August 24, 2009

pengalaman saya berpuasa (atas permintaan popo)

darjah 2: time ni baru nak berjinak2 dengan puasa. itu pun sebab dapat upah kalo puasa. dekat skolah pulak, time rehat tu masing2 akan beli ais batu kat kantin skolah, bungkus dalam plastik, letak atas dahi sambil masing2 akan buat muka konon2 letih yang teramat. macam la puasa sangat.

darjah 3: tarawikh. satu malam tu aku dan membe2 aku nak try buat full. imam baca surah2 panjang macam biasa. setiap rakaat pertama, aku dan membe2 akan duduk kat belakang main2, buat bising, bila imam rukuk, baru masing2 menggelabah join. misi tercapai. lenguh satu badan. balik rumah, aku terus demam.

darjah 4: cari pasal. time hujung minggu, aku dan rakan2 akan turun sembahyang subuh berjemaah dekat surau. siapa x turun memang x rock. selesai solat, Bakaq akan lead team kayuh basikal pusing2 dalam kawasan perumahan tu. sampai port yang banyak kelawar, masing2 akan cari kayu panjang dan pukul kelawar2 yang sedang terbang. siapa dapat pukul kelawar sampai jatuh memang jaguh. lepas pukul kelawar, cari pasal dengan anjing pulak. macam haram penat kena kejar anjing tau x. nak tunggu waktu berbuka satu penyeksaan.

darjah 5: petang2 wajib turun padang sepak bola. siapa x turun dianggap lembik

darjah 6: satu pagi, aku dan rakan2 pecah masuk Institut Perguruan Darul Aman (IPDA) dan membawa keluar sebanyak mungkin peralatan sukan dalam stor sukan IPDA. niat asal nak mencuri tapi guard suruh sapu barang2 dalam tu. apa lagi. ini dah dipanggil rezeki. angkat bala tentera kebas segala jenis bola, baseball bats, gloves dan bermacam2 lagi. sampai2 rumah, dalam keadaan tersangat lapar, aku bukak tin biskut, makan puas2. perghh. sedap dia semacam. mak aku tersenyum lebar...




Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu neraka dan setan-setan dibelenggu

4 comments:

l.i.a.n.a said...

acap,tensen bukak blog ang. dgr lagu raya palk...rya lambt lg..

acap said...

semangat kena ada..

OrkedKhairani said...

hahaha.
no 3 tu tipikal budak2 p terawih.

acap said...

p tarawih cucuh mercun tepi masjid..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...