December 28, 2009

rtw9

belakangan ni, aku malas nk menulis tapi teringin nk update. hah. setiap kali aku klik kat new post tu aku jadi blur. xtau nak tulis apa. untuk entri kali ni aku ingat nak tulis pasal rock the world 9 la. seperti yang kita semua tau, rtw ni dah jadi event terbesar dan paling meriah dalam arena muzik tanah air. xperlu nak bawak band2 femes omputih untuk join rtw, band2 local pun dah cukup untuk menarik jumlah crowd yang ramai untuk hadir. untuk rtw9 ni, konsep macam rtw7 dimana ada 3 stage - main stage, indie stage and chilled out stage. xingat plak nama2 stage time rtw7 dulu sebab aku mmg stick kat main stage ja time tu. malas nak berjalan. kali ni semua stage aku layan setakat yang mampu. jumlah band yang beraksi pun lebih banyak iaitu lebih kurang 70 band.

MAIN STAGE
LOVE ME BUTCH, POP SHUVIT, BUNKFACE, PESAWAT, DISAGREE, YUNA, ONE BUCK SHORT, SATURNINE, BITTERSWEET, BLIND TRIBE, JOHN’S MISTRESS, THE TIMES, SEVENCOLLAR T-SHIRT, REPUBLIC OF BRICKFIELDS, RESTRAINT, MEET UNCLE HUSSEIN, AZLAN & THE TYPEWRITER, BLEEDING MASCARA, MONOLOQUE, KUGIRAN DI TEPI PANTAI, & 2 WINNERS FROM HYPPTUNES ROCK THE WORLD 9 BAND SEARCH TOUR

INDIE STAGE
BRAINHEAD, CAR CRASH HEARTS, JOANNA & CO., PRETTY UGLY, SKUDAP SKUDIP, AUBURN, THE OTHERSIDE ORCHESTRA, LABRAT, COUPLE, FORTY WINKS, FREE LOVE, Y2K, STONEBAY, SAM KUMAN, SECOND COMBAT, AN HONEST MISTAKE , ROBOT ASMARA, AKU & 4 WINNERS FROM HYPPTUNES ROCK THE WORLD 9 BAND SEARCH TOUR

CHILL OUT STAGE
RASHDAN HARITH, LIYANA FIZI, LURKS, OTAM, MOHD JAYZUAN, KAREN NUNIS BLACKSTONE, BO BEDROOM SANCTUARY, SLOWJAXX, SHARIDIR & NIZAM P, RENDRA ZAWAWI & 4 WINNERS FROM HYPPTUNES ROCK THE WORLD 9 BAND SEARCH TOUR

xsemua band aku dapat tengok. mustahil nak dapat tengok semua dalam masa yang sama. kan. tapi aku berpuas hati sebab dapat tengok band2 yang membuatkan aku tertarik nak ke rtw kali ni seperti second combat, restraint, monoloque, the times dan banyak lagi.

komen2 aku pasal:
restraint- antara persembahan terbaik aku rasa untuk rtw9. persembahan yang memang gempak. crowd pun ramai yang moshing dalam hujan renyai2. smart habis.

second combat - dari awal aku tunggu jam 4 tiba. haa. sebelum jam 4 petang lagi aku dah terpacak depan indie stage menanti second combat mengambil tempat. xmau miss beb. xsempat sxc perform, hujan tiba2 lebat. sejam lebih gak baru hujan nak stop. bila hujan berhenti, sambung balik. depan stage penuh dah mamat2 hardcore, memang xmengecewakan. tapi pihak organizer mengecewakan crowd. band yang xramai fans bleh plak main byk lagu tapi sxc yang punya la ramai fans dapat main 2 lagu ja? apa cerita?

monoloque - frust dengan organizer, crowd ramai2 beransur ke main stage. monoloque sedang beraksi ketika itu. hujan pun mula renyai2. tapi crowd tetap xberganjak malah makin ramai. habis monoloque beraksi, the times plak masuk dengan line up baru lagi. hanya tinggal adik bradik naza dan mono. The Times macam biasa lah, meriah!.

apa lagi haa yang aku nak komen ni?
amy search - ni first time aku dapat tengok amy search beraksi atas stage. haha. kemunculan amy berskankin bersama republic of brickfield atas pentas rtw merupakan satu kejutan kepada crowd.

line up2 baru - MUH dengan drummer, 2nd guitarist n vokalis baru. serta kemunculan black mentor bersama mereka. bittersweet plak hanya tinggal 2 muka lama. xtau la ni replacement atau sessionist. vokalis baru bittersweet yang menggantikan pijie ialah ex vokalis band dance to the radio tu. kamera asyik fokus kat irfan( the ACAB/ex-the times) yang perform ngn bitter malam tu. sorang lagi anggota The Times yang bersama bitter ialah Moon.

sound system - lepas hujan sound macam apa lagi. sakit telinga aku.

venue - venue cun. luas. langkah bijak mengubah venue dari sunway lagoon ke bukit jalil.

stages - kesian kat chill out stage. dah la main lagu slow2. letak plak dekat ngn sebelah main stage. memang tenggelam la sound dari stage ni. rtw7 dulu stage kecik camni cun plak sound letak dalam khemah tertutup.

shirt - siot kali ni xdak t shirt free. sek baik design xlawa bagi aku. x rok , kalo x aku dah beli dah.

xdak idea dah nak tulis apa.........overall, aku enjoy rtw kali ni dalam hujan. sek baik suraya bawakkan payung. haha. dan harap2 taun depan byk lagi band2 otai underground dijemput. kalau banyak sangat band nak perform tu harap2 organizer lebih bersedia dengan keadaan yang x dijangka. jgn crowd datang jauh2 dapat tengok satu band perform 2/3 lagu sahaja. frust beb.
kodak ektacolor pro 160 expired

3 comments:

zuwairiaiman said...

rtw termiss beb.. aduyai...

Fatin Razali said...

rtw9 = xbest pon!!huh..the times jek yg lyn gle..

adaNiff said...

jeles. teringin nak g aritu.. hujan lak. haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...