December 31, 2009

entri penutup tahun 2009

tahun 2009?
sangat banyak kenangan indah dan sejarah. itu sahaja untuk kali ini. selamat tinggal 2009 dan selamat datang 2010.


1004

December 30, 2009

FAM oh FAM

ini dah masuk kali yang keberapa dah FAM menyelamatkan 'satu pasukan tu' daripada jatuh ke liga perdana. kalau macam ni sampai bila2 pun liga kita xkan maju. setiap musim tukar format berdasarkan prestasi pasukan individu2 yang ada kepentingan dalam FAM. kalau macam ni baik xyah adakan liga. buang masa penonton ke stadium. malu lah sikit nak salah gunakan kuasa untuk kepentingan sendiri pun.

kesimpulannya, format dalam liga M bergantung kepada prestasi pasukan2 tertentu dimana pasukan2 ini dimestikan beraksi dalam Liga Super dan dijamin terselamat daripada jatuh ke liga bawahan. meluat dah

December 28, 2009

rtw9

belakangan ni, aku malas nk menulis tapi teringin nk update. hah. setiap kali aku klik kat new post tu aku jadi blur. xtau nak tulis apa. untuk entri kali ni aku ingat nak tulis pasal rock the world 9 la. seperti yang kita semua tau, rtw ni dah jadi event terbesar dan paling meriah dalam arena muzik tanah air. xperlu nak bawak band2 femes omputih untuk join rtw, band2 local pun dah cukup untuk menarik jumlah crowd yang ramai untuk hadir. untuk rtw9 ni, konsep macam rtw7 dimana ada 3 stage - main stage, indie stage and chilled out stage. xingat plak nama2 stage time rtw7 dulu sebab aku mmg stick kat main stage ja time tu. malas nak berjalan. kali ni semua stage aku layan setakat yang mampu. jumlah band yang beraksi pun lebih banyak iaitu lebih kurang 70 band.

MAIN STAGE
LOVE ME BUTCH, POP SHUVIT, BUNKFACE, PESAWAT, DISAGREE, YUNA, ONE BUCK SHORT, SATURNINE, BITTERSWEET, BLIND TRIBE, JOHN’S MISTRESS, THE TIMES, SEVENCOLLAR T-SHIRT, REPUBLIC OF BRICKFIELDS, RESTRAINT, MEET UNCLE HUSSEIN, AZLAN & THE TYPEWRITER, BLEEDING MASCARA, MONOLOQUE, KUGIRAN DI TEPI PANTAI, & 2 WINNERS FROM HYPPTUNES ROCK THE WORLD 9 BAND SEARCH TOUR

INDIE STAGE
BRAINHEAD, CAR CRASH HEARTS, JOANNA & CO., PRETTY UGLY, SKUDAP SKUDIP, AUBURN, THE OTHERSIDE ORCHESTRA, LABRAT, COUPLE, FORTY WINKS, FREE LOVE, Y2K, STONEBAY, SAM KUMAN, SECOND COMBAT, AN HONEST MISTAKE , ROBOT ASMARA, AKU & 4 WINNERS FROM HYPPTUNES ROCK THE WORLD 9 BAND SEARCH TOUR

CHILL OUT STAGE
RASHDAN HARITH, LIYANA FIZI, LURKS, OTAM, MOHD JAYZUAN, KAREN NUNIS BLACKSTONE, BO BEDROOM SANCTUARY, SLOWJAXX, SHARIDIR & NIZAM P, RENDRA ZAWAWI & 4 WINNERS FROM HYPPTUNES ROCK THE WORLD 9 BAND SEARCH TOUR

xsemua band aku dapat tengok. mustahil nak dapat tengok semua dalam masa yang sama. kan. tapi aku berpuas hati sebab dapat tengok band2 yang membuatkan aku tertarik nak ke rtw kali ni seperti second combat, restraint, monoloque, the times dan banyak lagi.

komen2 aku pasal:
restraint- antara persembahan terbaik aku rasa untuk rtw9. persembahan yang memang gempak. crowd pun ramai yang moshing dalam hujan renyai2. smart habis.

second combat - dari awal aku tunggu jam 4 tiba. haa. sebelum jam 4 petang lagi aku dah terpacak depan indie stage menanti second combat mengambil tempat. xmau miss beb. xsempat sxc perform, hujan tiba2 lebat. sejam lebih gak baru hujan nak stop. bila hujan berhenti, sambung balik. depan stage penuh dah mamat2 hardcore, memang xmengecewakan. tapi pihak organizer mengecewakan crowd. band yang xramai fans bleh plak main byk lagu tapi sxc yang punya la ramai fans dapat main 2 lagu ja? apa cerita?

monoloque - frust dengan organizer, crowd ramai2 beransur ke main stage. monoloque sedang beraksi ketika itu. hujan pun mula renyai2. tapi crowd tetap xberganjak malah makin ramai. habis monoloque beraksi, the times plak masuk dengan line up baru lagi. hanya tinggal adik bradik naza dan mono. The Times macam biasa lah, meriah!.

apa lagi haa yang aku nak komen ni?
amy search - ni first time aku dapat tengok amy search beraksi atas stage. haha. kemunculan amy berskankin bersama republic of brickfield atas pentas rtw merupakan satu kejutan kepada crowd.

line up2 baru - MUH dengan drummer, 2nd guitarist n vokalis baru. serta kemunculan black mentor bersama mereka. bittersweet plak hanya tinggal 2 muka lama. xtau la ni replacement atau sessionist. vokalis baru bittersweet yang menggantikan pijie ialah ex vokalis band dance to the radio tu. kamera asyik fokus kat irfan( the ACAB/ex-the times) yang perform ngn bitter malam tu. sorang lagi anggota The Times yang bersama bitter ialah Moon.

sound system - lepas hujan sound macam apa lagi. sakit telinga aku.

venue - venue cun. luas. langkah bijak mengubah venue dari sunway lagoon ke bukit jalil.

stages - kesian kat chill out stage. dah la main lagu slow2. letak plak dekat ngn sebelah main stage. memang tenggelam la sound dari stage ni. rtw7 dulu stage kecik camni cun plak sound letak dalam khemah tertutup.

shirt - siot kali ni xdak t shirt free. sek baik design xlawa bagi aku. x rok , kalo x aku dah beli dah.

xdak idea dah nak tulis apa.........overall, aku enjoy rtw kali ni dalam hujan. sek baik suraya bawakkan payung. haha. dan harap2 taun depan byk lagi band2 otai underground dijemput. kalau banyak sangat band nak perform tu harap2 organizer lebih bersedia dengan keadaan yang x dijangka. jgn crowd datang jauh2 dapat tengok satu band perform 2/3 lagu sahaja. frust beb.
kodak ektacolor pro 160 expired

December 22, 2009

December 21, 2009

UEFA champions league

draw untuk second round UCL musim ni agak menarik. xsabar nak tengok David Beckham beraksi menentang bekas pasukan yang telah menaikkan namanya. xsabar juga nak tengok Mourinho kembali ke Stamford Bridge.

"Since I left in 2003, I have not returned to play at Old Trafford. Seven years have gone by and I would like for that to happen" David Beckham, 2009.


Agg
First legSecond leg
Olympique Lyonnais-Real Madrid CF16/02 »10/03 »
AC Milan-Manchester United FC16/02 »10/03 »
FC Porto-Arsenal FC17/02 »09/03 »
FC Bayern München-ACF Fiorentina17/02 »09/03 »
VfB Stuttgart-FC Barcelona23/02 »17/03 »
Olympiacos FC-FC Girondins de Bordeaux23/02 »17/03 »
FC Internazionale Milano-Chelsea FC24/02 »16/03 »
sPFC CSKA Moskva-Sevilla FC24/02 »16/03 »

December 19, 2009

genius thomas edward yorke

terima kasih thom yorke. terima kasih kerana menghasilkan muzik yang sungguh indah. muzik dan keunikan vokal anda membuatkan malamku tenang dan selesa. biarkan karya2 anda menemani aku tidur ya. selamat malam semua.

December 17, 2009

tujuhbelasharibulanduabelastahunduaribusembilan

selamat hari lahir buat diri sendiri. yeah. dah duapuluhsatu tahun aku bernafas di dunia yang indah ciptaan Allah ini. kepada pengunjung2 blog ini, kalau rasa2 nak kasi hadiah kat aku tu x perlu susah2. just click my nuff. senang bukan? ini pun satu bentuk hadiah dan akan aku hargainya. dan jangan lupa tinggalkan jejak kat shoutbox k. akan aku berikan hadiah yang serupa kepada anda seterusnya. insyaAllah. thanks all :)

December 14, 2009

mahu update blog ini tetapi tiada berita untuk dikhabarkan kali ini.
untuk renungan bersama


Hadis riwayat Barra' bin Azib ra., ia berkata:
Rasulullah saw. memerintahkan kami untuk melaksanakan tujuh perkara dan melarang kami dari tujuh perkara. Beliau memerintahkan kami menjenguk orang sakit, mengiringi jenazah, mendoakan orang bersin (mengucap yarhamukallah), melaksanakan sumpah dengan benar, menolong orang yang teraniaya, memenuhi undangan dan menyebarkan salam. Beliau melarang kami dari cincin atau bercincin emas, minum dengan wadah dari perak, hamparan sutera, pakaian buatan Qas (terbuat dari sutera) serta mengenakan pakaian sutera baik yang tebal dan tipis

December 10, 2009

kuatkan volume speaker dan pejamkan mata perlahan2. atau pejamkan mata perlahan2 dan kuatkan volume speaker

December 9, 2009

agak2 berapa puluh ratus tahun lagi Malaysia bakal menjejakkan kaki ke Piala Dunia? ibarat menunggu Amerika menyerang Israel agaknya...

December 6, 2009

Biodata saya

teringat ketika zaman skolah satu ketika dahulu. Dari skolah rendah sampai la menengah. Time skolah rendah, awal2 tahun mesti ada sesi berkenalan dengan guru2 dan perkara ini berterusan sampai awalan skolah menengah. benda yang paling lazim terutamanya ketika sekolah rendah mesti kena tulis biodata diri dan submit kat cikgu kan? bukan setakat cikgu, classmate pun ada yang nak berkenalan especially budak2 pompuan- mintak isi biodata diri dalam buku yang di'passing'2 satu kelas. kalau tulis biodata tu aku paling x suka isi 2 bahagian ni. penting ke nak tau makanan dan minuman kegemaran aku?

December 3, 2009

nuff asyik tidoq.huhu. btw, thanks to those who clicked my nuff :)

December 2, 2009

December 1, 2009

i just got a new haircut at APT. it sucksssssss. i really hate it!

November 30, 2009

boring


macam taw2 aku tengah boring malam ni. hah. word veri ni buat aku tergelak sorang2. tidak gila ok. terus cancel hajat aku nak post comment kat blog member aku sorang tu. agak2 blog siapa?
cakap sorang2 dengan dinding :)

November 27, 2009

selamat hari raya aidiladha semua
selesa menghirup udara segar di sini. walaupun ianya tidaklah sesegar yang diharap. sekurang2nya ia lebih segar berbanding udara di kota raya yang penuh parasit.

November 24, 2009

ralat itu normal (3)

gua dah ada hobi baru. hobi yang dimaksudkan ialah bermain2 dengan Diana+. macam mana aku bleh terjebak nak main lomography ni x payah cerita r.

aku nak crita pasal 1st film aku. daripada 1 roll film tu, hanya satu pic yang aku puas hati. pic lain haram x menjadi. haha. aku ingat nak quit dah main diana lepas tengok hasil yang x menjadi pas develop. dah la film aku beli kat Mooks tu mahal gila. rasa cam x berbaloi plak 1 pic je leh pakai. gila down. tapi aku tukar fikiran dan terus semangat nak main2 dengan Diana ni pas melepak bersama skoolmate aku, bak. thanks bak ajar aku banyak pasal benda2 camni. hang membuatkan aku bersemangat balik ni. haha. tambah pulak, aku dah jumpa satu kedai kat jitra yang jual film 120mm. ni la pic tu.
mintak maaf puan model, gambar muka x full. (kena tipu ngn viewfinder. cis). satu lg apek tu scan pun senget. cis

*farah, jgn post kat fb lg..segan weih..haha
xtau nak tulis apa

November 16, 2009

mood: bercuti daripada belajar

exam dah habis. aku tiada idea apa nak dibuat untuk menghabiskan cuti 3 bulan lebih ni. nak tulis pun tiada idea. kalau ada aktiviti2 menarik tu roger2 lah aku ye. akan aku pertimbangkan. chow

November 14, 2009

entri ke-100 (edisi khas)

yeahh.. dah masuk entri ke 100 dah. mungkin agak perlahan bagi sesetengah orang. apapun, aku anggap ini sebagai satu pencapaian peribadi. awal2 create blog ni memang tak pernah jangka nak tulis sampai 100 entri dah. tapi alang2 dah bertemu entri yang ke-100, aku nak tujukan khas buat suraya bt yacob. hee

HAPPY 21st BIRTHDAY SWEETHEART :)

semoga panjang umur, murah rezeki dan juga semoga hari2 mendatang akan lebih bermakna. wooohooo

November 11, 2009

01:30 PM - PLANT BIOTECHNOLOGY [BTH3820] - 02:30 hours

November 6, 2009

08:30 AM - CELLULAR METABOLISM [BTH2752] - 03:00 hours

November 5, 2009

01:30 PM - GENOMICS AND MOLECULAR GENETICS [GEN3040] - 02:30 hours

November 3, 2009

01:30 PM - RECOMBINANT DNA TECHNOLOGY [BTH2732] - 03:00 hours

November 1, 2009

sedang sebok mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan akhir semester. semoga berjaya semua :)

October 26, 2009

malam ni tiba2 mamat2 fans liverfool text aku. tiba2!! sebelum ni bukan main diam lagi. aku sangka depa dah xbrani bersuara. haha. kesudahannya tetap sama. jangan risau penyokong2 liverfool. team anda gila2 kan tu x kemana pun. habuk jua akhirnya.

October 16, 2009

berita hairan

aku jadi hairan, aku jadi hairan lepas baca artikel atas talian di laman sesawang Berita Harian Hairan sebentar tadi. ini artikelnya: artikel hairan.

sebab2 aku menjadi hairan:
tajuk artikel = UMNO Kedah ikrar tawan semula negeri itu daripada pembangkang.

Situasi politik semasa negeri Kedah: dalam Dewan Undangan Negeri Kedah, kerusi kerajaan diduduki Pakatan Rakyat/Parti Islam SeMalaysia (PAS) manakala kerusi pembangkang diduduki ADUN daripada parti2 selain parti gabungan dalam Pakatan Rakyat.

Jadi,
Pakatan Rakyat = kerajaan
UMNO = pembangkang

macam mana tu UMNO (pembangkang) nk tawan semula negeri daripada pihak pembangkang (UMNO n so on). hairan2. rampas la negeri daripada pihak kerajaan (Pakatan Rakyat/PAS). hairan2.

October 13, 2009

hobi

1.
salah satu hobi aku adalah tidur. ia besttt. tapi belakangan ini, aku asyik mimpi pelik2 setiap kali tidur. tidak gila.

2.
awat la depa x mai Mesia nih...argggghhhhhh

October 10, 2009

malam.kuala.lumpur.

The Castle 10/10/09 1AM - 4AM
mahal tapi gila sedap
remaja bujang

October 9, 2009

ralat itu normal (2)

tersasar, tersasar dan terus tersasar.
kalau nak diteruskan berfikir tentang hal2 yang tersasar sampai bila2 pun xsudah.
kesudahan yang dicari umpama menunggu Amerika menyerang Israel

nampaknya hujan dah turun
nyaman, tenang, sejuk
aku nak layan tidur dulu

hujan + tidur = terbaek lah.

October 6, 2009

gagap

lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata
berdiam diri lebih baik daripada berkata-kata
daripada berkata-kata lebih baik berdiam diri

kata-kataku semuanya sampah
semuanya sampah kata-kataku
sampah kata-kataku semuanya

trauma
umatra?
mautra?

October 5, 2009

Goggle Fest 09

adoi la. aku nak gelak ja.

wooohooo

team yang satu tu kalah lagi. jalan sorang2 lagi. kesiannya =))


aku ingat nak letak lagu yang ringan2 plak kat page aku. (kalau tidak suka tu, sendiri2 la pause ye.)
janji rawk \m/
agak banyak complain diterima sebelum ini :)


*cik suraya ajar saya guna smiley

September 28, 2009

terasa seperti ingin menulis sesuatu tetapi aku biarkan mood itu berlalu pergi...

*telan*

September 25, 2009

bilakah ajal bakal menjemput kita?
dimanakah ajal bakal menjemput kita?
bagaimanakah ajal bakal menjemput kita?
siapakah insan terakhir yang kita ketemu sebelum ajal datang menjemput kita?
jadi,...

September 20, 2009

nak duit raya x?

klik la sini

apa barang boleh tertidur dalam bilik lepas solat sunat aidilfitri. harap2 tahun depan jumpa lagi hari raya pertama.

September 16, 2009

ralat itu normal.

persiapan raya aku kali ini masih tiada. semua ini angkara report dan assignment yang perlu dihantar setiap hari menghampiri syawal. setiap hari!!!. sepasang baju melayu untuk dikenakan ke masjid berjemaah solat sunat aidilfitri sudah mencukupi. sekurang2nya, pakaian yang sopan untuk ke masjid sudah ada. xkan nak pakai shirt In Flames ni kot. bising mak bapak aku nanti. kuih raya, lemang, dodol dan apa lagi adik beradik kuih-muih melayu aku xsempat buat lagi kali ini. macam celaka sebok. celaka pun x sebok macam aku barangkali. wa chow dulu. ada kerja yang perlu disiapkan seperti biasa. *sebok macam celaka*




Perlu gembira Syawal bakal menjelma atau perlu bersedih Ramadhan bakal meninggalkan kita?

September 14, 2009

s e m a k i n h a m p i r

s e m a k i n h a m p i r
s e m a k i n h a m p i r
s e m a k i n h a m p i r
s e m a k i n h a m p i r
s e m a k i n h a m p i r
s e m a k i n h a m p i r
s e m a k i n h a m p i r
s e m a k i n h a m p i r
s e m a k i n h a m p i r
s e m a k i n h a m p i r
s e m a k i n h a m p i r

September 10, 2009

Butterfingers - cuai


Secara serta merta terumbang ambing
Tiba-tiba kacau bilau
Nyawaku melayang di bawah gerhana cahaya lampu neon
Fikiran mengamuk hati berkecamuk
Terpekik terlolong

Langkah kau amat licik hinggaku terpedaya
Batinku dipukau oleh sihir di bibirmu

Guna sebelum ia kembali guna
Sebelum tarikh luputnya
Egoku terhina tercicir di pinggir
Laluku tergelincir
Salahkah ku merasa serba salah? Ya?
Salahkah ku bermasalah?

Otak kau memang cerdik
Sungguh terperinci
Batinku dipukau oleh sihir di bibirmu

Untuk seketika kuhilang kawalan diri
Untuk seketika kuhilang
Kuhilang

September 9, 2009

lancau punya brader RSH.
muka aku ni ada muka pencuri ka?
kalau stakat curi tulang time kerja tu ada la.

090909

sehari selepas 080808

video
KAMI The Gigs Vol II
Ruums
9th August 2008

video oleh : syahrul iman

September 8, 2009

08092007

"holah. aku pon bangga kg aku kt kedah. hahaha" Khairani, 08/25/2008
awat banyak sangat shirt kaler hitam ni?

September 6, 2009

1.
Alhamdulillah. kita dah berada dalam fasa kedua dalam bulan Ramadhan kali ini iaitu fasa keampunan. Jadi, marilah kita melipatgandakan amal ibadah di siang dan malam hari untuk merebut peluang ini dan semoga kita semua akan mendapat ganjaran dan ampunan daripada Allah. =)



2.
hasil borak2 dengan roomate aku petang tadi, mengingatkan aku tentang entri yang penah aku tulis sebelum ni. dah berhabuk dah tersimpan dalam draft. kali ini aku nak publish:-

berikut merupakan mereka2 yang aku kenal di sunway college/monash univ. yang menjadi orang pertama yang...

orang pertama yang sms aku : popo (serius aku x kenal mamat ni time tu.gaya macam minat kat aku.mana dapat no aku ntah)
orang pertama yang aku kenal : syukran al-helmy
orang pertama yang senyum kat aku : afif asyraf
orang pertama yang menjadi roomate aku : nabil afham
orang pertama yang aku sengaja langgar bahu : syamir sahak
orang pertama yang aku sengaja usha lama2 : suraya yacob..haha
orang pertama yang aku gelakkan : hassan saizul
orang pertama yang aku tegur : alip izzudin ( no komen)
orang pertama yang cakap aku poyo : koja

September 5, 2009

kena saman (satu ketika dahulu)

X = kawasan kejadian

apa barang dalam kawasan perumahan pun nak buat road block time malam2 plak tu?. cilaka. xpasal2 aku kena saman x pakai helmet.


* helmet ada kat raga moto time polis tahan aku. cool kan?

September 2, 2009

sad news for British Rock fans all over the world :(

"It's with some sadness and great relief to tell you that I quit Oasis tonight. People will write and say what they like, but I simply could not go on working with Liam a day longer." Noel Gallager, August 28, 2009


damn!!!

gonna miss his songs

petikan kata2 tokoh

"Jitra banyak taik lembu ja" Pak Lan, 2005

August 24, 2009

pengalaman saya berpuasa (atas permintaan popo)

darjah 2: time ni baru nak berjinak2 dengan puasa. itu pun sebab dapat upah kalo puasa. dekat skolah pulak, time rehat tu masing2 akan beli ais batu kat kantin skolah, bungkus dalam plastik, letak atas dahi sambil masing2 akan buat muka konon2 letih yang teramat. macam la puasa sangat.

darjah 3: tarawikh. satu malam tu aku dan membe2 aku nak try buat full. imam baca surah2 panjang macam biasa. setiap rakaat pertama, aku dan membe2 akan duduk kat belakang main2, buat bising, bila imam rukuk, baru masing2 menggelabah join. misi tercapai. lenguh satu badan. balik rumah, aku terus demam.

darjah 4: cari pasal. time hujung minggu, aku dan rakan2 akan turun sembahyang subuh berjemaah dekat surau. siapa x turun memang x rock. selesai solat, Bakaq akan lead team kayuh basikal pusing2 dalam kawasan perumahan tu. sampai port yang banyak kelawar, masing2 akan cari kayu panjang dan pukul kelawar2 yang sedang terbang. siapa dapat pukul kelawar sampai jatuh memang jaguh. lepas pukul kelawar, cari pasal dengan anjing pulak. macam haram penat kena kejar anjing tau x. nak tunggu waktu berbuka satu penyeksaan.

darjah 5: petang2 wajib turun padang sepak bola. siapa x turun dianggap lembik

darjah 6: satu pagi, aku dan rakan2 pecah masuk Institut Perguruan Darul Aman (IPDA) dan membawa keluar sebanyak mungkin peralatan sukan dalam stor sukan IPDA. niat asal nak mencuri tapi guard suruh sapu barang2 dalam tu. apa lagi. ini dah dipanggil rezeki. angkat bala tentera kebas segala jenis bola, baseball bats, gloves dan bermacam2 lagi. sampai2 rumah, dalam keadaan tersangat lapar, aku bukak tin biskut, makan puas2. perghh. sedap dia semacam. mak aku tersenyum lebar...




Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu neraka dan setan-setan dibelenggu

August 23, 2009

bila la rambut aku nak panjang macam ni? baru puas headbanging \m/

August 22, 2009

setan dah kena ikat. nafsu?




...............................................................................
ini manusia ke apa ni?
http://www.youtube.com/watch?v=vRQWm1NvUW0
http://www.youtube.com/watch?v=JGrluZlonxQ

August 20, 2009

Ramadhan bakal menjelma.
moga dapat ketemu dengan Ramadhan kali ini dan melengkapkannya dengan amal ibadah.
di kesempatan ini, aku nak mintak maaf buat semua.akhir kata,
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat.


iklan penaja
bagus untuk mengelakkan mulut daripada makan, minum, mengumpat, mencarut, mencaci, merokok dan seumpamanya. boleh didapati di pintu2 masuk Monash University secara percuma.

August 19, 2009

August 17, 2009

keluar menonton teater menjadi satu keaiban?
jakun!

August 13, 2009

iklan x berbayar (2)..baju karate untuk dilelong..kalo pakai p pasar pun peragut pikir berkali2 sblm ragut


ONLY RM48 + donation(it's up to u)
WITH KARATE BAdGE
RECOMMENDED TO ANYONE WHO JUST JOINED SHITO-RYU KARATE CLUB
Has BEEN WORN FOR LESS THAN 5 TIMES..
SIZE 5 is a small size and suitable to small figured person. :)
RETAIL PRICE IS RM70.

contact this person if u r interested :
http://mysmallcottage.blogspot.com/

*model ni agak pemalu ye

August 9, 2009

cerita seram melayu

kenapa mesti ada kepulan2 asap di malam hari dan tingkap/pintu akan terbukak n tertutup dengan sendirinya berulang2 kali? haram x seram langsung taw x.

August 5, 2009

facebook (2)

You have been blocked from using the name change feature for two weeks because a prior attempt was rejected by our system.

July 31, 2009

aku pun bleh jual barang jugak Ainil

Produk pertama - Chest Cover
kat bawah ni aku sertakan gambar dan cara menggayakannya.

ni sebelum

hah. ni selepas.
gambar ni sepatutnya digayakan oleh model terlatih. tetapi disebabkan model tersebut pergi menonton movie di OU. maka, terpaksa la aku gunakan penyangkut baju sebagai ganti. huhu

available in black, dark blue and skin colour..

aku ingat nak jual murah2 je. untung aku xkesah walaupun sikit. kalau berminat nyatakan rasa minat anda kat bawah ni. nanti aku kasi camna cara2 nak dapatkan product rare ni.

RM 15 RM 13 sahaja.


produk ke 2 - ini ke baju kebaya?
  • RM 169 RM159
  • kain dr jenis songket
  • kancing sulam di hadapan
  • saiz 44 shj at the moment
produk2 lain akan menyusul kemudian. jadi, sabar ye.
ini bukan barang curi
ini bukan barang bundle
ini bukan barang seludup
ini bukan barang jumpa
ini bukan barang MLM
ini bukan barang Ainil Hawa ok

July 30, 2009

tiada mood...

...untuk lepak
untuk makan
untuk tengok tv
untuk tidur
untuk main game
untuk dengar lagu
untuk pergi kelas
untuk siapkan report
untuk sepak bola
untuk apa lagi?
:(

July 28, 2009

halo...

banyak benda yang aku nak tulis kali ni:

Baru
blog ni bukan lagi akusukahati.blogspot tapi dah jadi tujuhbelasduabelas.blogspot.com. ada apa dengan tujuhbelasduabelas?.hah. ni tarikh lahir aku. reason aku letak nama ni sebab nak orang ingat tarikh keramat ni. paham2 r.

Kelas
hari ni aku bangun tidur dikejutkan bunyi hair dryer Farouk. bangun tido terus mulut aku mencarut xhenti2. aku miss lab pagi ni. sial. sia2 aku balik awal semalam. konon nak bangun awal dan berjaya menghadirkan diri ke lab. esok aku terpaksa ganti lab yang aku miss harini. dah la xdak partner. masing2 mengelak nak jadi partner aku. ok! aku mengaku aku xberminat langsung nak buat experiment2 haram jadah. sampah.

Arctic Monkeys
aku kenal band ni pun melalui Qayyum Zakri ketika sedang menuntut di Sunway College 3 tahun lepas. pertama kali mendengar vokal Alex Turner dan muzik yang dibawa Arctic Monkeys, aku rasa pelik dan janggal. band apa la yang mamat ni nak intro kat aku. tapi setelah berulang kali mendengar lagu yang sama baru aku paham dan aku mula jatuh hati dengan vokal Alex dan muzik yang dibawa Arctic Monkeys. lagu pertama yang aku dengar - Leave Before The Light Come On.

Bola Sepak di Malaysia
jangan harap bola sepak di Malaysia nak maju selagi orang2 yang bertanggungjawab menyalahgunakan kuasa yang ada untuk kepentingan sendri. dah bosan dah oi. bila nak turun?

F1
apa dah jadi dengan pasukan McLaren Mercedes? dulu bukan main hebat. come on la. baru menang satu stage season ni.

Internet
lembap macam gampang.

sekadar gambar hiasan.

July 24, 2009

gelap

aku dah hilang minat belajar benda yang aku x suka. serius x best. minggu pertama sem ni berapa hari sahaja aku berjaya masuk lecture. lepak kat rumah lagi best. pergi lecture- aktiviti menconteng kertas. sia2. masuk lab lagi la bosan. agak2 nanti macam mana la masa depan aku. hmmmm.



................................................................................
cinabeng class aku setiap hari start pukul 8. apa barang. x remaja langsung

July 23, 2009

sedang mendengar

Arctic Monkeys - Crying Lightning

video
Sat in the cafe by the cracker factory
You were practicing a magic trick
And my thoughts got rude, as you talked and chewed
On the last of your pick and mix

Said your mistaken if your thinking that I haven't been caught cold before
As you bit into your strawberry lace
And then a flip in your attention in the form of a gobstopper
Is all you have left and it was going to waste

Your past-times, consisted of the strange
And twisted and deranged
And I love that little game you had called
Crying lightning
And how you like to aggravate the ice-cream man on rainy afternoons

The next time that I caught my own reflection
It was on it's way to meet you
Thinking of excuses to postpone
You never look like yourself from the side
But your profile did not hide
The fact you knew I was approaching your throne

With folded arms you occupy the bench like toothache
Saw them, puff your chest out like you never lost a war
And though I try so not to suffer the indignity of a reaction
There was no cracks to grasp or gaps to claw

And your past-times, consisted of the strange
And twisted and deranged
And I hate that little game you had called
Crying lightning
And how you like to aggravate the icky man on rainy afternoons

Uninviting
But not half as impossible as everyone assumes
You are crying lightning

Your past-times, consisted of the strange
And twisted and deranged
And I hate that little game you had called
Crying lightning
Crying lightning
Crying lightning
Crying lightning

Your past-times, consisted of the strange
And twisted and deranged
And I hate that little game you had called
Crying

July 19, 2009

July 16, 2009

aku tengah on9 kat cc. tiba2 ada mamat datang dok pc sebelah. aku buat xtau. skali skala dia usha apa yang aku tengah surf. aku bukak blog ni dan biar lagu2 kat blog ni memekak. dia kelihatan tension. tengah main on9 game nampaknya. terus dia kluar dari game tu dan kuatkan volume media player. pantek. layan lagu Westlife (kot). muka saja ganas. tapi dengaq lagu metal sikit dah mengelabah biawak. boleh blah. hilang mood aku. chow dulu...

July 10, 2009

ahha

aku tengah kumpul duit nak angkat kereta ni..

agak2 bila bleh dapat?

July 5, 2009

June 25, 2009

esok last paper. oo yeahhh.

ketika tiada idea nak buat apa dalam rumah di malam hari, aku akan melepak di balkoni, duduk atas kerusi merah, buat apa yang patut sambil memerhatikan bulan
bulan sangat cantik
cahaya yang dipantul x seterang cahaya matahari
indah mata memandang
buat aku tenang dan selesa
sangat indah ciptaan Allah.

tapi malam ini bulan x muncul2
mana bulan pergi?
lari daripada aku?
atau awan2 sengaja melindungi pandanganku memerhatikan bulan?
rabunku dah makin teruk?
macam2 aku pikir
x ubah macam tyme aku tadika dulu.

aku terus menanti dengan sabar menunggu bulan menampakkan wajahnya.
tapi masih x muncul2
hatiku x tenang
aku langkah masuk dalam bilik.
kecewa dengan diri sendiri
aku nak tidur dulu.

selamat malam.

June 23, 2009

malam yang sunyi

aku dah malas.
sakit otak.
perlukan masa untuk stabil.
keadaan diri dah macam gampang.
maaf semua sebab selalu buat2 sebok.

x sabar. sikit lagi.
bakal bebas buat seketika.
macam2 dah dalam kepala.
yeahhhh.

*haha*
merapu lagi

June 19, 2009

second combat



band Straightedge dari Klang. dari dulu aku mengidam melihat mereka beraksi di depan mata. masih kempunan. banyak betul halangan. mungkin bukan rezeki. lain kali barangkali.
myspace mereka



masa untuk study malam ni dihabiskan membaca komen2 lama kat frenster aku. pastu gelak sorang2 (xlawak pun tapi aku nak gelak jugak).

June 17, 2009

...

2 paper dah settle. tinggal 3 paper lagi. aku dah penat menghafal. sapa2 tau kat mana ada karok lagu2 metal? aku blanja.



bukan amuk, bukan xpdc ok!

June 10, 2009

exam!
semakin hampir!
rasa macam nak buat-buat sibuk
nak buat-buat rajin.
sudah terlambat atau belum
bukan soalnya.

semoga berjaya kepada rakan2ku yang bakal/telah menduduki peperiksaan
doakan kejayaanku jugak =)

lagi satu,
simpan lagu berat2. mainkan playlist lagu 'ringan2':

pink floyd - another brick in the wall (part 2)
system of a down - lost in hollywood
avenged sevenfold - seize the day
butterfingers - mati hidup kembali
oasis - stop crying your heart out
the times- telegram buat yoko
arctic monkeys - the bakery
our lady peace - innocent
babyshambles - you talk
myra - drama queen
estrella - ternyata
myra - love is joy


...dengar sampai termuntah2

June 8, 2009

Malaysia FAM XI vs Man Utd

kalo yang main ni team Malaysia mungkin aku sokong pasukan negaraku. tapi...xkan aku nak sokong Malaysia XI FAM XI kot. hmmmm.

"anta team kuala muda naza dh cukup utk mengaibkan man u" Mohd Firdaus Fauzi

June 6, 2009

tabiat (1)

cuti sem penghujung tahun 2008-
satu petang- sedang aku berbual2 dengan abangku dan beberapa lagi rakan2 di port biasa, muncul Duan berkaca mata hitam. seorang tokey kafe yang berjaya dan baik hati. beliau juga rakan sepermainan abang aku sejak kecil. aku pun dah xkenal si duan ni. maklumlah dah berbelas tahun aku dah duan ni x bersemuka. last sekali jumpa pun time aku masih lagi xpandai nyanyi lagu "ABC...Z". pada pertemuan ini la aku tau satu tabiat diri aku ketika kecil.

"Duan, kenai lagi adik aku yang sorang ni?" tanya abang aku sambil menunjuk2 kearah aku.

aku tersenyum macam biasa.

"x ingat la Ein" balas Duan sambil menanggalkan cermin mata hitamnya.

"alaa, yang Ja slalu dukung bawak pi kedai petang2 dulu tu" sambung abang aku.

"owh. yang kuat teriak tu. dah besaq noo" Duan balas balik disambut gelak ketawa rakan2ku.

"hah. betoi dah tu" abang aku mengesahkannya.

"Owh. itu dulu. la ni gua rock beb" aku hanya mampu berkata dalam hati sambil tersengih. .
cis, kuat menangis rupanya aku ni kecik2 dulu. x rock langsung. serius aku x ingat apa2 zaman aku kecik2.
mohd asyraf dan nazirah

June 3, 2009

Tanz-Metal from Germany

lagu kegemaran adikku ketika beliau berusia 12 tahun. Rammstein- Ich Will
lagu kegemaranku ketika berusia 12 taun?
macam mana aku bleh layan hindustan time skolah rendah. aib betul

June 2, 2009

after a long time waiting...still need to wait =)

Arctic Monkeys are pleased to announce they will be releasing their as-yet-untitled 3rd album on Monday 24th August 2009.
Produced by Josh Homme in the Mojave Desert and LA, and with James Ford in Brooklyn, the album features ten new Arctic Monkeys songs.

The tracklisting is as follows:

1. My Propeller
2. Crying Lightning
3. Dangerous Animals
4. Secret Door
5. Potion Approaching
6. Fire And The Thud
7. Cornerstone
8. Dance Little Liar
9. Pretty Visitors
10. The Jeweller’s Hands

The album will be available on CD, vinyl and via digital download.

June 1, 2009

Hutan Lipur Kanching

bersama iman selepas selesai mandi manda, gambar bergambar, selam menyelam, renang berenang, terjun menerjun, makan makan, gila menggila.
gambar oleh: syahrul iman.
"kopi o aih bungkuih dua. ikat tepi"

May 30, 2009

catatan 30 mei,
harini aku 'terpaksa' bangun tidur pukul 12.57 tengah hari setelah dikejutkan dengan 1 panggilan telefon drpd iman. bergegas aku turun bawah jumpa seseorang yang sedang menanti dengan penuh kesabaran. hah. dah settle, aku buat apa yang patut. agak lambat aku keluar makan. dan ketika sedang menjamu selera, tiba2 teringat yang aku ada beli top up tapi masih belum diisi ke dalam akaun prepaid aku. so, aku pun masukkan 14 angka azimat tu, then terkejut seketika bila tertulis kredit aku xpired 2013. termenung cam orang hilang anak sebentar. waaah. baru aku teringat pasal hotlink youth club. dah sebulan kott aku register. cakap within 1 week you will receive an activation sms. ini dah 1 month kak oi. activation sms pun xdapat. bila aku check balik memang sure dah convert ke HYC. yeahhh. hotlink cam keling. ahhh.
overall, rutin hidup aku harini sangat bosan. dok dalam rumah j. yeahh. sangat bosan. disebabkan kebosanan, aku habiskan masa edit pic dalam koleksi aku. taun bila ntah aku snap pic ni. simpan buat tukun. aku bukannya pandai pun edit2 pic ni. saja nak hilangkan borink. nak kutuk silakan.
sebelum
dan selepasharap2 esok dapat gak melepak bersama alang di Damansara. kebetulan ada Homegrown music showcase kat sana. setahu aku ada bunkface, nao (mereka best), couple, harmacy dan lain2. layan sudah.

ok. aku akhiri entri bulan Mei dengan quotation drpd intro lagu tema siri tv kegemaranku ketika zaman muda satu ketika dahulu.

"go go Power Rangers!"












































mereka sangat kuat. jangan cari pasal ok!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...