May 30, 2009

catatan 30 mei,
harini aku 'terpaksa' bangun tidur pukul 12.57 tengah hari setelah dikejutkan dengan 1 panggilan telefon drpd iman. bergegas aku turun bawah jumpa seseorang yang sedang menanti dengan penuh kesabaran. hah. dah settle, aku buat apa yang patut. agak lambat aku keluar makan. dan ketika sedang menjamu selera, tiba2 teringat yang aku ada beli top up tapi masih belum diisi ke dalam akaun prepaid aku. so, aku pun masukkan 14 angka azimat tu, then terkejut seketika bila tertulis kredit aku xpired 2013. termenung cam orang hilang anak sebentar. waaah. baru aku teringat pasal hotlink youth club. dah sebulan kott aku register. cakap within 1 week you will receive an activation sms. ini dah 1 month kak oi. activation sms pun xdapat. bila aku check balik memang sure dah convert ke HYC. yeahhh. hotlink cam keling. ahhh.
overall, rutin hidup aku harini sangat bosan. dok dalam rumah j. yeahh. sangat bosan. disebabkan kebosanan, aku habiskan masa edit pic dalam koleksi aku. taun bila ntah aku snap pic ni. simpan buat tukun. aku bukannya pandai pun edit2 pic ni. saja nak hilangkan borink. nak kutuk silakan.
sebelum
dan selepasharap2 esok dapat gak melepak bersama alang di Damansara. kebetulan ada Homegrown music showcase kat sana. setahu aku ada bunkface, nao (mereka best), couple, harmacy dan lain2. layan sudah.

ok. aku akhiri entri bulan Mei dengan quotation drpd intro lagu tema siri tv kegemaranku ketika zaman muda satu ketika dahulu.

"go go Power Rangers!"












































mereka sangat kuat. jangan cari pasal ok!

May 28, 2009

FC Barcelona 2 - Manchester United FC 0


tamat permainan. yeahhh. MU kalah. 2 gol jaringan samuel eto'o pada minit ke-10 dan Lionel messi minit ke-70 masing2 sudah cukup untuk menabalkan Barca selaku juara eropah musim ni. perasaan? dan tentu aku kecewa team aku sokong kalah. selaku penyokong profesional, aku terima dengan hati terbuka. team mana x penah kalah? team yang kuat cam Kedah pun slalu kalah. haha. kalo x setuju ngan statement aku ni dok diam sudah! kalah menang adat pertandingan. sokongan xkan pudar. memang Barca lebih layak menang. tahniah2. agak kecewa dengan mutu permainan yang agak membosankan berbanding perlawanan akhir musim2 sebelumnya. feel game final season2 sblm ni lain beb. mendebarkan. untuk game malam ni plak aku rasa mungkin faktor hujan dan padang basah sedikit merencatkan permainan. barca gak cool main short passing. Man U main cam .......(aku malas nak komen). nasib baik gak anderson x score, kalo x aib fans MU serata dunia. sebab apa aib? cari r sendri. ada ka patut dia nak bogel lari satu padang kalo score gol. gila.

"We were beaten by the better side." Sir Alex Ferguson

season bola dah habis. season xam plak bakal menjelma. study malas. adoi.

messi vs ronaldo??

main bola bukan 1 on 1 beb. 11 lawan 11.
kurang sejam dari sepak mula UEFA champions league final 2008/09. impian menyaksikan 2 team terbaik dunia beraksi di pentas final menjadi kenyataan. sesuatu yang dijangka menarik. game kali ni dah tentu aku sokong MU walaupun aku lebih mengagumi gaya permainan Lionel Messi berbanding Ronaldo. kalah menang tolak tepi, yang penting harap2 dua2 team main 'bola' dan tunjukkan permainan yang menarik bukan macam Liga M. yeahhh. Mesia boleh!

glory glory Man United

May 24, 2009

facebook (1)

dah berminggu aku deactivate account facebook. xsangka berjaya jugak bertahan walaupun berat hati nak stop main mafia wars setelah banyak masa dihabiskan bermain game paling mudah di dunia ini. mayb lepas xam aku sambung balik mafia tu. maybe! so, sekarang ni aku hanya menggunakan yahoo messenger, gtalk dan myspace untuk berhubung atau bertanya khabar dengan membe2 di alam maya. yeahhh. add aku. bosan weih.

di kesempatan ini,
aku ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada ayahanda tercinta, Noordin bin Ahmad.
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Amin.

jarang sekali dapat kesempatan utk wish kat mak aku. huhu. kalo la tiap2 taun ada 29th February.

kuat jugak menganjeng si ronaldo ni rupanya.

May 22, 2009

dah lama x buat masalah.
tiba2 buat masalah plak.

haihhhh.

May 21, 2009

lagu sebelum tidur. kalo dah minat kat satu2 band tu, dah x kesah dah macam mana pun lagu yang band tu bawak. anda pulak bagaimana?
video
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat." (Riwayat Muslim)

May 20, 2009

22 hari menjelang final xam...
apa nak jadi, jadi la. dah malas nak layan perasaan ni. hah. gila


...................................................................................................
since blog aku banyak benda merapu + xberfaedah, sini aku nk letak gak benda2 yang membawa kepada keredhaanNya.

Hadis riwayat Usamah bin Zaid ra., ia berkata:
Kami sedang berada di dekat Rasulullah saw. ketika seorang di antara putri beliau menyuruh seseorang memanggil beliau dan memberi kabar bahwa anak putri beliau itu sedang menghadapi maut, Rasulullah saw. bersabda kepada utusan tersebut: Kembalilah dan kabarkan kepadanya bahwa apa yang Allah ambil dan Allah berikan adalah milik-Nya semata. Segala sesuatu di sisi-Nya adalah dengan batas waktu tertentu. Suruhlah ia untuk bersabar dan mengharap pahala. Utusan itu kembali dan berkata: Dia berjanji akan memenuhi pesan-pesan itu. Lalu Nabi saw. berdiri diikuti oleh Saad bin Ubadah dan Muadz bin Jabal. Aku pun (Usamah bin Zaid) ikut berangkat bersama mereka. Kepada Rasulullah saw. anak (dari putri beliau) diserahkan dan jiwanya bergolak seperti berada dalam qirbah (tempat air) tua. Kedua mata Rasulullah saw. menitikkan air mata. Lalu Saad bertanya: Apa arti air mata itu, ya Rasulullah? Rasulullah saw. bersabda: Ini adalah rahmat (kasih sayang) yang diletakkan Allah dalam hati para hamba-Nya. Sesungguhnya Allah mengasihi para hamba-Nya yang pengasih

May 18, 2009

Matthew Kiichi Heafy TRIVIUM
Instrument: Guitars, Vocals
Birthday: January 26, 1986
Birthplace: Iwakuni, Japan
Hometown: Sanford, Florida
aku sangat kagum ngan mamat ni. bermula setelah membeli album ni secara cuba2 lepas baca review dalam 1 magazine (x ingat) time form 5 dulu. lagu2 dalam ni la yang menjadi teman aku ketika study dan tidur di samping lagu2 system of a down dan butterfingers menjelang SPM. yang xbrapa nk syoknya kat sini- diselitkan 1 lagu black metal yg ditulis oleh glen benton (vocalist merangkap bassist band black metal tersohor, deicide). macam sial. muzik dah best gila tapi masuk lirik macam lahanat. setan x habis2. berbalik kepada heafy. hah. macam mana bleh kagum?...ntah. kalo sapa2 layan album ni maybe tau kot sebab apa.

terbaek dari ladang. jom layan TRIVIUM.
video
Like Light To The Flies (ascendancy)
video
A Gunshot To The Head of Trepidation (ascendancy)
video
Pull Harder On The Strings of Your Martyrs (ascendancy)
video
Entrance of the Conflagration (the crusade)
video
Down From The Sky(shogun) video
Throes Of Perdition (shogun)

jeles sangat2 dengan Ket. senang2 mamat ni blanja duit yang JPA bagi suruh study kat jepun tu elok2 tengok Trivium perform live. ahhhhh. ini xleh jadi. bila la Trivium nak mai Mesia plak. tolong la mana2 organizer bawak Trivium ke sini. nanti aku blanja teh tarik.mengidam woihhh.

May 17, 2009

...try again next season




"The quality of United was not to panic, to stick to their jobs"
- Guus Hiddink

May 12, 2009

oblong kambing + unta jet

Satu malam – sedang aku bermati-matian menyiapkan report yg membosankan, tiba2 terasa cam nk pekena oblong kambing. Ajak membe kluar beli, semua malas dan mengharap ada makhluk Tuhan yang baik hati kluar beli. Nk selesaikan masalah ni, aku ajak membe lawan poker. First, aku ajak herul. Dia on. Then, herul ajak dak2 rumah aku yang lain lawan. Syarat mudah – siapa kalah naik unta jet kluar beli oblong. Dalam ramai2, hanya iman dan farouk berani menyahut cabaran aku dan herul. Hah. Game pun start. Gila gubra tyme ni. x penah aku gubra sampai macam ni tyme main poker tapi aku control cool. kalo kalah mati la aku. report dah la banyak gila x siap lagi, tambah plak masa dah suntuk. tapi aku gamble. main jugak dengan penuh keyakinan dan harapan. 1st game aku menang beb. Rasa cam raja lak tyme ni. Herul last - kalah secara busuk. Haha. “unta jet…unta jet…” riuh satu rumah berpesta meraikan kekalahan herul. Unta jet? (usha link ni utk kepastian). Sorang dah kena kluar beli oblong. Tinggal sorang je lagi nk kena kluar temankan herul beli. Main lagi satu game. Tyme ni aku konfiden leh mng lg sbb kad2 yg aku dapat semua besar2. beberapa minit pastu. DAMN!





"abang, oblong kambing 3 + oblong ayam 1 + double cheese special 1"




persoalan2 yang timbul:
- macam mana hero boleh kalah?
- Terdpt pakatan sulit antara iman dan farouk mengelak drp tewas
- sakit kepala lepas makan oblong kambing. Kambing owh kambing.
- Perut kenyang lebih penting drpd siapkan report
- Terharu dengan layanan masyarakat setempat
gambar ketika lawatan sambil belajar ke tempat kejadian
lemah gila ptg ni
...mau berehat

May 11, 2009

May 6, 2009

...dan acara berikutnya

jemput2lah datang ke event kami yg seterusny ini...diurus dan dikelola oleh enchik ikhwan...anda pasti terhibur...dan yg penting hanya RM7 sahaja..hey ho let's go

vacation on thursday- punk rock
blackwood project- metal
hurly burly-grunge
no captions-new wave/garage
masalah band- indie
my 2nd juliet- alternative
dheryta- metal
1st aid kit- ska punk
waiting the rain stop-grunge
signboard- alternative rock
omertha-metal

akhir sekali --> join la

May 3, 2009

Hallowed Be Thy Name - Iron Maiden (1993)


Im waiting in my cold cell when the bell begins to chime
Reflecting on my past life and it doesnt have much time
Cos at 5 oclock they take me to the gallows pole
The sands of time for me are running low

When the priest comes to read me the last rites
I take a look through the bars at the last sights
Of a world that has gone very wrong for me

Can it be theres some sort of error
Hard to stop the surmounting terror
Is it really the end not some crazy dream

Somebody please tell me that Im dreaming
Its not so easy to stop from screaming
But words escape me when I try to speak
Tears they flow but why am I crying
After all I am not afraid of dying
Dont believe that there is never an end

As the guards march me out to the courtyard
Someone calls from a cell God be with you
If theres a God then why has he let me die?

As I walk all my life drifts before me
And though the end is near Im not sorry
Catch my soul cos its willing to fly away

Mark my words please believe my soul lives on
Please dont worry now that I have gone
Ive gone beyond to see the truth

When you know that your time is close at hand
Maybe then youll begin to understand
Life down there is just a strange illusion.



Hallowed Be Thy Name is a song written in 1982 by Steve Harris for Iron Maiden album, The Number of The Beast. This song was released on October 4, 1993- 9 years after it was written.

This song was covered in the following years:
* 1993 - by Ceremonial Oath
* 1996 - by Solitude Aeturnus
* 1998 - by Cradle of Filth
* 2001 - by Silent Eye
* 2002 - by Iced Earth
* 2002 - by Dream Theater
* 2005 - by The Iron Maidens
* 2006 - by Take Cover
* 2007 - by Brown Brigade
* 2008 - by Machine Head
i prefer the original version and also the cover version by Cradle of Filth with melodic death metal touch..
yeeeaaaaaaaahhh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...