pergi. teringat ketika mula2 bertemu arwah. ketika itu, hari pertama pendaftaran aku kat sunway college. aku tenung arwah dan dibalas dengan senyuman lebar untuk aku. aku dekati arwah dan bermulalah perbualan rancak aku dan arwah ketika pegawai MARA sedang memberi taklimat penajaan pelajaran sekitar 2006 yang lalu. malamnya pula, arwah datang ke bilikku dan menceritakan aku tentang pengalaman2 hidupnya, aku dengar arwah bercerita sambil bertukar2 cerita. arwah 'sahabat pertama' yang aku kenal setelah menyambung pelajaran di sunway college. ketika MUFY, aku dan arwah sama2 allocate untuk kelas yang sama untuk semua subjek. sepanjang 3 tahun lebih aku berkawan dengan arwah, beliau sangat disenangi rakan2 dan ringan tulang untuk membantu rakan2. sangat banyak kenangan manis bersama arwah. rancangan aku dan arwah untuk melepak bersama2 di penang awal februari nanti tidak kesampaian. Allah lebih menyayangi arwah. semoga roh arwah dicucurikan rahmat. al fatihah. mari sama2 kita berdoa untuk arwah dan sentiasa beringat bahawa umur kita di dunia ini telah ditentukan oleh Allah.


January 27, 2010

iklan x berbayar (4) - tudung terhangat di pasaran tempatan

kali ni aku nak iklankan tudung atau skaf untuk gadis2 sekalian. pelbagai jenis tudung dan skaf rare ada dijual. kalau anda pakai tudung2 ni gerenti orang akan pandang anda dengan nada cemburu akan kecantikan anda. tiada siapa brani cakap anda out-of-date. haa. ini jaminan aku saudari najard bagi. lagi satu, tudung2 ni dah ramai artis2 pakai. ops. bukan yuna ok. kepala jejaka2 pulak, jangan risau, anda masih boleh membeli tudung2 ini. bukan untuk dipakai tapi untuk dihadiahkan kepada mak, kakak, adik pompuan atau makwe2. aku malas nak tulis banyak, usha saja link dibawah:

tudung lawa2 beb




najard, aku dah promote, kasi tudung free yo.

January 25, 2010

perihal nuffnang (2)

aku start join nuff lewat jun. tapi aku baru start aktif awal december. rugi plak x aktif awal2 dulu. ni hasil setelah sebulan setengah aku aktif. hasil yang xseberapa jika dibanding dengan nuffnangers lain. perlu ke aku cashout?

x cukup lagi ni nak angkat bugatti veyron

January 22, 2010

spesies2 pemandu/kenderaan yang aku xsuka di atas jalan raya (2)

dalam entri yang lepas, aku ada cakap tentang ketidaksukaan aku terhadap kenderaan2 besar seperti lori di atas jalan raya. menambah ketidaksukaan aku kepada kenderaan2 spesies ini apabila masyarakat setempat di sini asyik bercerita mengenai 2 kemalangan yang sangat ngeri berlaku dekat sini membabitkan lori baru-baru ini. aku agak ketinggalan kerana gagal mengikuti brita2 semasa kerana asyik sebok bekerja mencari nafkah. mendengar cerita dipenuhi perasaan marah masyarakat setempat membuatkan aku turut sama merasa marah dan simpati terhadap mangsa2 kemalangan ini.

kemalangan pertama berlaku apabila lori tayar 10 gagal membrek ketika menuruni jalan yang sedikit berbukit la jugak. untuk mengelak kenderaan didepannya, drebar lori tu lenyek kenderaan2 lain yang sedang menunggu lampu merah bertukar hijau di jalan yang lain. tapi lampu merah yang ditunggu2 untuk bertukar warna nampaknya tidak kesampaian bagi mereka apabila dilenyek kenderaan berat itu. 3 biji kereta menjadi mangsa lori ni. cuba bayangkan jika anda berada di tempat tersebut. ilmu kebal mana sekali pun xleh nak membantu bukan?

kes kedua membabitkan seorang warga emas yang sedang menunggang motosikal dilenyek oleh salah sebuah lori yang sedang berlumba sesama sendiri. membe aku yang mat rempit tu pun berjaya dipintas oleh lori2 ini. laju sungguh drebar ni. tapi sayang bodoh. kalau pandai sikit tu dah bleh ganti alex yoong drive kereta F1. badan mangsa putus. driver lori sangkut urine test. padan muka.

sekali kita berada dia atas jalan raya dah bermakna kita meletakkan diri dalam risiko. siapa cakap kalau bawak kereta berhemah xkan kemalangan? dalam kes pertama tu, dah cukup berhemah dah berhenti pada lampu merah, tapi ada plak pemandu yang suka langgar2 org ni. ajal maut di tangan Tuhan bukan. kadang2 orang lain yang salah, orang lain yang terima akibat. jadi, marilah kita sentiasa mengingati mati dan berhati2 dijalan raya. al-fatihah untuk mangsa.

ini video kejadian pertama:

January 20, 2010

January 19, 2010

... (2)

mahu padam segala angan-angan sebelum ini dan biarkan ia seperti gambar di bawah






yeah. macam masa depanku :)

basuh otak

bukan mahu riak, bukan mahu sombong, bukan mahu berlagak bagus, cuma jijik. jijik pabila diri diberi motivasi oleh mereka yang sebaya dengan anda yang tanpa segan silu mengaku berjaya, mengaku kaya, mengaku bagus, mengaku pandai dan seumpanya selama 4 jam. habuk! lepas ni pakar2 motivasi boleh gulung tikar ataupun siapa2 yang ingin menjadi pakar motivasi tidak perlu lagi bersusah payah mendaki menara gading, sertai saja MLM sambil mengasah bakat kat mamak. ini kata merekalah. aku langsung tidak bersetuju. kononnya merekalah wira orang melayu kerana bakal memberi saingan kepada bangsa lain dalam soal bisnes. aku ingat nanti nak cuba bisnes2 macam ni kat sudan, somalia, afghanistan. mesti orang kat sana jadi kaya raya macam mereka ni kan?

gua dah banyak kali terkena kes
2 ajak lepak pastu sembang pasal mlm ni tapi gua xpernah jumpa mamat2 mulut kurang ajar macam mereka ini. p*ki**k betul. haha.

January 17, 2010

product review

xpasal2 aku nak buat product review. bukan aku nak review sabun tapi aku nak review produk Macbeth ni. Macbeth dicipta oleh Tom DeLonge (blink 182/ angels and airwaves) pada tahun 2002. siapa x kenal tom dengan suara merdunya bersama blink 182 yang dikatakan bakal membuat come back (atau dah buat?). kasut Macbeth ni sangat sedap dipakai. sesuai digayakan dengan seluar potongan lobak anda. itu sahaja komen aku tentang Macbeth elliot yang telah aku cuba. tujuan aku buat review ni adalah supaya tom membaca penulisan aku ni dan hadiahkan aku Macbeth brighton ni plak. kalau siapa2 yang kenal tom tu terbaca blog aku ni tolong la reportkan untuk dia ye. heh

kenapa ya?

kenapa kerajaan menghabiskan begitu banyak wang rakyat untuk berkempen mengenai keburukan merokok tetapi tidak untuk keburukan air setan?


air setan dalam al-Quran jelas
2 disebutkan haram.

January 15, 2010

dari gate 2 ditendang ke gate 3 ditendang ke gate 5 dan ditendang kembali ke gate 2. terima kasih air asia buat kami macam bola.

tak remaja betul aku bangun awal pagi harini

akhirnya, aku nekad berhenti bekerja setelah sebulan lebih bekerja di sunway pyramid. aku dah sampai tahap boring nak mati sebenarnya. kalau nak tau boring aku tahap macam mana cuba hangpa tengok telur ayam yang baru keluar dari ... (dari mana ya telur itu keluar?) ibu ayam tu lama2 sampai anak ayam menetas. boring kan? kalau aku cakap mahu berhenti, sudah pasti manager xkasi. aku kan pekerja harapan. sebentar lagi aku ingat nak berdrama babak sedih sebentar di tempat kerja aku tu. hehe. aku xpandai berdrama tapi aku akan berikan persembahan terbaik pagi ini. yeah! petangnya pulak aku akan terbang ke alor star setar. menghabiskan sisa-sisa cuti semester yang akan berakhir awal mac ini. lama betul aku bercuti. agak2 tandas kat monash tu pun aku dah lupa kat mana letaknya. eh, sempat lagi nak jumpa buah hati ni. rindu gila kat buah hati sorang tu. ciao.

January 12, 2010

sulit

nanti tertulis perkara2 merapu lagi. lebih baik duduk diam2 sambil layan supernatural sampai mata bengkak. apa aku peduli. agak2 dah bengkak baru aku nak tidur. teruja pulak esok hari terakhir bekerja. x sabar menanti hari esok berakhir. lepas ni gua nak duduk rumah bela perut. macam bes bunyinya. anda penah cuba?


suka cakap bukan2 ketika mengantuk. tidak gila ok!! shit

update blog

kalau aku update blog cara macam ni hari2 ok x?

January 10, 2010

spesies2 pemandu/kenderaan yang aku xsuka di atas jalan raya

15 minit jugak aku amik masa memikirkan macam mana nak start tulis entri kali ni. tapi sekarang aku still tiada idea macam mana nak mulakan. hentam sajalah ok. tiada intro, terus masuk ke point2 utama:

lori dan adik-bradiknya seperti trailer :
kenderaan2 besar macam ni buat aku resah kalau ternampak di atas jalan raya yang tengah sesak ketika menunggang kenderaan dua tayar. sebab pertama kerana bentuknya yang besar dan lebar menyukarkan aku menyilok ketika jalan raya sesak. kepada pihak yang sepatutnya, tolong la design lori yang kurang lebar dan comel2 sikit. gua nak cilok pun senang nanti. sebab yang kedua ialah setiap kali ternampak kenderaan2 macam ni, fikiran asyik terbayang video2 atau gambar2 mereka yang menjadi mangsa gilis kenderaan2 macam ni. terasa macam main game GTA plak.

species x reti bagi signal ketika membelok atau tukar lorong :
pemandu species macam ni aku cukup menyampah. kalau xreti nak bagi signal tu meh sini aku tolong ajarkan. kesian jugak dengan pemandu spesies macam ni, bayar mahal2 untuk kelas belajar memandu tapi bagi signal pun xpandai2. minum air semut banyak sangat agaknya sampai bagi signal pun dah x ingat macam mana. xbagi signal boleh membunuh baghal.

mat rempit :
golongan ni aku malas nak komen. macam2 boleh tulis.

sesetengah pemandu2 teksi lembah klang :
hangpa ingat jalan2 kat malaysia ni mak bapak hangpa yang punya? ini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman aku terhadap pemandu2 teksi. cuba sopan sikit boleh x?

species yang menggunakan lorong kecemasan ketika jalan raya sesak:
species macam ni memang species suka menyusahkan orang lain dan hanya mementingkan diri sendiri bukan. sebab species manusia2 macam ni lah yang menyebabkan jalan raya yang sesak bertambah sesak. bodoh bukan? nasib baik aku x kuat, kalau aku kuat macam ultraman mau aku luku kepala driver yang macam ni.

pandangan anda pulak bagaimana?

mood menulis : separa mengantuk

aku juga bukan pemandu yang berhemah. hehe

gagap (2)

harap2 aku tak gagap malam ni. wooohooo.

mari headbanging sebentar. ciao

January 7, 2010

dalam minggu ni aku kurang blogwalking dan traffic aku pun jatuh secara perlahan2. jadi, petang tadi aku nekad nak up kan balik traffic aku macam minggu2 sebelum ni. tapi...

apa jadah aku p blogwalking promote sabun plak malam ni. aib2. hehe...

January 6, 2010

iklan x berbayar (3) : sabun ajaib

membe aku sorang tu bukan main lagi suruh aku promote kat blog aku ni barang yang dia nak jual. membe punya pasal aku x kesah. kalau aku susah pun aku cari membe2 jugak. ok. barang yang dia nak jual tu ialah sebuku sabun. kalau nak beli berbuku2 sabun pun lagilah dialu-alukan. sabun ni bukan sebarang sabun. cakap membe aku, sabun ni boleh menghilangkan jerawat, jeragat mahupun bau badan. tambah beliau lagi, sabun ni sekali guna saja dah bleh bagi muka terus jadi hensem/cantik. cool bukan? apa lagi, cubalah! jangan ditanya sebab apa aku masih x hensem. jawapannya sudah tentu aku belum try lagi sabun ni. aku pikir xperlu kot aku try sabun ni. nanti jadi hensem susah plak ramai peminat curi2 amik gambar aku tengah makan. aku selesa dengan keadaan sekarang.

ini details sabun ajaib tu :
iklan x berbayar

aku cuma tolong promote. jangan ditanya pasal sabun tu pulak ok. berpeluh aku nak menjawab nanti.

January 5, 2010

aku ingat nak process dan scan film kat fotosun ss2 esok petang tapi kenderaan dua tayar aku dah merajuk plak. dah pandai dia merajuk belakangan ni. huhu. kedai lain yang dekat2 area subang ni xbleh nak scan film 135mm guna frame 120mm, atau dalam perkataan lain malas. ada siapa2 nak tolong aku tak? nanti aku belanja pekena teh ais kat mamak.


ramai rakan2 aku perli aku main lomo ni. tapi aku xkesah pun sebab aku xkacau duit depa walau sesen pun :)

January 3, 2010

ahha (2)

lebih kurang enam bulan yang lepas aku ada mention nak angkat satu benda. agak2 mampu x aku beli benda tu dengan hanya menggunakan wang tabung nuff aku ni? hehe. tapi nuff aku masih ciput :(

ni lah benda tu

beri aku harapan untuk memilikinya ye kawan2. terima kasih banyak2 :)


kepada visitors yang nak tinggalkan link dalam shoutmix tu harap lebih peka dalam menaip link anda betul2ya. copy paste lagi senang. blogspot tu jangan dieja blogpsot pulak. nanti link ke site dakyah kafir plak. licik kan mereka? harap amik perhatian!

January 2, 2010

010110

tarikh ni dah macam binary code plak kan? hari ni merupakan hari pertama dalam tahun 2010 mengikut kalendar omputih. ramai orang cakap kalau tahun baru menjelma maka kena ada azam baru kan? apa jadah azam baru nak tunggu tahun baru baru nak laksanakan. bagi aku kalau nak berazam tu terus start dan xperlu nak menunggu tahun baru omputih ni. buang masa menunggu! dan seolah2 azam tu tak ikhlas.

bagi aku lagi, tahun baru ni cuma angka. tiada apa yang membezakan hari ini dan semalam. bukan? elaun yang aku dapat masih sama. bangun2 tidoq muka aku masih macam ni. aku tengok matahari masih seperti hari2 sebelumnya. cuma umurku bertambah satu hari berbeza daripada semalam.

ambang 2010, ketika orang ramai berpusu2 ke sunway pyramid menyambut tahun baru, aku melawan arus pergerakan manusia2 itu meninggalkan sunway pyramid. aku nak berjalan kaki ke moto pun susah. sesak bodoh. x kesah orang nak cakap aku apa. kolot? maal hijrah hari tu pun aku x sambut apatah lagi nak sambut tahun baru omputih ni. hehe

akhir kata, marilah kita sama2 berdoa supaya Allah memanjangkan umur kita dan menganugerahkan kejayaan kepada kita :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...