June 6, 2009

tabiat (1)

cuti sem penghujung tahun 2008-
satu petang- sedang aku berbual2 dengan abangku dan beberapa lagi rakan2 di port biasa, muncul Duan berkaca mata hitam. seorang tokey kafe yang berjaya dan baik hati. beliau juga rakan sepermainan abang aku sejak kecil. aku pun dah xkenal si duan ni. maklumlah dah berbelas tahun aku dah duan ni x bersemuka. last sekali jumpa pun time aku masih lagi xpandai nyanyi lagu "ABC...Z". pada pertemuan ini la aku tau satu tabiat diri aku ketika kecil.

"Duan, kenai lagi adik aku yang sorang ni?" tanya abang aku sambil menunjuk2 kearah aku.

aku tersenyum macam biasa.

"x ingat la Ein" balas Duan sambil menanggalkan cermin mata hitamnya.

"alaa, yang Ja slalu dukung bawak pi kedai petang2 dulu tu" sambung abang aku.

"owh. yang kuat teriak tu. dah besaq noo" Duan balas balik disambut gelak ketawa rakan2ku.

"hah. betoi dah tu" abang aku mengesahkannya.

"Owh. itu dulu. la ni gua rock beb" aku hanya mampu berkata dalam hati sambil tersengih. .
cis, kuat menangis rupanya aku ni kecik2 dulu. x rock langsung. serius aku x ingat apa2 zaman aku kecik2.
mohd asyraf dan nazirah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...