August 24, 2009

pengalaman saya berpuasa (atas permintaan popo)

darjah 2: time ni baru nak berjinak2 dengan puasa. itu pun sebab dapat upah kalo puasa. dekat skolah pulak, time rehat tu masing2 akan beli ais batu kat kantin skolah, bungkus dalam plastik, letak atas dahi sambil masing2 akan buat muka konon2 letih yang teramat. macam la puasa sangat.

darjah 3: tarawikh. satu malam tu aku dan membe2 aku nak try buat full. imam baca surah2 panjang macam biasa. setiap rakaat pertama, aku dan membe2 akan duduk kat belakang main2, buat bising, bila imam rukuk, baru masing2 menggelabah join. misi tercapai. lenguh satu badan. balik rumah, aku terus demam.

darjah 4: cari pasal. time hujung minggu, aku dan rakan2 akan turun sembahyang subuh berjemaah dekat surau. siapa x turun memang x rock. selesai solat, Bakaq akan lead team kayuh basikal pusing2 dalam kawasan perumahan tu. sampai port yang banyak kelawar, masing2 akan cari kayu panjang dan pukul kelawar2 yang sedang terbang. siapa dapat pukul kelawar sampai jatuh memang jaguh. lepas pukul kelawar, cari pasal dengan anjing pulak. macam haram penat kena kejar anjing tau x. nak tunggu waktu berbuka satu penyeksaan.

darjah 5: petang2 wajib turun padang sepak bola. siapa x turun dianggap lembik

darjah 6: satu pagi, aku dan rakan2 pecah masuk Institut Perguruan Darul Aman (IPDA) dan membawa keluar sebanyak mungkin peralatan sukan dalam stor sukan IPDA. niat asal nak mencuri tapi guard suruh sapu barang2 dalam tu. apa lagi. ini dah dipanggil rezeki. angkat bala tentera kebas segala jenis bola, baseball bats, gloves dan bermacam2 lagi. sampai2 rumah, dalam keadaan tersangat lapar, aku bukak tin biskut, makan puas2. perghh. sedap dia semacam. mak aku tersenyum lebar...




Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu neraka dan setan-setan dibelenggu

August 23, 2009

bila la rambut aku nak panjang macam ni? baru puas headbanging \m/

August 22, 2009

setan dah kena ikat. nafsu?




...............................................................................
ini manusia ke apa ni?
http://www.youtube.com/watch?v=vRQWm1NvUW0
http://www.youtube.com/watch?v=JGrluZlonxQ

August 20, 2009

Ramadhan bakal menjelma.
moga dapat ketemu dengan Ramadhan kali ini dan melengkapkannya dengan amal ibadah.
di kesempatan ini, aku nak mintak maaf buat semua.akhir kata,
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat.


iklan penaja
bagus untuk mengelakkan mulut daripada makan, minum, mengumpat, mencarut, mencaci, merokok dan seumpamanya. boleh didapati di pintu2 masuk Monash University secara percuma.

August 19, 2009

August 17, 2009

keluar menonton teater menjadi satu keaiban?
jakun!

August 13, 2009

iklan x berbayar (2)..baju karate untuk dilelong..kalo pakai p pasar pun peragut pikir berkali2 sblm ragut


ONLY RM48 + donation(it's up to u)
WITH KARATE BAdGE
RECOMMENDED TO ANYONE WHO JUST JOINED SHITO-RYU KARATE CLUB
Has BEEN WORN FOR LESS THAN 5 TIMES..
SIZE 5 is a small size and suitable to small figured person. :)
RETAIL PRICE IS RM70.

contact this person if u r interested :
http://mysmallcottage.blogspot.com/

*model ni agak pemalu ye

August 9, 2009

cerita seram melayu

kenapa mesti ada kepulan2 asap di malam hari dan tingkap/pintu akan terbukak n tertutup dengan sendirinya berulang2 kali? haram x seram langsung taw x.

August 5, 2009

facebook (2)

You have been blocked from using the name change feature for two weeks because a prior attempt was rejected by our system.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...